BAB 2 - SEEE - PAK SANGGUP

Romance Completed 92042

"Sayang... We need to talk." Pujuk Nashar. Hari ini, Nash muncul di depan butik mereka setelah beberapa hari tidak dapat menghubungi Haifa lantaran nombornya telah disekat Haifa.

"Haifa, need help?" Soal Laila.

"It's okay. I can handle it..."

"Okey. Jerit nama kami kalau perlukan apa-apa?" Haifa anggukkan kepala. Sempat Laila dan Kamilia mengerling tajam ke arah Nash.

"Talk apa lagi, Nash? Kita dah takde apa-apa hubungan. I dengan you, we're finish, Nash! Baliklah. Awak dah nak kahwin... Jangan malukan diri awak, menempel kat perempuan miskin macam saya. Pergilah. Jangan ganggu hidup saya lagi."

"Sayang..."

"Stop it, Nashar Nasrul! I dah muaklah dengan perangai you ni. You tak habis-habis nak paksa I."

"Haifa, please... I still love you, sayang."

"Bullshit! Pergi mampus dengan sayang you tu! Sayang? You yang buang I,kan? You yang putuskan pertunangan kita sebab parents you tak sukakan I. I anak yatim piatu, orang miskin. Darjat kita berbeza. Betulkan? itu yang ulangkali ucapkan."

"Sayang, I minta maaf. Please, jangan seksa I, sayang."

"I seksa you? You cakap I seksa you? Are you insane? You yang seksa I selama ni... You tipu I... You buat I percayakan you dan hari ni you nak cakap I seksa you? Go to hell, Nashar!"

"Sayang... I dah buat keputusan, sayang. I nak you. I nak you jadi tunang I semula. We're getting married, okay?"

"Hah! Semudah itu you cakap! You ingat I ni, apa? You nak, you datang kat I. You dah tak nak, you campak I. Sekarang, you nak I kembali pada you setelah apa yang you katakan pada I? You must be crazy, Nash!"

"Yes! I gila! I gila sebab you, Haifa!"

"Hahaha... Dah tahu gila, pergilah jumpa doktor. Tanya kat doktor tu, ada wad kosong tak? Senang masukkan you sekali kat hospital bahagia." Sindir Haifa membuatkan Nash tergamam. Haifa bukan begini.

"I tak jadi nak kahwin dengan perempuan pilihan mummy daddy I, sayang..."

"Do I care?"

"Sayang..." Lengan Haifa dilelar.

"Lepaskan I, Tuan Nashar Nasrul!" Haifa merentap lengannya, kasar.

"Sayang... Please, bagi I peluang... I tahu I salah. I dah sakitkan hati you."

"Baguslah you dah tahu..."

"I minta maaf, sayang... I bersalah."

"Excuse me, Tuan Nashar Nasrul bin Datuk Naim Nasrullah. You fikir I akan maafkan you? You ingat I akan lupakan segala yang telah you lakukan pada I? You ingat, senang-senang I nak maafkan you atas kata-kata you tu? Hell no! I takkan maafkan you sampai mati, Nash! Hell no!"

"I tahu I salah... But, please... I just need you in my life, sayang... I do love you more than everything..."

"Hahaha... Love? Sayang? Cinta? Huh! Youkan sayang kedudukan you. You sayangkan harta kemewahan lebih dari segalanya, kan? You takut kehilangan keistimewaan yang you terima selama ini. Sebab tu you putuskan hubungan dengan I... You takut jatuh miskin kalau kahwin dengan I,kan?" Nashar mati diksi.

"Baliklah, Nash... Baliklah. I tak nak nanti mummy, daddy you ganggu I pulak lepas ni. Ikutlah cakap mummy daddy you... Youkan anak yang baik? Pergilah.. Jangan ganggu I lagi... I nak cari rezeki. Pergilah."

"Kalau I tak nak?"

"Jangan cabar I, Nash... I bukan penyabar macam yang you tahu... I akan panggil security kalau you masih berdegil."

"You betul-betul nak buang I, sayang?"

"I rasa, you yang buang I." Nashar merenung ke dalam anak mata biru hijau milik Haifa Haila. Nash akui, Haifa memang cantik. Entah siapalah orang tua Haifa sehinggakan kecantikkan Haifa, tidak dapat dinafikan.

"Baliklah, Nash. Anggap jelah, jodoh kita tiada. I dah redha dengan qada dan qadar tuhan. I percaya, ada hikmah disebalik semua yang berlaku. I bersyukur bila Allah tunjukkan perangai you dan keluarga you yang sebenar sebelum kita berkahwin. Memang sakit bila I terpaksa lepaskan lelaki pertama yang mengajar I erti rindu, kasih dan cinta. Tapi, I tetap percaya, Allah Maha Adil. Kesabaran I akan berbalas dengan kebaikan. In shaa Allah." Ujar Haifa sebelum berlalu meninggalkan Nash sendirian di luar butik.

"Haifa! Sayang!" Cepat-cepat Laila menekan remote bagi mengunci pintu masuk ke butik sebaik sahaja Haifa masuk.

"Haifa! Haifa!!!" Nash mengetuk bertalu-talu pintu sambil menjerit nama Haifa.

"Biarkan je dia... Nanti dah penat, dia berhentilah."

"Kau, okay, tak ni?"

"Alhamdulillah. Lega rasanya dapat lepaskan segalaya."

"Alhamdulillah. Aku nak kau terus kuat. Terus bertahan. In shaa Allah, kau akan bertemu dengan lelaki yang lebih baik dari Nash nanti."

"Aamiin... Thank you, kesayangan..."

Nash ke hulu hilir dengan pakaian pengantinnya. Jujur, dia belum bersedia nak bernikah dengan Emelia Ernisa, gadis pilihan mummy daddynya. Sebetulnya, pilihan mummy. Mummy yang beria-ia mahukan Emelia menjadi menantunya.

"Nash, boleh duduk diam-diam tak? Peninglah kepala mummy."

"Mummy, can we cancel wedding ni?"

"Jangan nak buat gila, Nash! Lagi sejam kamu dah nak bernikah."

"Mummy... Nash tak nak kahwin dengan Emelia... She's not my type..."

"So, anak yatim piatu tu pilihan Nash? Budak miskin tu pilihan Nash?"

"Mummy, please... Jangan cakap macam tu. Tak baik, mummy."

"Huh! So, you better keep your mouth shut! Tak perlu nak cakap banyak! Ikut je cakap mummy daddy. Emelia setaraf dengan kita."

"Shit! Asyik-asyik nak cakap pasal setaraf. Macamlah kita boleh miskin kalau kahwin dengan Haifa tu..."

"Jangan biadap, Nashar Nasrul!"

"Huh!" Nash menumbuk dinding cermin yang ada di masjid.

"Nashar! Control yourself!"

"Huh! Argh!!!" Jeritan Nashar mengejutkan semua yang ada di masjid.

"Nashar! Jangan sampai mummy buat sesuatu nanti." Nashar meraup wajahnya sehingga kusut-masai wajahnya.

"Datin, tok kadi dah bersedia. Silakan." Jemput pegawai yang mengendalikan pernikahan Nashar dan Emelia.

"Terima kasih. Nash! Ready!" Arah mummy.

"Boleh kita mulakan sekarang?"

"Silakan, tok kadi." Jawab daddy, Datuk Naim Nasrullah.

"Nashar Nasrul..."

"Ya, saya..."

"Dah tengok pengantin perempuan?" Nash mengangguk malas.

"Baiklah. Kita mulakan. Nashar, hulur tangan." Lambat-lambat Nash hulurkan tangannya pada tok kadi.

"Bismillahirrahmanirrahim... Nashar Nasrul Bin Datuk Naim Nasrullah..."

"Ya, saya..."

"Aku nikahkan dikau dengan Emelia Ernisa..."

"Hentikan pernikahan ini!" Terhenti bicara tok kadi selepas suara maskulin seorang lelaki bergema di ruang dalam masjid.

"Siapa kamu? Kenapa kamu hentikan majlis akad nikah ni?" Soal Datuk Naim.

"Hentikan pernikahan ini!"

"Tapi, siapa kamu dan kenapa kamu nak hentikan pernikahan ini?"

"Hei! Kau siapa? Kenapa kau ganggu majlis kami?" Jerkah Nashar.

"Sebab perempuan itu mengandungkan anak aku!" Jawab lelaki tadi sambil menudingkan jarinya ke arah Emelia Ernisa yang benar-benar tergamam dan terkedu dengan kehadiran seorang lelaki yang sangat dia kenal.

"Apa?" Nashar berdiri tegak lantas mendekati lelaki tadi.

"Ya... Emelia Ernisa binti Datuk Sri Ehsan... Dia mengandungkan anak aku. Dan aku percaya, kau dipaksa untuk mengahwini dia untuk menutup rahsia."

"Mummy!" Sergah Nashar sambil memalingkan wajahnya ke arah Datin Kalsum yang nampak terseksa menelan air liur yang berpasir.

"Daddy!"

"Daddy tak tahu apa-apa... Ini semua idea mummy kamu!"

"Puas hati mummy? Puas hati? Mummy sanggup paksa Nash putuskan pertunangan Nash dengan Haifa semata-mata nak tutup anak haram ni?" Nashar menuding jari ke arah Emelia yang sedang menangis hiba.

"Emelia! Cakap dengan daddy. Betul ke apa yang lelaki tu katakan? Cakap, Emelia!"

"Saya takkan tipu dan kami dah berhubung selama dua tahun. Emelia tinggalkan saya hanya kerana dipaksa untuk mengahwini lelaki pilihan keluarga. Itu yang Emi katakan pada saya."

"Sampai hati kamu, Emi... Emi dah malukan daddy. Dan awak, Fatimah!" Terhinjut tubuh isterinya, Datin Sri Fatimah Fadhil akibat disergah.

"Awak dah tahu pasal kandungan Emikan? Jadi, awak dan Datin Kalsum merancang untuk nikahkan budak yang dah menconteng arang ke wajah saya ni bagi menutup rahsia ni?" Datin Fatimah dan Datin Kalsum mati kata. Tak sangka, rancangan mereka berdua akhirnya terbongkar. Betullah kata orang, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

"Kalsum... Cakap dengan saya sekarang, betul ke semua ni? Betul ke ini rancangan awak dan Fatimah? Awak dah tahu pasal Emelia?" Datin Kalsum menelan air liur yang berpasir.

"Cakap, mummy!" Sergah Nashar.

"Ma...afkan saya, abang. Maafkan mummy, Nash... Mummy... Mummy..."

"Mummy apa? Ya Allah, mummy. Mummy paksa Nash putuskan pertunangan Nash dengan Haifa semata-mata nak tutup rahsia perempuan ni?" Jari dituding ke arah Emelia yang masih menangis dalam pelukan mummynya, Datin Sri Fatimah.

"Mummy cakap Haifa tak setaraf dengan kita sebab dia miskin, anak yatim piatu. Tapi, dia tak sehina perempuan ni, mummy!" Sergahan Nashar menyesakkan dada Datin Kalsum. Jujur, Nashar terlalu terluka, terlalu kecewa dengan keputusan mummynya.

"Apa yang awak dah buat ni, Kalsum? Kenapa sampai macam tu sekali awak buat kat anak awak, Sum? Patutlah, awak beria-ia nak putuskan pertunangan Nashar dengan Haifa. Rupanya, awak dah berkomplot dengan Emi dan Fatimah. Ya Allah... Apalah dosa aku, Ya Allah..." Meratap hiba Datuk Naim.

"Saya minta maaf. Saya terpaksa campur dalam urusan ini sebab saya tak mahu Emi menjadikan awak sebagai pak sanggup. Saya dah berjanji nak mengahwini Emi. Tapi, Emi enggan menerima saya sebab saya miskin."

"Huh! Sama je perangai dengan mummy." Sindir Nashar. Emelia tak mampu bersuara. Emelia hanya menangis dan menangis memikirkan nasib diri.

"Naim... Aku minta maaf, Naim. Aku tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Jujur, aku kesal dengan perangai dua beranak ni." Ujar Datuk Sri Ehsan sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Datuk Naim.

"Nasi dah jadi bubur, Ehsan. Kita sama-sama salah sebab isteri kita. Maafkan aku juga..."

"Nash, uncle minta maaf bagi pihak keluarga uncle. Uncle berdosa sangat. Inilah jadinya kalau berikan anak kebebasan yang melampau sampai sanggup menconteng arang ke wajah."

"Nash tak tahu nak cakap apa, uncle. Jujur, Nash rasa kesal, tertipu sangat. Nash dah kecewakan tunang Nash sebab mummy, sebab Emi. Nash tak sangka ini yang Nash dapat."

"Maafkan daddy sekali ya, Nash... Nash pujuklah tunangan Nash tu. Pujuk Haifa baik-baik..." Nashar menggelengkan kepalanya.

"Tak semudah itu daddy, uncle... Haifa dah buang Nash bila Nash bagitahu Nash terpaksa ikut kemahuan mummy daddy." Nashar melepaskan keluhan.

"Nash, mummy..."

"Stop! Nash takkan dengar cakap mummy lagi! Selagi Haifa tak kembali ke pangkuan Nash, anggap jelah Nash dah mati!" Ujar Nash sebelum berlalu meninggalkan majlis yang tidak jadi.

"Nash! Nashar! Ya Allah, anak aku..." Rintih mummy.

"Puas hati awak, Sum? Puas hati awak? Buatlah, Sum... Buatlah apa yang awak nak buat. I'm done..." Datuk Naim berlalu meninggalkan Datin Kalsum. Melihat keadaan yang amat memalukan ini, para tetamu mula meninggalkan ruang masjid termasuk tok kadi.
Nash memandu kereta Audi R8 entah ke mana. Nash terlalu kecewa. Kebodohannya juga kerana sanggup menghina Haifa dengan kata-kata yang amat menyakitkan. Nash sedar, Haifa terluka dengan kata-katanya. Haifa terlalu kecewa dengan kata-kata Nash yang cukup menyakitkan dan melukakan hati dan perasaan.

"Haifa, please... I minta maaf... I bersalah, Haifa.. I bersalah. I tahu I dah lukakan hati you... Bagi I peluang, sayang..."

"Nash, tolonglah Nash. Baliklah. I penatlah. I tak cukup tidur dari semalam. Jangan ganggu I lagi. You dah jadi suami orang lain, Nash... I tak nak digelar perampas, penyondol, pelakor dan seangkatan dengannya... Baliklah. Bagilah I berehat." Nashar muncul di depan pintu kondo Haifa. Rumah yang didudukinya bersama-sama dengan Laila dan Kamilia.

"Haifa, janagn buat I macam ni, Haifa. I menyesal itinggalkan you. I dah salah pilih antara permata dan kaca. Bagi I peluang kedua untuk I, sayang. I janji, I akan pulihkan keadaan." Haifa bercekak pinggang. Penat semalam belum hilang, dah datang pulak bala yang lain.

"You tak faham bahasa ke, Nash? Baliklah! I nak berehat. I penatlah..."

"I takkan balik selagi you tak terima I semula. I janji, sayang. I'll fix everything..."

"Nashar Nasrul! Terlajak perahu boleh diundur, tau... Terlajak kata buruk padahnya!"

Bam!

Terhinjut tubuh tegap Nash dengan hempasan kuat pintu rumah Haifa.

"Tak faham bahasa betul! Aku dahlah mengantuk sangat ni... Tak berhenti nak ganggu hidup aku!"

"Nash lagi ke?"

"Siapa lagi? Tak puas-puas nak sakitkan hati Fa..."

"Fa dah letih layan manusia macam ni..."

"Hei, Fa! Tengok ni..."

"Apa dia?"

"Ni... Dah virallah..."

"Apa yang viral?"

"Video ni... Tengok!"

"Ya Allah. Patutlah dia datang cari kau, Haifa... Hurm... Padan muka... Tulah... Bangga sangat dengan taraf kedudukan."

"Siap sedialah, Haifa. Confirm... Lepas ni, Nash akan cari Haifa, merayu bagai..."

"Yelah, Fa... Dah tentu silap hari bulan mummy daddy dia muncul mengemis depan Fa minta Fa kembali pada Nash..."

"Tak... Fa tak mungkin kembali pada Nash lagi. Kata-kata hinaan, cacian, makian Nash masih berlegar dalam ruang minda Fa. Jujur, Fa masih terasa peritnya sehingga ke saat ini..." Haifa menebak rambut ke belakang.

"Fa bukan patung. Fa ada hati dan perasaan. Fa bukannya boneka yang boleh dimainkan macam tu. Nakkan Fa, belai, sayang Fa. Tak suka Fa, hina, maki, buang Fa macam sampah. Fa tak layak bahagia ke? Fa tak boleh nak ke nak merasai apa itu cinta?" Rintih Haifa dengan linangan air mata.

"Haifa... Shu... Kami ada dengan Haifa." Tubuh langsing Haifa dipeluk erat. Apa yang Nash rasakan kini bukanlah untuk Haifa raikan. Tetapi, Haifa berharap, jadikan iktibar. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Another free chapter....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience