Sejak peristiwa Tiara menangis disebabkan Rafiq Izuddin, Tiara tidak pernah menyebut lagi tentang perkara itu. Hadi juga sama seperti Tiara.
Dia juga tidak ingin menyebut tentang perkara itu lagi. Lagipun, hatinya gembira kerana sudah tiada lagi tempat untuk Rafiq di hati Tiara. Tiara tidak lagi sedih. Peristiwa itu seolah-olah lenyap begitu sahaja umpama sampan kertas yang dibawa pergi oleh arus sungai. Berlalu pergi dan tidak akan berpatah balik.
Hadi suka melihat perubahan Tiara. Dia sudah tidak lagi nampak wajah sedih Tiara.
"Inilah perempuan. Walaupun baru patah hati, dia masih lagi boleh tersenyum. Padahal teruk dia sedih. Dia dah lupa lah tu dekat Rafiq" desis hati Hadi.
Hadi teringat perbualan antara dia dan Tiara semasa dia terserempak dengan Tiara di kafe universiti. Sehari selepas hari Tiara mendapat tahu tentang teman wanita Rafiq.
"Eh, Cik Tiara. Kau okey dah? Sedih lagi ke disebabkan lelaki itu?" tegur Hadi
"Eh, Encik Hadi. Dah, aku dah okey dah. Aku dah lupa dah semua pasal dia. Buat sakit hati je kalau ingat pun. Nama dia pun aku dah padam dalam hati aku. Macam kau cakap, tak guna aku menangis untuk orang tak tahu perasaan kita" kata Tiara. Dia menguntumkan senyuman manis di wajahnya.
"Good! Ini barulah Tiara Adriana yang aku kenal selama ni. Kental hati, hati tak tisu, kuat melawan cakap orang, degil, keras kepala"
"Eh, eh, eh. Kenapa yang akhir-akhir tu macam dah mengutuk ek? Dengar dah macam bukan memuji je nampak gaya"
"Saje je, aku gurau" Tergelak kecil Hadi mendengar kata-kata Tiara.
"Ikhwan Hadi!" panggil Akmal sambil menepuk kuat bahu Hadi. Terus mati lamunan nya disebabkan suara Akmal.
"Ish! Kau dah kenapa hah, Akmal Mirza? Panggil aku macam aku dekat hujung sana. Apasal tak kuatkan lagi volume suara kau tu? Bagi Prof Yusuf dekat pejabat tu dengar suara kau" marah Hadi. Terus lenyap wajah Tiara di fikirannya. Dia memandang Akmal dengan pandangan yang tajam.
Akmal mengambil tempat di sebelah Hadi. Dia tersengih kerana tak pasal-pasal dia dimarahi oleh Hadi.
"Hey, lelaki. Aku dah panggil kau dari jauh masa aku on the way sampai sini banyak kali dah. Naik kering tekak aku melaung-laung nama kau. Yang kau berangan tak tentu pasal ni kenapa?"
"Ye ke? Aku tak dengar pun. Ni, mana Hafiz? Tak nampak batang hidung dia pun" kata Hadi mencari cari kelibat sahabat nya itu.
"Dia dah balik dah tadi. Yang kau tak balik lagi ni kenapa?" tanya Akmal. Pelik dibuatnya apabila melihat Hadi duduk seorang diri di situ.
"Aku nak balik lah ni. Kau tak balik?" Giliran Hadi pula bertanya pada Akmal
"Aku balik kejap lagi lah. Ada kerja sikit yang aku kena siapkan" jawab Akmal. Dia juga mengikut langkah Hadi, bangun daripada kerusi itu.
"Okey lah, aku balik dulu. Assalamualaikum" kata Hadi kemudian berjalan pergi ke arah keretanya.
"Waalaikumussalam" jawab Akmal. Kemudian, dia menuju ke arah bangunan universiti. Ada kerja yang perlu dia siapkan.
Setelah Akmal selesaikan kerjanya, dia pun bergerak untuk pulang ke rumah. Semasa dalam perjalanan untuk ke tempat parkir kereta, dia tidak sedar yang zip beg sandang nya terbuka.
Tanpa dia sedar juga, dompet yang dia simpan dalam beg nya tercicir di lantai. Disebabkan tidak tahu apa yang berlaku, dia berjalan dengan tenang seperti tiada apa yang terjadi.
Sampai sahaja di sisi keretanya, dia mengeluarkan kunci kereta daripada dalam poket seluar. Dia membuka kereta nya dan berura-ura untuk masuk ke dalam.
Belum sempat kakinya memijak lantai kereta, dia terdengar ada suara memanggil nya daripada jauh. Kepala nya berpaling untuk melihat siapakah yang memanggil nya itu.
Dilihatnya daripada jauh, Tiara sedang berlari ke arah dia sambil memanggil namanya.
"Tiara? Kenapa dia panggil aku? Dia ni silap orang ke? Mungkin dia ingat aku Hadi, sebab tu dia panggil aku. Tapi, tak kan muka aku handsome macam Hadi pulak sampai dia tak boleh beza. Haish! Kau ni dah kenapa? Dia panggil Akmal, bukan Hadi. Dia sedar lah siapa yang dia panggil tu. Kau ni pun, sempat pulak merepek" omel Akmal sendiri.
Tiara sudah berada di hadapannya. Nafasnya turun naik akibat penat mengejar Akmal. Ditunjuknya di hadapan muka Akmal tapak tangannya menunjukkan isyarat tunggu sekejap, dia tidak cukup nafas. Terbongkok-bongkok Tiara cuba mencari nafas.
"Okey, okey. Kau tenang dulu. Tarik nafas, hembus. Daripada mana kau lari kejar aku ni?" tanya Akmal. Tetapi Tiara tidak mampu menjawabnya.
Melihatkan keadaan Tiara yang penat itu, Akmal membuka pintu kereta di tempat duduk belakang.
"Kau duduk dulu sekejap. Penat sangat aku tengok ni" kata Akmal sambil menunjukkan tempat duduk itu. Tiara menurut kata Akmal dan duduk sambil kakinya di luar kereta.
Selepas merasakan yang nafas dia sudah okey dan dia sudah boleh bercakap, dia memandang muka Akmal.
Terpaku seketika Akmal apabila melihat wajah Tiara itu. Jarang dia dapat melihat wajah Tiara dari jarak dekat. Selalunya dari jauh sahaja. Tapi, cepat-cepat dia mengalihkan pandangan nya ke arah lain.
"Ni dompet kau kan?" Tiara menghulurkan satu dompet berwarna hitam di hadapan Akmal.
Terkejut Akmal melihat dompet nya berada di tangan Tiara. Lantas, dia memeriksa beg sandang nya dan melihat dia tidak zip beg nya dengan sempurna. Itu sebabnya dompet nya tercicir.
"Haah. Aku tercicir tu tadi sebab aku tak zip habis beg aku. Kau jumpa dekat mana?" Akmal mengambil dompet nya di tangan Tiara.
"Dekat kaki lima bangunan tadi. Kebetulan aku tengah lalu dekat situ. Aku nampak kau tengah jalan lepastu dompet tu terjatuh. Tapi aku tengok menonong je jalan. Itu aku pikir yang kau tak perasan tu dompet kau jatuh" cerita Tiara
"Haah. Aku tak sedar pulak benda ni terjatuh. Lepastu, kau berlari lah daripada kaki lima tu sampai sini?" Akmal bertanya dengan wajah yang terkejut.
"Iye. Itu yang penat sangat tu. Tapi, tak ada apa-apa pun. Aku pun tak lama tak berlari. Sesekali berlari tu, bagus jugak" kata Tiara sambil tersenyum.
"Terima kasih sangat-sangat tau sebab kau bagi aku dompet ni. Kalau tak, tak tahu lah aku dapat balik ke tak. Dah lah dalam ni ada IC, kad kredit, kad bank. Naya betul kalau hilang"
"Sama-sama. Lagipun memang tugas aku pun pulangkan dekat kau sebab aku yang nampak dompet tu tercicir. Okey lah Akmal, aku balik dululah" kata Tiara sambil bangun daripada tempat duduk kereta itu.
"Oh! Ye lah. Kau... Kau balik guna apa?" Akmal teragak-agak untuk bertanya soalan itu.
"Aku balik guna grab. Nanti aku jalan pergi bus stop tu and grab datang situ" jujur Tiara
"Grab? Tak apa lah. Aku hantar lah kau balik. Lagipun kalau kau sorang-sorang nak jalan pergi bus stop tu bahaya jugak. Orang pun tak ada sangat dah. Kereta pun jarang lalu kan dekat bus stop tu" ajak Akmal.
Dia teringat yang Hadi pernah bercerita pada dia dan Hafiz tentang Syakir yang pernah ingin membuat perkara yang tidak sepatutnya pada Tiara tempoh hari. Tempat yang sama iaitu bus stop.
Belum sempat Tiara membuka mulut untuk menolak ajakan itu, Akmal menyambung lagi.
"Tak apa, kau anggap je yang ini tanda terima kasih aku dekat kau sebab kau pulangkan dompet aku. Boleh ek?"
Tiara teragak-agak untuk menerima pelawaan itu. Tetapi memandangkan muka Akmal menunjukkan reaksi penuh berharap, Tiara jadi tidak sampai hati untuk menolak lalu menerima ajakan itu.
Sepanjang mereka berdua di dalam kereta, mereka berdua hanya diam seribu bahasa. Tiada perkara yang boleh mereka bualkan. Lagipun, mereka tidaklah rapat mana. Setakat sekadar rakan sekuliah sahaja.
Sama seperti kereta Hadi, kereta Akmal juga tidak kurang hebatnya. Kereta berjenama dan mewah.
"Agak-agak kan, Akmal ni pun kaya jugak macam Hadi ni. Jadi, tak pelik lah dia ni kawan dengan Hadi sebab Hadi pun kaya" kata Tiara dalam hati.
Akmal yang berada di sebelahnya merasakan satu perasaan aneh muncul dalam hatinya. Tetapi, Akmal menafikan perasaan itu cepat-cepat. Dia tidak mahu perasaan itu kekal berada dalam hatinya.
Setelah selesai mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal, Tiara masuk ke dalam rumahnya. Tetapi kereta Akmal masih lagi tidak bergerak. Dia terfikir kan sesuatu perkara.
"Mesti Hadi dah pernah datang sini kan? Mesti lah dia pernah hantar Tiara balik" kata Akmal perlahan.
Kemudian, dia pun berlalu pergi.
"Akmal, kalau kau suka dekat Tiara sekalipun kau kena ingat sesuatu benda. Kau kena ingat yang Hadi tu suka dekat Tiara. Kalau Hadi tahu kau suka dia, mesti dia marah. Biarlah aku hilang orang yang aku suka daripada aku hilang kawan baik aku. Hadi pun kawan aku daripada sekolah lagi. Tak sanggup aku hilang dia" bisik hati Akmal semasa dia sedang memandu pulang.
Peristiwa semasa pertama kali dia bertemu dengan Tiara bermain di fikirannya.
Pertama kali Akmal bertemu dengan Tiara semasa hari pertama Tiara di Universiti Melaka.
Ketika itu, Akmal sedang ralit bermain telefon pintar nya. Dia sedang duduk di atas kerusi yang disediakan di situ. Dia sedang menunggu kedatangan Hadi dan Hafiz. Jadi untuk mengelakkan dia berasa bosan, dia bermain telefon pintar nya.
Tiara yang berada tidak jauh daripada nya, baru sahaja memasuki bangunan itu. Dia terpegun melihat betapa besarnya bangunan itu. Dia seperti tidak percaya bahawa dia akan menuntut ilmu di universiti itu.
Percakaran antara dia dan Hadi tentang Hadi yang hampir melanggar nya dengan kereta dilupakan nya sebentar. Dia berjalan-jalan di sekitar universiti itu.
Setelah selesai mengagumi bangunan itu, dia mengambil keputusan untuk pergi ke pejabat. Sedang dia berjalan, dia ternampak seorang lelaki sedang bermain dengan telefon pintar nya.
"Nak tanya ke tak mamat tu? Tapi aku tengok mamat tu macam baik je. Tak ada lah macam si gila yang aku baru bertembung tadi. Erm, aku tanya je lah dekat mana pejabat"
Tiara mengambil keputusan untuk mendekati Akmal. Terasa berat kakinya untuk melangkah tetapi digagahkan juga dirinya.
Kalau tidak ditanya, sampai bila-bila dia berlegar-legar di universiti ini. Semata-mata untuk mencari satu bilik bernama pejabat.
"Er, assalamualaikum" ucap Tiara.
Kepala Akmal yang sedang melihat telefonnya diangkat untuk melihat siapakah gadis yang memberi salam padanya itu.
Matanya terpaku melihat Tiara di hadapan nya. Salam yang diberi oleh Tiara masih tidak dijawabnya. Tiara yang melihat Akmal merenung nya jadi tidak selesa.
"Hello, assalamualaikum" panggil Tiara lagi sekali.
Akmal tersedar. Dia bangun daripada kerusinya.
"Waalaikumussalam. Sorry. Ye, kenapa? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya Akmal dengan penuh ramah.
"Saya student baru dekat sini. Saya tengah cari pejabat. Boleh tak er... Awak tunjukkan dekat saya?"
Setelah mendengar soalan Tiara itu, Akmal menerangkan kepada Tiara jalan untuk ke pejabat. Walaupun Tiara terangguk-angguk, tetapi di sudut hatinya dia masih tidak faham. Tetapi sebagai tanda terima kasih, dia mengatakan yang dia faham.
"Ouhh, okey. Saya dah faham. Terima kasih" Tiara berlalu pergi meninggalkan Akmal dengan kepala yang pening.
"Student baru? Cantik" puji Akmal dalam hati.
Disebabkan Tiara masih tidak tahu jalan ke pejabat, dia jadi tidak tentu arah. Dan selepas itu dia bertemu dengan Rafiq yang membawa dia terus ke pejabat.
Pada hari pertama Tiara masuk ke dalam dewan kuliah, Akmal tidak percaya dengan mata kepala nya. Dia tidak percaya yang dia akan berjumpa lagi dengan gadis yang menarik perhatian nya itu.
Tetapi, selepas dia mendapat tahu yang Hadi sudah mengenali Tiara terlebih dahulu, dia mengunci perasaan nya itu. Dia juga turut serta dengan Hafiz untuk mengusik Hadi dengan Tiara. Dia hanya menganggap yang dia tidak layak untuk Tiara Adriana.
Akmal sudah sampai di kediaman nya. Dia memarkir kereta di halaman rumah dan keluar daripada kereta. Apabila dia masuk ke dalam rumah, suasana sepi di dalam rumah menyapa nya.
Akmal adalah anak tunggal. Tidak seperti ibu Hadi, ibu Akmal adalah seorang wanita yang bekerjaya. Dia sering sibuk dengan kerjanya di pejabat. Begitu juga dengan ayah nya.
Akmal sudah biasa dengan situasi itu. Dia faham bahawa kedua ibu bapanya itu mencari rezeki. Kakinya terus melangkah naik tangga dan menuju ke bilik tidurnya.
Dompet yang dipulangkan oleh Tiara sebentar tadi dikeluarkan daripada poket seluar. Dia merebahkan badan nya di atas katil dan melihat-lihat dompet itu.
"Sekurang-kurangnya ada jugak kenangan indah pasal kau yang aku boleh simpan rapi dalam hati. Biarlah kenangan itu sahaja aku simpan kerana aku tahu, aku tak akan dapat memiliki kau, Tiara Adriana"
*****
bab ni, author khaskan untuk Akmal. ini kira bab special untuk dia. tapi, cerita dalam bab ni, just dalam bab ni je. bab yang lain tak akan sebut pasal benda ni. jadi, bab 30 adalah bab special Akmal ^_^ macam tu lah, ceritanya.
thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorry for late update .
Share this novel