Selepas solat Asar, Hadi terasa ingin keluar rumah. Hadi saja duduk di luar rumah untuk mengambil angin petang. Dia duduk di atas buaian tempat kegemaran adiknya. Dia teringat Tiara menggelar nya cleaner mahkamah.
Tersenyum dia.
"Selama aku dekat universiti tu, semua orang puji aku handsome. 'Most wanted guy' la apa lah. Tapi kau dengan senang hatinya cakap muka aku sesuai jadi cleaner. Tiara, tiara… Kau orang first yang cakap aku macam tu. Dan kau jugak perempuan first yang berani bergaduh dengan aku. Even budak lelaki pun tergagap cakap dengan aku. Tapi kau siap melenting depan aku. Hmm, Tiara Adriana" kata Hadi seorang diri.
Nasib baik tak ada sesiapa yang dengar dia cakap sorang-sorang.
Kemudian, dia termenung jauh. Tiba-tiba kedengaran suara adiknya menjerit memanggil nya.
"Abang!! Umi suruh masuk! Makan!" jerit Hawa
"Haish, Hawa! Terkejut aku. Apa menjerit ni" kata Hadi kemudian masuk ke dalam rumah.
//
Pagi itu, Tiara tidak terus masuk ke kelas. Dia ke kafeteria dahulu. Dia sudah berjanji dengan Farhan dan Hadirah untuk makan pagi itu di kafe.
Kerana mereka baru sedar yang mereka belum pernah makan bersama sama.
Tiara yang sampai dulu mengambil tempat dan menunggu mereka berdua sampai sambil main telefon. Keadaan kafe pagi itu tidak sibuk kerana masih tidak ramai orang lagi yang datang.
Kemudian, dia nampak dari jauh Farhan datang ke kafe.
Tiara mengangkat tangan nya supaya Farhan nampak. Farhan perasan akan tangan Tiara dan pergi ke arahnya.
"Hadirah mana?" tanya Tiara
"Harini kitaorang datang sendiri sendiri. Aku pun tak tahu dia dah sampai mana" jawab Farhan. "Lama ke kau tunggu?"
"Tak lama pun, aku pun baru je sampai"
"Ouhhh. Kau dah beli ke makanan?"
"Belum lagi. Aku tunggu korang dulu" jawab Tiara. "Farhan" panggil Tiara pula.
"Ye"
"Kalau aku tanya sikit, kau jangan marah ek. Sebab benda ni dah lama dah aku nak tanya, tapi aku takut"
Farhan mula berdebar. Apa yang mahu Tiara tanya?
"Tiara perasan ke yang aku macam suka dia? Obvious sangat ke aku? Aku rasa tak ada pun" kata Farhan dalam hati
"Kau nak tanya apa? Tanya je. Buat apa aku nak marah" jawab Farhan
"Kau.. dengan Hadirah. Ermm, ada apa-apa ke?" tanya Tiara
Fuhh, lega hati Farhan dengar soalan Tiara. Walaupun soalan dia agak pelik, tapi tak apa.
"Ish! Tak ada apa-apa lah. Tak nak aku dia. Kitaorang kawan lama dah. Tak boleh timbul lah perasaan tu" jawab Farhan
"Ouhh, aku saja je tanya sebab ye lah, korang selalu datang sama sama. Tu yang aku curious tu" kata Tiara sambil tersengih
"Kitaorang tak ada apa-apa, kawan biasa je. Aku selalu datang dengan dia tu sebab kadang-kadang kereta kakak dia guna untuk pergi kerja. Kakak dia tak beli lagi kereta baru. Tapi, Hadirah cakap yang duit kakak dia dah cukup dah nak beli kereta. Nanti beli la tu. Mak ayah aku dengan mak ayah dia pun memang kawan. Mak ayah diaorang selalu jugak sibuk" terang Farhan kepada Tiara
"Ouhhhh, macam tu cerita dia. Okey, aku faham"
"Tapi, boleh je kan dia datang class naik grab macam kau? Tu lah dia. Mengada-ngada. Tak nak berdikari" balas Farhan
"Hahahaha, tenang Farhan. Mungkin dia tak biasa naik grab, aku dah biasa dah. Lagipun, pahala apa tolong orang. Kan?" kata Tiara sambil tersenyum manis.
Sekali lagi, Farhan berdebar bila melihat Tiara tersenyum.
"Tiara memang cantik kalau senyum" kata Farhan dalam hati.
"Ha! Borak apa tu! Mengumpat aku ke tu? Ke cakap pasal benda lain? Nak tahu jugak" kata Hadirah yang datang entah dari mana.
"Eee, datang tu bagi lah salam. Datang entah dari mana tiba tiba je" tegur Farhan
"Diam lah kau. Tak cakap dengan kau, aku cakap dengan Tiara. Lama dah ke kau sampai? Sorry tau sebab aku lambat" kata Hadirah memandang muka Tiara
"Lama la kitaorang tunggu. Kau sesat ke? Lama sangat nak sampai sini" sindir Farhan
"Hey! Aku stepler mulut kau tu kang! Aku tak cakap dengan kau lah" marah Hadirah
Tiara hanya menggeleng kepala melihat sikap mereka berdua. Tak ubah seperti budak-budak bergaduh.
"Kenapa kau lambat?" tanya Tiara
"Aku bawak kereta tadi. Dah lama sangat tak bawak kereta, lupa kejap macam mana" jawab Hadirah
"Kakak kau tak guna kereta dah ke?" tanya Farhan
"Dia dah beli kereta baru semalam. Aku pun terkejut tengok dia balik dengan kereta lain"
"Hah, elok la tu. Lepas ni kau boleh dah datang universiti sendiri. Tak payah lagi pagi pagi aku datang ambik kau" gurau Farhan
"Eee, mulut tu kurang ajar betul" kata Hadirah sambil menumbuk bahu Farhan
"Adoii! Sakit lah" kata Farhan sambil mengusap bahunya
"Sudah lah tuu! Jom la kita beli makanan" kata Tiara meleraikan pergaduhan mereka berdua. Kalau tak dihentikan, memang tak akan habis.
"Nasib baik Tiara ada. Tiara, kau tak beli makanan lagi? Jom lah kita beli" ajak Hadirah sambil menarik tangan Tiara untuk bangun dari kerusi. Farhan pun bangun juga.
"Kau nak beli apa?" tanya Tiara
"Aku nak beli nasi lemak kot. Kau?" tanya Hadirah
"Kuey teow goreng lah"
"Kau Farhan?" tanya Hadirah
"Asal? Kau nak belanja aku ke?" usik Farhan
"Tak ada pun, saja je tanya"
"Nasi lemak macam kau"
Mereka pun berpisah untuk membeli makanan masing-masing.
Selesai membeli makanan dan air, mereka pun membawa makanan mereka ke meja dan makan.
Mereka makan dengan senyap pada mulanya tetapi tiba-tiba mata Tiara tertancap pada seorang gadis yang cantik bergaya.
Gadis itu pun ada di kafe itu bersama dengan seorang lagi kawan perempuan nya yang cantik juga.
Entah kenapa aura berbeza gadis itu membuatkan Tiara ingin tahu siapa dia.
"Erm, Hadirah. Perempuan yang pakai baju warna merah yang duduk dekat meja sebelah sana tu siapa? Yang duduk dengan kawan perempuan dia tu" kata Tiara
Lantas, Hadirah dan Farhan memalingkan kepala mereka untuk melihat siapa yang dimaksudkan oleh Tiara itu.
"Itulah Nia Natasha. Anak Dato' Mikail. Dia sama umur dengan Abang Hadi. Dia hot la jugak dekat universiti ni. Ramai lelaki yang nak dia. Tapi yang dia nak Abang Hadi. Kau kira bertuah tau tak. Sebab kau orang kedua lepas Nia yang boleh bercakap dgn Abang Hadi. Kalau ada perempuan yang nak cakap dengan Abang Hadi, dia mesti KENA cakap pasal kerja je. Kalau selain daripada bercakap pasal kerja, memang Abang Hadi tak akan layan" terang Hadirah. Dia berhenti seketika untuk menarik nafas. Kemudian dia sambung bercerita.
"Tapi bagi aku, kalau dapat cakap pasal kerja dengan Abang Hadi pun jadilah. Janji dapat bercakap dengan dia. Semua orang dekat universiti ni jealous dengan dia sebab dia je yang boleh bercakap dengan Abang Hadi. Walaupun bukan pasal kerja. Tapi, aku rase kan, tak lama lagi mesti semua student perempuan dekat universiti ni jealous dengan kau" terang Hadirah panjang lebar.
"Ouhh, Nia Natasha. Cantik nama dia" kata Tiara
"Tapi, kenapa kau cakap semua student jealous dengan aku nanti?" tanya Tiara
"Sebab aku tengok, Abang Hadi makin lama macam makin rapat je dengan kau. Tengok lah haritu, dia tiba-tiba je duduk sebelah kau. Ni kalau Nia tahu ni, mesti dia rasa tercabar" kata Hadirah.
Farhan terdiam mendengar kata-kata Hadirah.
"Hahahah, sebab tu je tak akan nak jealous? Dia yang nak duduk sendiri. Gila" kata Tiara
"Itu kau cakap. Kalau student lain, dia bahagia dah wei aku rasa. Even aku yang sama course dengan dia pun tak pernah lagi cakap dengan dia" balas Hadirah
"Nia suka Hadi? Hadi suka dia jugak ke?" tanya Tiara
"Haah, Nia memang suka Abang Hadi tapi tak tahu la Abang Hadi suka dia balik ke tak sebab aku tengok, apa yang aku nampak lah tapi tak tahu betul ke tak, Abang Hadi tu tak suka pun Nia. Dia macam just anggap Nia tu kawan je. Dari apa yang aku nampak lah" jawab Hadirah
"Ouhhh. Tapi susah jugak ek nak bercakap dengan Hadi? Kena pasal kerja je kalau nak bercakap dengan dia" kata Tiara.
Baru dia tahu standard Hadi di universiti itu. Selama ni dia hanya bergaduh saja dengan Hadi.
"Sebab tu lah aku cakap. Kau kira beruntung sebab dia bercakap dengan kau. Besides pasal kerja. Kalau tak sebelum ni, Nia je lah"
"Budak lelaki? Kalau nak cakap pasal dia kena pasal kerja jugak ke?" tanya Tiara
"Kalau budak lelaki aku tak tau. Tapi, budak lelaki jarang nak bercakap dengan dia. Tapi aku rasa budak lelaki boleh je kot cakap dengan dia. Tapi ye lah, nak buat apa cakap dengan Abang Hadi tanpa ada sebab. Kalau perempuan tu, faham lah jugak"
"Kau pernah cakap dengan Hadi?" tanya Tiara kepada Farhan yang sedari tadi senyap.
Farhan yang seolah tersedar daripada lamunan menjawab ,
"Ha? Cakap dengan Hadi? Pernah. Aku pernah cakap dengan dia. Tapi pasal kerja la jugak. Kalau bukan pasal kerja, tak ada kerja aku nak bercakap dengan dia" jawab Farhan
"Bila kau cakap dengan dia?! Kau tak pernah bagitahu aku pun!" kata Hadirah
"Ada haritu. Kan aku pernah buat assignment berkumpulan dengan dia" jawab Farhan
"Ouhhh, haah. Aku baru ingat" kata Hadirah
"Okey lah. Jom la kita makan. Asyik sangat bercakap dari tadi" kata Tiara
Mereka pun sambung makan sambil berbual-bual kosong.
Mereka boleh makan lambat kerana Prof Yusuf kata semalam yang dia akan masuk sedikit lambat esok. Jadi, tidak perlulah mereka makan dengan cepat.
Sedang Tiara makan, tiba-tiba sekali lagi mata Tiara tertancap pada seorang lelaki yang dikenali nya.
Di sebabkan terkejut melihat lelaki itu yang tiba-tiba muncul, Tiara tersedak dan terbatuk.
"Uhuk, uhuk!!"
"Tiara! Kau okey tak ni? Makan perlahan lahan. Kau nak kejar apa? Prof masuk lambat harini" kata Hadirah sambil menepuk-nepuk sedikit belakang badan Tiara.
"Nah, nah air. Minum" kata Farhan sambil menolak cawan Tiara ke arah nya.
Tiara mengambil air itu dan menyedut straw minuman.
Nasib baik dia beli air sejuk, kalau air panas mahu terbakar kerongkong nya. Dah la kuey teow goreng tu pedas.
Setelah rasa sedikit okey, dia melihat lelaki itu lagi. Lelaki itu adalah Rafiq.
"Dah okey dah?" tanya Hadirah
"Dah, dah okey" jawab Tiara tersengih
Dia melihat Rafiq seorang dan dia duduk di meja berhampiran mereka.
Hadirah perasan akan kehadiran Rafiq di situ.
"Tiara, just in case la kalau kau nak tahu. Itu, lelaki yang duduk dekat meja dekat dengan kita tu, nama dia Rafiq Izuddin" kata Hadirah
Tiara tiba-tiba berdebar apabila mendengar kata-kata Hadirah.
"Hadirah perasan ke yang aku tersedak sebab Abang Rafiq?" kata Tiara dalam hati
"Dia tu pon 'most wanted guy' jugak dekat universiti ni. Tapi lepas Abang Hadi. Abang Hadi still number one" kata Hadirah
"Hmm, kenapa Hadi pulak no 1? Handsome lagi Abang Rafiq daripada Hadi" kata Tiara dalam hati lagi.
"Tiara? Kau dengar tak aku cakap ni?" tanya Hadirah. Dia tengok Tiara macam mengelamun saja.
"Dengar, aku dengar. Nama dia Rafiq Izuddin. Dia 'most wanted guy' no 2 lepas Hadi" jawab Tiara
"Yess, nasib baik kau dengar. Dia tu senior Abang Hadi. Dia tua setahun dengan Abang Hadi"
"Hadi berapa tahun?" tanya Tiara. Dia tak pernah tahu pun berapa umur Hadi.
"23" jawab Hadirah
"Lahh, beza setahun je dengan kita. Yang kau beria ber abang dengan dia kenapa?"
"Kau tahu tak? Kau je tau yang tak panggil dia abang. Junior dia semua panggil dia abang. Nasib student yang sama umur dengan dia tak panggil abang sekali" kata Hadirah
"Okey fine. Kau panggil lah dia abang, yang penting aku tak nak. Tapi, kenapa Rafiq popular lepas Hadi? Like, dia senior Hadi and dia lagi handsome lagi Hadi" kata Tiara.
Dia tak nak panggil Abang Rafiq, nanti dengar macam pelik pulak sebab Hadi dia tak panggil abang.
Farhan yang mendengar Tiara puji Rafiq handsome jadi menyampah.
"Dia no 2 lepas Abang Hadi sebab …"
"Sudah lah tu, jom lah makan cepat. Harini prof masuk lambat, bukan tak masuk langsung. Nanti lambat kita nanti" potong Farhan.
Sakit pulak telinga dia bila dengar mereka berdua cakap pasal Rafiq.
Mula mula Hadi, lepastu Rafiq.
Tambah pulak, Tiara puji Rafiq handsome. Meluat dia.
"Okey, okey. Kitaorang makan" kata Tiara sambil memandang muka Hadirah, memberinya isyarat supaya cepat makan.
//
Hadi yang sudah lama sampai, menunggu kedatangan Tiara.
"Mana dia ni? Selalunya dia datang awal. Awal daripada aku. Ni dia tak muncul-muncul pun" kata Hadi dalam hati.
Akmal perasan akan tingkahlaku Hadi yang seolah-olah dia menunggu kedatangan seseorang.
Dia melihat yang Tiara tidak masuk lagi. Dia bisik ke telinga Hafiz untuk beritahu perkara itu.
Hafiz tersenyum selepas Akmal bisik pada dia.
"Di! Kau cari siapa Di?" tanya Hafiz sengaja.
"Hah?" Hadi terkejut mendengar soalan Hafiz
"Kau tengah cari siapa? Kitaorang tengok kau macam tengah tunggu someone je" kata Akmal pula
"Tunggu siapa? Aku.. aku tunggu prof lah. Siapa lagi?" kata Hadi cuba untuk menutup rasa gugup nya bila disoal begitu.
"Diaorang perasan ke yang aku tengah tunggu Tiara?" kata Hadi dalam hati
"'Prof' masuk sekejap lagi. Kau sabar kejap. Kau rindu 'prof' ke?" usik Akmal.
Sebenarnya dia maksudkan prof itu Tiara
"Mana ada. Sebab aku rasa macam lambat sangat prof masuk. Eh, aku keluar kejap lah" kata Hadi kemudian bangun dan keluar dari bilik itu.
"Dia nak cari 'prof' dia la tu" kata Hafiz.
Kemudian mereka ketawa mengenangkan perangai Hadi.
Hadi sudah berada di luar kelas.
Dia berjalan-jalan di laluan itu. Mana tahu tiba-tiba terserempak dengan Tiara ke.
Sedang dia berjalan, dia ternampak sesuatu.
Tiba-tiba hatinya rasa satu perasaan yang aneh. Yang sebelum ini dia tak pernah rasa.
thankyou sebab sudi bace (•‿•) sorry atas kekurangan ;)
Share this novel