BAB 3 - SEEE - BOYFRIEND GIRLFRIEND

Romance Completed 92042

"Haifa sayang, tolonglah I, Fa. I sanggup sujud di kaki you, Haifa..."

"Get lost!"

"Haifa..."

"Nash, tolonglah Nash... I nak pergi kerjalah. Baliklah. Jangan malukan I, boleh tak? You terjerit-jerit kat depan rumah I... Nanti, apa pulak cakap jiran-jiran I..."

"Haifa, please... I merayu, Fa... I sayangkan you..."

"Sayang? Bila you suka hati putuskan pertunangan kita dengan alasan kita tak setaraf, tak sama darjat, ada you fikir hati I? Ada? Ada you fikirkan perasaan I masa tu? Tak! Tak, Nash! You hina I, you seksa hati dan perasaan I... You tak fikir langsung perasaan I, masa tu... Yang you sibuk cakap, I tak layak untuk you. Betulkan?"

"I minta maaf, Haifa... Waktu tu, I terpaksa... I terpaksa sebab I dah kena ugut..."

"Ugut? Hah! You buang jelah telur you. I dah buang you jauh-jauh, Nash. Dari hari you buang I, you hina I, dah buang segalanya pasal you. Kenangan kita I kuburkan bersama-sama gambar you. Tak guna I simpan. By the way, Tuan Nashar Nasrul bin Datuk Naim Nasrullah, I dah hantar semua barang-barang yang you dah bagi kat I ke rumah you. I tak nak simpan lagi barang-barang pemberian you..."

"Benci sangat you kat I, Haifa?"

"Bukan benci je, Nash. I dah meluat, menyampah, bosan dengan perangai you. I rasa elok juga kita berpisah. I tak sanggup lagi asyik diarah itu ini. Belum kahwin you dah buat I macam kuli batak you. Silap haribulan, dah kahwin nanti, I kena dengar cakap you je. Sudahlah, Nash. Baliklah... I dah tutup hati I untuk you, Nash. I tak dapat nak terima you lagi. Bagi I, sekali I dah buang, sampai bila-bila pun I takkan kembali pada you..."

"Haifa, jangan macam ni, Fa. Bagi I peluang, sekali je... I'll fix everything..."

"It's too late, Nashar! I dah ada pengganti lebih baik dari you... Dan, you anak yang solehkan? You ikut jelah cakap parents you... I ni tak layak untuk you Nash..."

"You, what? Secepat itu you dapat pengganti I? No! I tak percaya. I tahu you sengaja cakap macam tu nak buat I jealouskan?"

"I nak buat you jealous? Excuse me... I takde masa nak layan karenah you, Nash..."

"Haifa, you jangan buat I macam ni, Fa..."

"Terpulang pada you. Lagipun, I bukan tak cantik... I cantik. Dah tentu ramai yang menunggu peluang untuk pikat I... Baliklah, Nash... Nanti boyfriend I nampak, tak seronok pulak dia tengok nanti."

"Haifa, please..."

"Baliklah, Nash... Walaupun you suruh parents you datang pujuk I, pun... Keputusan I takkan berganjak. I takkan terima you lagi. Fullstop!"

Bam!

Haifa melorot di belakang pintu kondonya dengan juraian air mata. Jujur, hati dia terlalu sakit ketika ini. Tak tahu nak cakap macamana lagi marah dan bencinya dia pada Nash. Perkenalan mereka bukannya baru. Dah cecah tujuh tahun. Tapi, sayang... Kalau sudah tuhan tentukan segalanya, takde apa yang boleh menahannya.

Haifa mahu bangkit dari segala kesakitan. Haifa dah nekad, dia dan Nashar takkan mungkin bersatu kembali. Bagi Haifa, sekali dia dah ludah, dia takkan jilat semula. Itu kenyataan yang harus Nashar terima! Apatah lagi, selepas mendengar betapa bencinya orang tua Nash pada Haidfa hanya kerana perbezaan darjat.

"Hai..."

"Err, hai..."

"You duduk kat sebelah ni?"

"A'ah... I dengan dua orang kawan."

"You?"

"Kat sebelah you je."

"Sorry?"

"Maksud I, I menetap kat sebelah rumah you... You, dua tujuh dua, kan?"

"Ya..."

"I, dua tujuh tiga..."

"Oh, really? I tak pernah nampak pun... Eh, wait... Bukannya rumah tu, rumah Kak Elina?" Emmir melorek senyuman. Terhias lesung pipit di kiri kanan pipinya.

'Comelnya... Dalamnya lesung pipit dia...'

"Elina Elisa..."

"Ya, Kak Elina Elisa... Kak Elina tu cantik sangat. Macam princess..." Tersenyum Emmir melihat gadis comel di hadapannya berbebel.

"She's my sister... I mean, elder sister..."

"Oh... No wonder, you both nampak lebih kurang. Cuma, yang bezanya, you lelaki dan kakak you of courselah perempuan, kan?" Haifa tertawa kecil.

"You memang suka bercakap, eh?"

"Eh, taklah. Tapi, kalau dah ada orang melayan, I memang susah nak berhenti bercakap. Lagipun, I bekerja berjumpa dengan orang ramai."

"I tahu... You event planner, right?"

"How do you know?"

"My sister, remember?"

"Oh... By the way, Kak El, mana? I dah lama tak nampak dia... Kalau tidak, sesekali ada juga kami bertukar-tukar juadah."

"I tahu. I pernah makan masakan you. Sedap..." Berkerut dahi Haifa.

"Kak El stay kat London. Tak lama, dalam half year, kot. Ada kerja."

"Oh, I see..."

"You nak pergi kerja ke?"

"Ha'ah. Nak buka butik."

"Awalnya?"

"Selalu butik buka pukul sepuluh. I memang selalu datang awal. Banyak benda nak kena buat." Emmir simpul senyum.

"Good. I suka semangat you..."

"Okeylah. Jumpa lagi"

"Dear, nama you?"

"Haifa... Haifa Haila... And you?"

"Emmir..."

"Okey, Emmir. See you later..."

"Bye, Haifa..." Sempat Haifa menoleh ke arah Emmir yang sedang memandu kereta SUV Range Rover berwarna hitam.

"Hurm, not bad..." Omel Haifa sendirian.

"Done, sis..."

"So, what do you think about her?"

"Amazing... She's adorable, amazing..."

"Sounds like you are falling in love with her..."

"Maybe yes, maybe not..."

"What do you mean?"

"It's still early, sis..."

"Mir, you have to understand... Haifa tu, one in a million... You get what I mean?"

"Mir faham. Tapi, bagi Mir masa sikit. Mir tak nak tersalah pilih nanti. Lagipun, semalam Mir nampak ex-fiance Haifa tu bertenggek kat luar rumah dia."

"What the...?"

"Ala, sis... Normallah... Kalau dah buat salahkan. Tapi, serius... That failure looks like desperate. Mir pulak yang rasa macam nak belasah dia je..."

"Jangan nak campur tangan hal orang, okey?"

"Ya, Mir tahu. Tapi, kesian Haifa. Dah dibuang, dimaki, dihina, dicaci... Sekarang ni, si jantan bodoh ni asyik kacau dia je."

"Biarlah... Keputusan di tangan Haifa. Haifa ada cakap hari tu, dia tak nak langsung kembali kat ex dia... Kecewa sangat."

"Ya, Mir faham. Tapi, jantan bodoh ni memekak kat luar rumah. Mir dan Haifakan berjiran. Mir dengar semua yang jantan tu katakan... Serius... Dia memang desperate sangat nakkan Haifa kembali."

"So, what do you want to do?"

"Hurm... Mir tahu apa yang Mir nak buat..."

"Jangan buat benda bodoh, Mir..."

"Mir tahulah. Akak tak payah risaukan Mir, okey. Mir tahu nak jaga nama baik kita. Yang penting, Mir akan bantu Haifa terlepas dari genggaman jantan ngok tu..."

"Amboi... Mulut tu..."

"Ala, bukan Mir mencarut pun..."

"Mir, answer my question."

"Apa?"

"Macamana kalau Mir dah jatuh cinta pada Haifa?" Emmir terkedu dengan soalan kakaknya, Elina Elisa.

"Answer me, Emmir..."

"Okey, sis... Mir dah sampai. See you later..." Talian dimatikan.

"Macamana, El?"

"Hurm... Mir malulah tu... Tapi, El berani cakap, Mir akan jatuh cinta pada Haifa. Kesian Haifa. Seksa hidup dia."

"Kita doakan yang terbaik buat Haifa... Lagipun, mummy berkenan dengan Haifa tu. Cantik, bijak, berkerjaya. She's beauty with brain, kata orang sekarang..." Elina tersenyum lebar.

"Mummy okey ke kalau Emmir dengan Haifa?"

"Eh, mestilah. Mummy daddy tak pernah halang pun siapa pilihan anak-anak kami selagi menantu kami tu bukan spesis pecah rumah, penagih, penyondol, pisau cukur... Eee... Simpang malaikat empat puluh empat."

"In shaa Allah, mummy... Kita doakan Emmir, ya..."

"Engku... Good morning..."

"Morning, Sarah... Anything for me, today?"

"Hurm, pagi ni, takde engku. Schedule engku, esok... Esok the whole day, engku busy dengan seminar kat Putrajaya..."

"So, confirmnya hari ni, I takde apa-apa yang urgent?"

"Confirm, engku!"

"Good, sekejap lagi I nak keluar. I ada urusan kat luar. Anything call my handphone."

"Tapi, engku..."

"Sarah, please... You tahukan apa yang you perlu buat kalau daddy I tanya..." Sarah melepaskan keluhan.

"Sarah, please... I'm begging you... Ini urusan hidup dan mati I..."

"I dapat apa?"

"I bagi you, beg MK..."

"MK?"

"Ya, MK, Michael Kross..."

"Serius?"

"I pernah tipu you ke, mummy to be?"

"Nasib baik you boss I, tau... Rezeki baby I, lah..."

"Ya, I tahu. Lagipun, you tahukan I akan ke Singapore next week... So, I akan belikan you beg MK kat sana nanti."

"Okey, deal. Eh, engku nak ke mana?"

"Secret..."

"Yelah tu. Jangan lupakan saya kalau dah dapat petik bunga tu..." Emmir kulum senyum sebelum berlalu.

"Nash! Tolonglah, Nash. Jangan ganggu I, lagi. I nak cari rezeki, Nash. You takutkan customer I..."

"I nak you kembali pada I, Haifa... Please, I takkan hampakan you lagi." Haifa meraup wajahnya.

"Nashar Nasrul... I dah cakap, I takkan kembali pada you. I dah ada pengganti you. I dah ada lelaki yang betul-betul menghargai I. Yang tak peduli tentang kedudukan, darjat atau siapapun I... I bersyukur selepas you tinggalkan I, ada lelaki yang ikhlas terima I..."

"You tipu, Haifa! You tipu! I tahu, you masih sayangkan I. I tahu... You sengaja nak buat I cemburukan?"

"Jangan perasan, Nashar! I takde masa nak buat benda bodoh tu... Please, you baliklah. Nanti kalau boyfriend I datang, tentu you kecil hati tengok you ada kat sini..."

"Jangan tipu I, Haifa. You takde boyfriend. Kita baru putus tak sampai dua bulan pun."

"Hello, Tuan Nashar... You jangan pandang I sebelah mata, eh? You ingat I tak laku ke?"

"Baby..."

'Ah, sudah! Kenapa pulak si Emmir datang sini?'

"Baby?

"Ya, kenapa? Ada masalah ke?" Soal Emmir.

"Haifa, siapa ni?" Emmir terus menghampiri Haifa lantas pinggang dirangkul erat.

"Emmir, you buat apa kat sini?" Bisik Haifa seraya memandang ke arah Nashar yang sedang ternganga melihat gelagat Haifa dan Emmir di hadapannya.

"Just shut up, okay. I'm helping you..." Bisik Emmir.

"Haifa, siapa ni?"

"Err, ini..."

"I, Emmir. Boyfriend Haifa. You?"

"Arr... Nash... I..." Lambat-lambat Nashar menyambut huluran tangan Emmir.

"Oh, you must be her ex-fiance, right?" Nashar anggukkan kepala.

"Nash, ini boyfriend yang I cakap tadi." Nash tersenyum kelat.

"Baby... Are you okay?"

"I, okay. Thank you... You dari mana?"

"I ada jumpa client kat sini... Kebetulan, I lalu kat sini..."

"Oh..."

"I nak ajak you lunch sama-sama... Is it okay, ke I ganggu you?"

"Err, tak. Tapi, lunch? Awal lagilah..."

"Baby, it almost twelve, dear... I belum sarapan lagi tau... Please, I lapar ni... Kang I terkam you kat sini..."

"Ish, you ni. Malulah! Ada orang kat depan ni..."

"Ops! Sorry... Nash, you nak follow kami?"

"Emm, it's okay... I ada urusan lain."

"Oh, okay... Come, baby."

"Err, sekejap... I ambil beg I..."

"Okey..." Haifa masuk ke dalam butik.

"Dah lama ke kenal dengan Haifa?"

"Dah lama sebenarnya. Tapi, selepas dapat tahu Haifa dah solo, I terus melamar Haifa. Sayang nak biarkan gadis sehebat dan secantik Haifa, hidup sendirian..."

"Ya, I tahu... I harap you dapat jaga Haifa sebaik mungkin."

"In shaa Allah, don't worry. I jenis lelaki setia. I akan sayang Haifa sehingga nafas I yang terakhir."

"You, I dah siap..."

"Jom. I dah lapar sangat ni."

"Nash, Haifa pergi dulu. Jaga diri..."

"I tahu. Jangan risaukan pasal I. Have fun..."

"Thanks..."

"Err, Haifa..."

"Ya..."

"Jemput I untuk wedding you nanti."

"In shaa Allah. Kami akan hantar kad jemputan." Jawab Emmir bagi pihak Haifa.

"You!"

"Apa?"

"Macamana ni, kalau Nash percaya?"

"Eh, baguslah kalau dia percaya. You nak elakkan diri dari ex-fiance, youkan?"

"Yelah. Tapi, you tiba-tiba muncul, lepas tu cakap I ni girlfriend I. You dah gila ke?"

"I tengok you macam perlukan bantuan je. I tolonglah you... Salah ke?"

"Salah tu tidak... The problem is... You dah cakap I ni girlfried you."

"Biarlah... At least, dia takkan ganggu you lagi lepas ni..."

"Kalau dia tak percaya?"

"Kita cakaplah kita dah bertunang."

"Kalau dia cakap kita saja buat alasan sebab nak tipu dia?"

"Kita cakap kita nak kahwin..."

"Hah? You dah gila ke?"

"Haifa... I dah tolong you, tau. So, you pun kena tolong I..."

"Hah? Nak tolong you pulak? I tak suruh pun you tolong I, kan?"

"It's too late, dear... I tak kira. You kena tolong I juga."

"Mana aci macam ni... I tak suruh you tolong pun. You tolong I pun tak ikhlas sampai I kena bantu you..."

"I tak kira. Kalau you tak nak tolong I, I akan cakap perkara yang sebenar pada ex-fiance you. Biar dia datang ke butik you, rumah you, merayu bagai. Baru padan muka you."

"Emmir... Janganlah. I tak naklah... Please... I tak sanggup nak berdepan dengan di lagi. Sekarang ni, family dia nak jumpa I, nak I kembali ke pangkuan Nash. I tak naklah..."

"Kalau macam tu, you kena ikut syarat I kalau you tak nak rahsia ni bocor."

"You ugut I ke, Emmir?"

"Terpulang pada pemikiran you."

"Kalau I tak nak?"

"You tunggu jelah si jantan tu bawak family dia jumpa you. I tak nak campur lagi."

"Ish! You ni..."

"Take it or leave it, Haifa Haila..." Haifa menjeling tajam. Emmir menjongketkan keningnya tanda kemenangan pertama.

"Fine! I ikut cakap you!"

"Good!"

"Apa syarat you?"

"Well, you kena jadi girlfriend I..."

"What?"

"Hello, sekarang pun kita dah jadi girlfriend boyfriend, kan?"

"Ini lain! You berlakon depan Nash!"

"I tak kira... Take it or leave it, my dear..."

"Yelah!" Jawab Haifa dengan nada marah. Emmir tersenyum lebar bila rancangan keduanya berjaya. Dan selepas ini, Emmir perlu memastikan Haifa menjadi miliknya yang abadi.

Another free chapter. Enjoy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience