"Are you okay, baby?"
"Okey. Kenapa tanya macam tu?"
"Hurm... Actually, I ada benda nak dibincangkan dengan you."
"Bincang apa? Pasal perkahwinan kita?" Tiada sahutan dari bakal tunangannya. Haifa Haila cuba menyentuh kekura tangan encik tunang. Haifa tersentak bila tangannya ditepis.
"What's wrong with you, Nash?"
"Haifa... I... I sebenarnya, nak bagitahu you something..."
"Bagitahu apa?"
"I nak putuskan pertunangan kita."
"What?"
"I nak putuskan perkahwinan kita."
"Tapi, kenapa?"
"Mummy dan daddy I, enggan terima kehadiran you."
"Nash, dua bulan lepas, you dan family you datang untuk majlis pertunangan kita. Kenapa sekarang parents you tak nak terima I?"
"Sebab... Parents I dah ada calon untuk I..."
"Oh, come on, Nash! Nash, kita tinggal dua bulan je lagi sebelum majlis perkahwinan kita, Nash. Kenapa tiba-tiba?"
"Haifa, please... Tolong faham situasi I..."
"You yang kena faham situasi I, Nash!" Haifa meraup wajahnya. Jujur dia terluka dengan keputusan Nash.
"I terpaksa. Dan lagi, ada rahsia yang perlu you tahu."
"Apa maksud you? Rahsia apa? Rahsia apa, Nash?"
"Yang datang merisik you dan pada hari pertunangan kita tu, bukannya parents I..."
"Ya Allah, apa yang you mengarut ni, Nash? Kalau macam tu, siapa mereka tu?"
"Pak lang dan mak lang, I..."
"Tapi, kenapa? I tak faham..."
"Sebab, parents I tak merestui hubungan kita berdua." Haifa tergamam. Nafas dihela.
"I need to know the reason. Tell me, Nash..."
"Sebab you tak setaraf dengan keluarga I..." Terkedu Haifa dengan kenyataan yang baru dia dengar.
"I... I betul-betul tak faham, Nash." Nash terdiam kaku di situ.
"You nak cakap sebab I anak yatim piatu dan I tak layak untuk masuk dalam keluarga you?" Nash menundukkan wajahnya. Keluhan dilepaskan.
"Ya Allah... You dah lukakan hati I, Nash... Sakit, Nash... Sakit sangat... You dah lukakan hati I, Nash... Kenapa baru sekarang, Nash? Kenapa bila hati I dah betul-betul sayangkan you, baru you nak cakap hal yang sebenar? Kenapa tidak dari dulu? Kita hanya tinggal dua bulan je lagi. I dah bertungkus-lumus nak siapkan barang perkahwinan kita, Nash..."
"I minta maaf, Haifa. I... I takde pilihan..."
"Pilihan di tangan you, Nash... Sebelum ni, you yang beria-ia mahukan I. I tolak. You sanggup ugut nak bunuh diri. I terima you dalam hidup I walaupun pada awalnya, I tak mampu nak sayangkan you. Dan sekarang, bila hati I dah terima you, dah sayangkan you... I dah mula cintakan you, kita dah bertunang dan hampir nak berkahwin, you cakap, you terpaksa berpisah sebab darjat kita berbeza? Allahuakhbar..." Haifa meraup wajahnya.
"I minta maaf, Haifa. I have no choice, Haifa... I terpaksa..."
"Hah! Terpaksa? You terpaksa atau you takut kehilangan keistimewaan you dah terima selama ini?" Nash terdiam.
"Betulkan? You takut parents you tarik semua keistimewaan yang you terima selama ini... Betulkan, Nash?"
"Ya! Betul! Memang semua tu betul! I takde pilihan dan I terpaksa. I tak nak jatuh miskin, Haifa! I dah biasa hidup dengan kemewahan. I tak nak jatuh miskin sebab you!" Jari dituding tepat ke wajah Haifa.
"Sampai hati you, Nash... Kekayaan semua tu kita boleh cari, kita boleh usaha, Nash."
"I tak nak susah payah cari semua benda tu, Haifa. Sedangkan semua tu dah ada depan mata. I bakal pewaris Heritage Hotel. Takkan I nak tolak semua tu? Dan, you rasa, I mampu ke nak hidup susah?"
"I tak sangka, Nash... I tak sangka you tamak... You sanggup gunakan I... You buat I sayangkan you. You buat I cintakan you. You ikat tali pertunangan dengan I dan janjikan I bulan dan bintang... Tapi, hari ini... You sanggup ketepikan I... Hanya kerana takut jatuh miskin? Hahaha... Bravo, Mr Nashar Nasrul..." Nash mengerling tajam ke arah Haifa yang menangis hiba.
"Fine..." Haifa mengusap air matanya. Jujur, dia terlalu sakit. Sakit lantaran sikap manusia yang sanggup berubah kerana wang ringgit dan kemewahan hidup.
"I terima keputusan you, Nash... I sanggup terima. Dan terima kasih untuk kasih sayang you yang penuh dengan kepalsuan selama ini. Terima kasih. I doakan kebahagian you dengan bakal isteri pilihan keluarga you. Dan ini... Cincin yang you sarungkan di jari I ketika merisik dan ketika majlis pertunangan..." Haifa menarik perlahan dua bentuk cincin di jarinya lantas meletakkan di tapak tangan Nash.
"Ambillah semula. I tak layak untuk semua ini. Terima kasih untuk kasih sayang dan cinta you yang penuh kepura-puraan. I sedar diri I, Nash. I akur dengan kehendak takdir. Terima kasih sekali lagi. I akan buang segala kenangan kita bersama. Jangan risau... I tak buat perkara bodoh. Selamat tinggal, Nash..."
"Haifa... Jangan! Kita masih boleh berhubungkan?" Lengan Haifa dilelar.
"Maaf... Jangan cuba nak tambah luka di hati I, Nash... I dah buang you bermaksud I akan buang segalanya tentang you. I takkan berpaling lagi..." Ujar Haifa sebelum berlalu.
"Haifa! Haifa!" Haifa melangkah longlai menuju ke kereta Honda Jazz miliknya yang dibeli dengan hasil titik peluhnya sebagai event planner.
"Oh, shit! Haifa! Sayang!" Haifa tidak berganjak dari keputusannya. Biar dia terluka sekarang dari terluka kemudian hari. Bohonglah kalau dia tak terluka dengan kenyataan yang dia dengar tadi dari mulut bekas tunangannya. Air mata diusap dengan tisu.
Tok! Tok!
Nash mengetuk cermin kereta Haifa.
"Sayang, bukak pintu ni... Sayang, tolong bagi I peluang untuk I jelaskan semuanya." Haifa tidak mempedulikan Nash.
"Haifa! Sayang, please... Tolong dengar dulu, sayang..."
"Sayang!!! Haifa memecut laju meninggalkan Nash sendirian di parkir kereta.
"Haifa, maafkan I..." Ujar Nas perlahan.
Memang cita-cita Haifa sejak sekolah, mahu mempunyai sebuah syarikat sendiri yang mengendalikan apa jua majlis, terutamanya majlis perkahwinan.
Haifa memang minat dalam bidang perekaan fesyen dan dengan usaha yang gigih, minat serta sokongan dari rakan-rakan, Haifa berjaya membuka sebuah syarikat yang mengendalikan semua majlis atau lebih senang digelar dengan nama event planner, hasil gabungan Haifa bersama dua rakan baiknya, Kamilia dan Laila yang diberi nama, HKL Event Planner.
Siang dan malam, Haifa berusaha menaikkan nama syarikatnya bersama rakan-rakan baiknya. Sanggup bersengkang mata demi mencari rezeki yang halal. Berkenalan dengan lelaki yang bernama Nashar Nasrul, membuatkan Haifa mula kenal apa itu erti kasih sayang rindu dan cinta. Dibesarkan di rumah anak-anak yatim piatu. Tidak mengenali siapa ibu bapanya, Haifa sering kali merasa rendah diri.
Namun, Haifa tetap berusaha keras, mahukan yang terbaik untuk dirinya. Haifa mahu mengubah persepsi orang ramai tentang anak-anak yatim piatu. Mereka juga layak bahagia, layak berjaya. Bukan mudah nak melentur hati seorang Haifa Haila. Bermacam-macam cara Nashar guna untuk memikat hati Haifa.
Sehinggalah, hati Haifa mula menerima Nash. Haifa rasa terharu dengan cara Nash cuba menarik perhatiannya. Jujur, dia terkesima dengan usaha Nash yang mahu cuba memikatnya. Sedangkan sebelum ini, sudah berkali-kali Haifa menolak Nash dengan cara yang paling baik. Tidak mahu melukakan hati orang lain. Apatah lagi, Nash bukan dari kalangan orang biasa. Benci, marah, meluat... Tidak ada dalam kamus hidup Haifa.
Usia Haifa sudah menjangkau dua puluh lapan tahun dan sepatutnya, dia bakal mendirikan rumah tangga dengan Nash sikit masa lagi. Tapi, apa yang baru dia ketahui, cukup menyakitkan. Bohonglah dia boleh terima khabar berita yang menyakitkan itu.
"Allahuakhbar... Ujian apa yang Kau berikan padaku, Ya Allah... Sakit... Sakit sangat aku rasakan, Ya Allah... Andai ini yang terbaik buatku, aku pasrah. Aku redha dengan ketentuanMu Ya Allah..." Doa Haifa usai menunaikan solat taubat di malam hari. Hampir dua malam, Haifa tidak mampu melelapkan matanya dan sudah tiga hari Haifa tidak masuk ke butik. Pada rakan-rakannya, Haifa mengatakan yang dia tidak sihat.
Telefon bimbit baru sahaja dibuka setelah tiga hari dimatikan, menderu-deru mesej yang masuk. Beratus panggilan yang ditierimanya dan tentunya dari Nash dan kawan-kawan. Haifa berniat membuka satu mesej dari Nash. Tak mampu dia habiskan bacaannya lantaran terlalu kecewa. Namun, Haifa tetap positif.
Kata-kata Nash yang penuh dusta dan kepalsuan, Haifa abaikan. Cukuplah, dia ditipu selama ini. Haifa tidak mahu terus melayan perasaan kecewa. Haifa tekad mahu memulakan hidup barunya tanpa kehadiran lelaki. Haifa percaya, dia mampu kecap bahagia suatu hari nanti.
"Assalammualaikum, morning guys..."
"Haifa! Ya Allah... Kawan aku ni... Kau sihat?" Kamilia dan Laila menerpa ke arah Haifa.
"Alhamdulillah..."
"Betul ke ni? Muka kau sembap..." Ujar Laila.
"Ya ke?"
"Obvious sangat, sayang oi..."
"Ala, takpelah."
"Kau okey ke, Haifa?"
"Aku okeylah..."
"Haifa... Kami nk bukan baru kenal kau, Fa... Dah bertahun-tahun... Kami tahu kau ada masalah dengan Nashkan?" Haifa melepaskan keluhan.
"Jom, kita duduk dulu." Tiba-tiba pandangan Haifa tertumpu ke arah sejambak bunga yang diletakkan di atas mejanya.
"Bunga siapa tu?"
"Siapa lagi? Kau punyalah..."
"Buang jelah. Buat semak je letak kat atas meja aku."
"Eh, kenapa? Cantiklah bunga tu. Mahal."
"Kam, kalau kau nak, kau ambillah. Tak pun, letak dalam pasu bunga. Letak kat depan tu. Biar berseri sikit. Kalau tidak, buang je kat dalam tong sampah."
"Duduk sini. Aku ambilkan air untuk kau..."
"Eh, tak payah. Fa dah ada air sendiri. Ni... Hot capuccino... Nah, ini untuk korang berdua." Beg kertas diletakkan di atas meja.
"Ala, ni yang sayang Fa ni..."
"Thanks, Fa... Kau ni, baik sangat, Fa..."
"Ala, kita ni dah macam adik-beradik. Tak payahlah berkira sangat."
"Dah beberapa hari Nash datang sini, cari Fa. Dia bagi bunga tu." Haifa menjeling ke arah tiga jambangan bunga yang teratur di belakang tempat duduknya.
"Nash cari Fa. Fa ada masalah dengan Nash ke?" Keluahan dilepaskan.
"Kami dah putus tunang."
"What?"
"Shu... Janganlah bising. Malu orang dengar nanti."
"Tapi, kenapa? Lagi dua bulan nak kahwinkan?"
"Jawapan dia senang je... Fa tak layak dengan dia."
"Tak layak? Apa yang tak layak? Korang berdua sama cantik sama padan..."
"Dari segi darjat, Laila. Haifakan anak yatim piatu. Takde harta, takde kedudukan. Nash anak datuk, datin. Ada nama."
"Bullshit! Apa benda lak ni? Kenapa baru sekarang benda ni timbul? Kenapa tidak dari dulu?"
"Entahlah, Kam... Korang tahu tak, selama ini, Nash tipu Haifa. Yang datang merisik Haifa hari tu, bukan ibu bapa Nash."
"Dah tu, siapa?"
"Pak lang dan mak lang dia."
"What?!" Terjerit Laila mendengar kenyataan dari Haifa.
"Laila... Terkejut aku, Laila..."
"Sorry, sorry."
"Apa maksud kau, itu mak lang dan pak lang dia, Haifa?"
"Ya... Yang datang ke majlis merisik dan bertunang tu, mak lang dan pak lang Nash. Mummy, daddy dia tak datang sebab dorang tak restu hubungan Nash dengan aku..."
"Sampainya hati... Tapi, kenapa tiba-tiba, Fa?"
"Sebab Haifakan anak yatim piatu."
"Takkan sebab itu je?"
"Alasan Nash, sebab dia tak nak kehilangan keistimewaan yang dia terima selama ini. Dan yang lebih memeritkan Nash cakap, dia tak nak jatuh miskin sebab Haifa." Air mata Haifa mengalir lesu. Kamilia dan Laila menghampiri Haifa. Lantas tubuh langsing sahabat baik mereka, dipeluk erat.
"Shu... Lepaskan, Fa. Lepaskan semuanya. Biar kau rasa lega. Dasar jantan macam tu takde telur! Pengecut!" Marah Kamilia.
"Kau ada kami, Haifa. Kami takkan biarkan kau terluka. Itu janji kami. Kita akan selamanya bersama." Pujuk Laila.
"Thanks, Kam, Laila. Fa rasa bahagia sangat ada kawan sebaik korang berdua. In shaa Allah, Fa okey dah. Fa kuatlah..." Hafia mengusap air matanya.
"Lepas ni, kalau jantan tu datang lagi, aku halau dia. Degil sangat, aku sediakan parang kat sini. Biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah." Omel Kamilia. Haifa tertawa kecil dengan gelagat sahabat baiknya.
"Dahlah. Haifa nak sambung buat kerja."
"That's my girl. Aku tahu, kau memang kental orangnya. Kalau orang lain, dah lama frust menonggeng."
"Huh! Nak buat apa frust sampai macam tu kat lelaki bodoh tu? Buang masa. Life must go on..."
"Yeah! Hidup Haifa!"
"Shu... Pergi buat kerja..."
"Ai, ai, boss..." Haifa tertawa kecil.
Ting!
Notifikasi kemasukan mesej ditelefon. Haifa membukanya.
~We need to talk~
Enggan melayan karenah Nash, Haifa menyekat nombor Nash. Bagi Haifa, dia tak perlu sakitkan hatinya lagi demi lelaki yang tidak tahu menghargai apa yang ada di depan mata.
"Siapa bagi mesej?"
"Siapa lagi? Mamat bodoh tulah..."
"Tak payah nak layan dia."
"Dah block. Malas nak layan... We need t to talk, konon... Blahlah..."
"Tak yah, layan, Fa. Kau cantik. Dia tak nak, ramai yang nak. Dasar dia ni buta dek harta."
"Betul, Fa. Macamlah harta tu semua boleh dibawa masuk ke kubur..."
"Kan? Agaknya, duit, harta kekayaan tu dia boleh guna masa kat kubur kot... Bodoh... Dia ingat dia boleh rasuah malaikat mungkar nangkir, agaknya..." Bebel Kamilia.
"Hihihi... Kau... Statement tak boleh, blah!" Usik Laila.
"Bangkit, Haifa... Buktikan kau mampu bahagia dan berjaya tanpa dia."
"In shaa Allah, Kam. Thanks again. Korang selalu ada dengan aku masa susah, senang."
"Haifa, kita dah kenal sejak dari rumah anak-anak yatim lagi, Haifa. Kami kenal kau dan kau pun kenal kami macamanakan? Jangan risau, Allah tu tak kejam, Haifa. Hidup ni bagaikan roda. Tak selamanya kita kat atas. Tiba masanya nanti, kita akan berada di bawa juga."
"Terima kasih, sahabat. Fa hargai kebaikan korang. Semoga Allah memudahkan segala urusan kita."
"Aamiin..." Haifa, Kamilia dan Laila tertawa bahagia. Bahagia... Tidak semua faham apa yang dimaksudkan dengan bahagia yang sebenar. Moga bahagia milik Haifa.
Assalammualaikum...
Share this novel
huhuhu
statement gerun tuuu