Hantu Jepun
Aku ada kisah misteri yang pernah terjadi ketika aku menuntut di sekolah menengah di salah sebuah sekolah di Sarawak. waktu itu aku berada di tingkatan 5. Setiap 2 minggu sekali semua pelajar asrama akan balik ke kampung masing-masing.
Aku dengan teman pengawas, 5 orang tidak balik ke kampung pada hujung minggu waktu itu, ini kerana kami ingin mengulang kaji di sekolah sahaja kerana kami akan menduduki peperiksaan tahun akhir tingkatan 5.
Kami semua memanglah stres sebab banyak gile pelajaran yang perlu dibaca. Mana lagi rindu nak balik kampung bertemu keluarga. Yang lain sudah dapat balik berjumpa tapi kami tidak. Aku lagi lah. Dah berbulan-bulan lamanya tidak dapat pulang. Rindu tu jangan cakaplah. Sampai satu tahap salah serang dari kami menjerit stres. Memang kami semua pun terkejut.Mulanya kami ingat dia diganggu tapi tidak. Hilang sekejap fokus kami semua terhadap isi pelajaran yang dibaca.
Sedang kami mengulangi pelajaran di dalam bilik kami terdengar bunyi tapak kaki. Bunyi itu perlahan sahaja. Aku yang mula dengar. Aku fikir mungkin bayangan aku sahaja sebab dah penat membaca. Aku pandang kiri dan kanan melihat kawan-kawan yang lain tapi mereka senyap dan mata masih menumpukan pada buku yang dipegang. Aku beritahu diri sendiri yang semua tu mungkin khayalan je la.
Tapi aku dengar lagi bunyi yang sam. Kli ini lebih jelas dari yang pertama kali aku dengar. Meremang terus bulu roma tapi aku tidak mahu fikir ke situ. Aku pandang ke kiri, aku lihat kawan aku pun sedang melihat sekeliling. Aku hanya angkat kening sebagai isyarat untuk tanya kenapa. Tapi dia cepat-cepat geleng kepala. Aku pun tidak endahkan dan teruskan membaca.
Selang lima minit kemudian, bunyi itu datang semula. Kali ini lebih jelas lagi hentakan kasut di luar bilik kami. Aku terus mengangkat muka dan memandang sekeliling.
Ternyata kawan-kawan yang lain juga mendengar bunyi yang sama. Kami saling berpandangan tapi tak bersuara. Kami terfikir, siapa pula yang berada di luar sedangkan yang tinggal di kawasan itu hanya kami berlima. Jadi aku dan rakan-rakan semua memutuskan untuk berdiam diri saja. Kami tak berani nak tanya siapa yang berada di luar.
Tapi aku tak boleh tahan kerana rasa ingin tahu itu sangat tinggi. Jadi aku tanya kawan-kawan yang lain, ada tak mereka dengar bunyi itu. Kawan saya pun berkata mereka juga ada terdengar bunyi yang pelik itu.
Rupanya kami sama-sama dengar tapi takut nak bersuara. Jam di tangan sudah menunjukan jam 1 pagi. Aku sudah mula rasa tak sedap hati dan dada berdebar. Jantung memang laju sebab ketakutan. Pintu bilik kami ada sedikit renggang dan boleh melihat ke luar.
Jadi, salah seorang kawan saya terus mengintai dari celah pintu bilik kami gunakkan untuk mengulangkaji pelajaran lalu dia terus memanggil kami untuk melihat sendiri apa yang dia ternampak. Mukanya sudah pucat. Mulutya terlopong. Seperti perkara yang sangat mengejutkan. Setelah kami berada di sebelahnya, kami bergilir-gilir melihat ke luar. Alangkah terkejutnya bila kami semua ternampak hantu jepun berkawat di depan koridor asrama kami!!!
Seramai lebih kurang 15 hantu dalam pakaian tentera jepun berkawat ke depan dan belakang. Terasa seperti menonton wayang pula. Tapi ini realiti yang jadi depan mata. Kami terus tutup buku dan tutup lampu.
Kami pernah dengar cerita itu kc tetapi belum pernah melihat atau terserempak dengan mahluk hantu Jepun yang diceritakan. Setelah kami melihat kejadian malam tu kami semua tidak lagi berani untuk bermalam di asrama pada hujung minggu. Ini adalah kisah yang nyata kerana sekolah saya ini dirikan di bekas kawasan tapak peperangan zaman jepun cuba nak memerintah Sarawak dulu.
Share this novel