Bab 10

Drama Completed 35658

Petang Ahad itu, selepas solat Asar Tiara bersiap untuk pergi kerja.

Tiara kerja untuk mengisi masa lapang di kedai makan. Pemilik kedai makan itu Tiara kenal. Pemiliknya adalah ibu bapa kawan nya dari sekolah rendah.

Sekarang kawannya itu berada di London sedang melanjutkan pelajaran. Tiara tidak selalu berkerja di situ.

Bapa kawannya, Encik Ahmad bagi Tiara untuk berkerja di situ mengikut yang Tiara mahu. Contohnya, sekiranya Tiara mahu kerja, datang sahaja. Kalau tidak mahu, tidak perlu datang. Kiranya, Tiara ini pekerja tambahan.

Selepas 15 minit, Tiara sampai di hadapan kedai makan itu. Kedai makan itu agak laris kerana makanan yang disediakan sangat sedap.

"Oi Tiara, lama kau tak muncul. Ke mana kau pergi Tiara?" tegur Kak Aisyah. Kak Aisyah adalah pekerja tetap di situ dan adik kepada Encik Ahmad.

Dia masih belum berkahwin. Masih tiada jodoh katanya. Dia umpama kawan Tiara di situ. Walaupun mereka beza 10 tahun, mereka seperti kawan sahaja. 

Ketika itu, kedai baru sahaja buka. Jadi pelanggan tiada lagi. Boleh lah mereka berbual sebentar.

"Ada je Kak Aisyah. Kat sini jugak. Kat mana lagi. Cuma ye la sekarang busy sikit sebab dah masuk universiti" kata Tiara. Dia sengaja kata begitu untuk bagi surprise dekat Kak Aisyah

"Apa?! Kau dah masuk universiti?! Apasal kau tak cakap dengan akak. Ni la kau. Bila dah senang lupa" kata Kak Aisyah

"Mana ada lupa kak. Saja nak bagi surprise. Jadi tak surprise ni?" gurau Tiara

"Jadi lah! Sini kau, akak nak bagitau dekat boss kita" kata Kak Aisyah sambil menarik tangan Tiara untuk bertemu dengan Encik Ahmad

Ketika itu, Encik Ahmad bersama dengan isterinya, Puan Sakinah. Puan Sakinah perasan akan kedatangan Tiara, terkejut.

"Tiara! Lamanya Tiara tak datang. Risau makcik. Ingat apa apa jadi ke dekat Tiara" kata Puan Sakinah 

"Akak, akak tahu tak kenapa dia dah lama tak datang? Dia dah masuk universiti kak!" kata Kak Aisyah teruja

"Ye ke?! Alhamdulillah, syukur"

"Tahniah Tiara. Kenapa tak bagitahu makcik dengan pakcik?" tanya Encik Ahmad pula

"Bukan tak nak bagitau pakcik. Tapi, Tiara sibuk sikit. Tak sempat nak datang sini" kata Tiara. Ini lah keluarga kedua nya. Semua orang di situ mengambil berat tentang dirinya.

"Ye lah, makcik faham. Sarah dah tahu?" tanya Puan Sakinah

"Dah, haritu Tiara dah bagitahu dia. Dia pun sihat dekat London tu" kata Tiara

"Tiara dapat universiti mana?" tanya Encik Ahmad

"Universiti Melaka"

"Ouhh, bagus jugak universiti tu. Belajar rajin-rajin tau"
pesan Encik Ahmad

"Baik pakcik"

"Ni tak apa ke Tiara datang kerja ni? Tiara tak ada assignment ke?" tanya Puan Sakinah

"Dah, dah siap dah. Lagipun Tiara bosan lah duduk rumah"

"Mak kau mana?" tanya Kak Aisyah

"Ibu pergi outstation sebulan"

"Ouhh"

"Okey lah, Tiara mintak diri nak buat kerja dulu lah"

"Hah, ye lah" kata Encik Ahmad

"Jom kak. Dah lama Tiara tak jumpa pelanggan ni" kata Tiara sambil berjalan pergi bersama dengan Kak Aisyah.
//
Selepas beberapa jam kerja, Tiara berjumpa dengan Encik Ahmad sekali lagi untuk mintak kebenaran pulang.

"Pakcik, Tiara balik dulu lah ye. Esok nak pergi class" kata Tiara

"Ouh, ye lah. Kejap, pakcik ambik gaji Tiara untuk harini" kata Encik Ahmad kemudian kembali dengan duit RM100 dan hulurkan nya pada Tiara.

Terkejut Tiara melihat jumlah wang itu.

"Pakcik! Banyak nya! Tiara kerja sekejap je tadi. Banyak sangat tu kalau nak dibandingkan dengan masa Tiara kerja" kata Tiara cuba menolak pemberian Encik Ahmad itu.

Itu sudah lebih daripada gaji biasanya.

"Ambik je. Pakcik sedekah. Duit ni gaji Tiara campur dengan hadiah sebab Tiara dapat masuk universiti. Pakcik tak tahu nak bagi apa. Makcik pun setuju bagi Tiara duit ni. Ambik lah" kata Encik Ahmad

"Pakcik, tapi tu banyak sangat tu pakcik"

"Tak apa, ambik je. Kalau Tiara tak ambik lagi pakcik kecik hati"

Tiara pun mengambil duit itu.

"Terima kasih banyak banyak tau pakcik. Susah susah pakcik je bagi Tiara hadiah ni" kata Tiara tersenyum

"Tak ada susah nya. Pakcik dengan makcik dah anggap Tiara macam anak dah. Tu, Kak Aisyah Tiara tu dah macam kakak Tiara dah"

"Hahahha betul la tu. Okey la pakcik. Tiara balik dulu. Kejap, makcik mana?" tanya Tiara baru perasan ketiadaan Puan Sakinah itu.

"Dia ada tu dekat dapur agaknya"

"Oh, kirim salam la dekat makcik ek. Assalamualaikum"

"Insyaallah, waalaikumussalam" jawab Encik Ahmad.

"Kak, Tiara balik dulu la kak. Esok ada class" kata Tiara apabila dia lalu di hadapan kaunter

"Hah, ye lah. Belajar elok-elok. Ada pakwe, bawak jumpa akak" gurau Kak Aisyah

"Apa akak ni. Akak tu, kalau ada bawak jumpa Tiara. Tunggu Tiara approved dulu baru kahwin" gurau Tiara pula

"Ke situ pulak dia. Balik elok elok tau. Dah sampai rumah mesej akak" 

"Okey, assalamualaikum"

"Waalaikumussalam" jawab Kak Aisyah.

Sampai di rumah, selepas Tiara mesej Kak Aisyah, dia ke biliknya. 

Dia keluarkan duit RM100 yang diberi Encik Ahmad tadi dan masukkan dalam tabung nya.

"Alhamdulillah, rezeki. Dapatlah jugak cover duit duit aku yang beli makanan Hadi tu. Ish, Tiara! Kau kan sedekah dekat dia. Tak apa lah, itu rezeki dia" kata Tiara. 
//
Seperti biasa, Tiara akan sampai awal. Dia akan sampai awal daripada Farhan dan Hadirah.

Tiara tidak tahu mahu buat apa jadi dia hanya duduk dan pandang pintu bilik itu.

Seorang demi seorang masuk. Sekejap lelaki sekejap perempuan. Sampailah giliran Hadi pula masuk.

Hadi pula perasan yang Tiara sedang melihat nya, memandang Tiara juga. Tiara yang nampak Hadi sudah datang, keluarkan telefon nya dan main. Malas dia nak tengok muka Hadi.

Hadi yang baru masuk melihat atas mejanya kosong. Selalunya ada plastik.

Baru sahaja dia nak marah Tiara sebab dia fikir Tiara terlupa mahu beli makanan nya, tiba tiba dia teringat yang tempoh Tiara belikan dia makanan sudah tamat.

Timbul perasaan menyesal sebab tak makan sarapan yang umi nya masak sebelum keluar tadi. Dia masih lagi ingat yang Tiara belikan dia makanan.

Dia lantas duduk di kerusi nya dan termenung. Selalunya, Tiara akan datang kepadanya dan tanya makanan apa yang dia mahu untuk esok. Tetapi, tidak hari itu.

Tiara tidak datang kepada nya dan tidak bercakap dengannya. 

Dari mula class sampai tamat, Tiara tidak bercakap dengan Hadi. Hadi berharap yang Tiara akan datang kepadanya dan kata sesuatu tetapi itu tidak terjadi. Tiada sebab untuk Tiara bercakap dengan Hadi pada hari itu.

Memang seharian itu mereka berdua tidak bercakap langsung.

Hadi sampai di rumah dan duduk di katilnya.

Dia merasakan satu perasaan yang tidak seronok. Dia pun tak tahu kenapa dia rasa sebegitu.

"Harini, aku tak bercakap langsung pun dengan Tiara. Kenapa aku rasa lain ek bila aku tak cakap dengan dia? Padahal patutnya aku rasa tenang sebab tak payah bergaduh dengan dia. Dia pun tak menyusahkan hidup aku. Sekarang ni rasa tak seronok pulak. Kenapa aku rasa macam ni?" kata Hadi.

Tiara pun perasan perkara yang sama tetapi rasa perasaan yang berbeza.

"Eh, harini aku tak bercakap langsung dengan Hadi kan? Wah, kan best kalau setiap hari macam ni. Tak ada serabut kepala aku nak bergaduh dengan dia je. Makanan dia pun aku tak payah beli dah. Wohoo! Aku bebas! Aku bebas daripada gantirugi aku dengan Hadi!" kata Tiara sambil merebahkan badan di atas katil.
// 
Keesokan harinya, Hadi pergi ke universiti menggunakan motorsikal Yamaha Y15ZR nya. Tiba-tiba dia rasa ingin bawak motor sebab sudah lama motornya itu terbiar di halaman rumahnya.

Pagi itu, dia sudah siap bersarapan di rumah. Semalam dia tidak bersarapan kerana terlupa yang Tiara sudah tidak belikan dia makanan lagi.

Apabila dia sudah sampai di tempat parkir motorsikal di universiti, dia mematikan enjin motosikalnya dan tanggal helmetnya.

Terserlah ketampanan nya apabila dia membuka helmet. Pelajar perempuan yang lalu lalang di situ hampir tersadung melihat Hadi.

Hadi yang sudah biasa dengan perkara itu hanya buat tidak tahu. Langkahnya terus ke arah kelasnya. 

Dia masuk sahaja bilik itu, dia nampak Tiara sedang khusyuk menulis. Hadirah dan Farhan belum sampai lagi. Begitu juga dengan Akmal dan Hafiz.

Tiba-tiba muncul idea gila dalam fikirannya.

Dia berjalan ke arah tempat Tiara dan duduk di sebelah nya. Dia meletakkan helmetnya di atas meja dan membuka jaket yang dipakainya.

Tiara yang sedang khusyuk melihat kertas yang ditulisnya melihat meja sebelah. Ada helmet. 

"Farhan bawak motor ke harini?" kata Tiara dalam hati.

Dia mengangkat kepalanya dan melihat di sebelahnya bukan Farhan tetapi Hadi!

"Hadi!" jerit Tiara

"Apa?" tanya Hadi selamba

"Kau buat apa dekat sini?!" Pelajar yang berada di situ hanya melihat saja mereka berdua. Sudah lali lah katakan.

"Nak belajar" jawab Hadi

"Yang kau duduk sini kenapa? Tempat kau dekat sana. Ni kan tempat Farhan!"

"Ada nama Farhan ke dekat sini? Tak ada kan? Suka hati aku la nak duduk dekat mana mana pun" jawab Hadi

"Lepastu nanti Farhan nak duduk mana?"

"Banyak lagi meja kerusi dekat dalam bilik ni. Susah susah sangat duduk je lantai"

"Eee! Gila la kau ni. Ada tempat sendiri nak duduk dekat tempat orang. Lantak kau lah, malas nak layan" kata Tiara kemudian sambung menulis.

Tersengih Hadi mendengar kata-kata Tiara. Daripada semalam dia tak bercakap dengan Tiara, baru harini dapat bercakap dengannya.

Hadirah dan Farhan sampai dan melihat Hadi ada di sebelah Tiara. Tiara tidak perasan mereka sampai.

Hadi yang nampak mereka sudah sampai, menggerakkan sedikit kepalanya ke arah kanan. Dia memberi isyarat supaya mereka duduk di tempat lain. 

Hadirah dan Farhan yang menerima isyarat itu, menurut sahaja. Mereka pergi ke meja lain.

"Wei, Tiara. Apa yang kau sibuk sangat menulis tu. Cakap la dengan aku. Aku bosan lah" kata Hadi

Tiara mengangkat kepalanya sekali lagi dan memandang muka Hadi.

"Kau nak apa sebenarnya ni? Boleh tak kau cakap kau nak apa sekarang lepastu kau pergi duduk balik tempat kau?" 

"Okey, boleh. Tapi kau kena jawab dulu soalan aku"

"Apa dia?" tanya Tiara

"Kenapa kau belajar law?" 

Terkejut Tiara mendengar soalan Hadi.

"Apasal kau nak tahu?"

"Saja. Sebab semua dekat sini mesti ada sebab kenapa belajar law" jawab Hadi

"Kena ke aku bagitahu kau?" tanya Tiara sambil memandang Hadi dengan curiga.

"Kalau kau nak aku duduk sini sampai habis class, tak payah bagitahu. Aku okey je duduk sini"

"Okey, aku bagitahu. Aku belajar law sebab…"

"sebab kau nak jadi mak guard mahkamah kan?" potong Hadi. Dia saja kata begitu sebab dia nak dengar Tiara marah.

"Sebab ye lah, mahkamah pun kena ada orang jaga. Dan kau bakal mak guard mahkamah pasti akan menjaga keselamatan mahkamah kan? Sebab aku tengok kau ni nak jadi peguam, jauh lagi. Pendakwa, memang tak la. Hakim, tak payah. Betul kan apa aku cakap?" 

Kecik besar kecik besar je Tiara tengok Hadi. Dia kata Tiara ni nak jadi mak guard mahkamah? Dia tak tahu muka dia macam cleaner mahkamah!

Tiara cuba tidak melenting lagi.

"Kau? Kenapa kau belajar law? Opp, tak payah cakap. Aku tahu kenapa. Cita cita kau nak jadi cleaner mahkamah kan? Aku tahu. Sebab memang SESUAI dengan muka kau. Aku harap kau berjaya dengan cita cita kau" balas Tiara.

Panas telinga Hadi mendengar Tiara kata mukanya sesuai jadi cleaner.

"Muka aku punya handsome macam ni kau kata macam cleaner?"

"Sorry? Handsome? Handsome lagi pak cik yang jual air dekat kafe" jawab Tiara

Kemudian Tiara senyum sinis pada Hadi. Hadi pula hanya sabar dengan perangai Tiara,  pandang ke hadapan.

Tiara yang melihat Hadi tidak berganjak, pelik.

"Kau cakap lepas kau tanya aku soalan gila kau tu , kau duduk balik tempat kau. Pergi lah" halau Tiara

"Sorry, Miss Tiara Adriana. Tapi, saya tak boleh tukar tempat sebab awak tak jawab soalan saya" kata Hadi sambil tersenyum berlagak

"Aku nak jawab, tapi kau yang main tembak cakap aku nak jadi mak guard!" kata Tiara

"Okey, lepastu jawab la sekarang. Kenapa kau belajar law?" tanya Hadi sekali lagi

"Malas aku nak cakap. Duduk la kau sini sampai habis class. Tapi, jangan kacau aku bila prof dekat depan"

"Okey. Saya yang menurut perintah" jawab Hadi. Kemudian, Hadi melihat telefonnya.

Tiara pandang belakang untuk melihat kawannya. Dia nampak Hadirah dan Farhan sedang duduk di belakang. 

Dia melambai tangan sambil tersenyum kepada mereka berdua dan mereka melambai kembali.

Kemudian Hadirah memberi isyarat supaya tengok telefon. Tiara bukak telefon nya dan melihat ada mesej dari Hadirah.

Hadirah : Balik kang cerita tau dekat kitaorang macam mana Abang Hadi boleh ada dekat situ 

Selepas baca, Tiara membalas ,

Tiara : Okey
//
Semasa Hadi dan Tiara sedang bertelagah tentang sebab mereka belajar law, Akmal dan Hafiz sampai. 

Mereka melihat tempat Hadi kosong dan nampak Hadi di sebelah Tiara dan sedang bercakap dengannya.

"Tu, apahal tu? Tersalah tempat ke memang sengaja duduk situ?" kata Hafiz sambil mereka berjalan ke tempat mereka.

"Itu lahh. Hadi, Hadi … Dulu kata tak nak, sekarang kelakuan dia macam nak. Nasib aku tak try Tiara tu betul-betul" kata Akmal

"Poyo je Hadi tu. Tengok la, dia yang pergi duduk sebelah orang tu" kata Hafiz sambil memandang Hadi yang masih lagi sedang bercakap dengan Tiara

"Kita tengok lagi, apa yang dia buat nanti. Tapi, kita jangan tegur dia pasal tu. Tak pasal pasal sentap pulak dia nanti"

"Tu lah, kita tengok. Sejauh mana kerasnya hati Hadi" kata Hafiz sambil tersenyum.

Kemudian, Prof Yusuf masuk dan class dimulakan.

thankyou sebab sudi bace

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience