BAB 12

Mystery Series 25382

Yang ni pengalaman aku sendiri. Suatu malam tu aku dan kawan-kawan aku ( 4-5 org kot) melepak kat satu bilik ni. Bilik ni kat tingkat bawah. Selalunya bila hujung minggu tinggal kami ja la kat asrama sebabnya ramai yg balik kampung atau keluar bermalam di luar. Sedang kami asyik bersembang, kami dikejutkan oleh pasir. Tiba2 je ada pasir masuk (seperti dibaling) melalui tingkat kat bilik ni ! Apa lagi, smuanya tergamam la. Ramai-ramai pikir la sapa lak yg nak usik kami ni.. ?

Setahu kami hanya tinggal kami ja kat asrama pada malam. Lepas tu semua mata tertumpu kat tingkat je. Dalam 2 minit lepas tu, sekali lagi ada pasir masuk melalui tingkap. Kali ni kami semua terus keluar dari bilik dah trus ke bahagian luar bilik untuk lihat siapa yg mengusik kami. Puas mencari, tiada sesiapa pun kat situ kecuali kami ja. Pastu kwn aku yg seorang ni terpandang kat kawasan padang dan apa yg dia ceritakan kat aku dia ada ternampak kelibat seorg perempuan sedang berjalan kearah pokok pisang.

Kami masa tu mmg seram sangatla, jam pun dahpukul 1-2 pagi dh. Pastu kami masuk semula ke bilik. Kali ni tiada lagi gangguan.Kami pun mula bercerita mengenai kisah dibaling pasir tadi.
Pastu salah sorg kwn aku ni nak buang air pulak. Nak mnta org temankan, nanti dikatakan penakut pulak ! Jadi dia amik keputusan utk pergi ke tandas seorg diri. Tandas ni pulak terletak bersebelahan dgn tangga yg aku ceritakan tadi. Mmg seram area ni. Gelap je suasana kat situ! Dalam 5 minit aku dan kawan-kawan yang didalam bilik dikejutkan oleh bunyi bising dr arah koridor..Aku pun jenguk tgk kot pintu bilik. Rupa2nya bunyi tapak kaki kwn aku yg p tandas td ni. Aku nmpak dia berlari sekuat hati kearah bilik!
Sampai kat bilik, dgn muka yg pucat dan dalam ketakutan dia ceritakan pada kami yg semasa sedang dia menyarungkan kembali seluarnya (lepas buang hajat) dia ada dengar bunyi tapak kaki org masuk tandas tu. Pastu dia dengar plak ada org buka paip air dan diikuti suara seorg wanita yg seperti bercakap dalam nada yang kecewa! Apa lagi dia, terus cabut la !

Sedang kami cuba melawan ketakutan yang menyelubungi pada malam tu, Tiba-tiba blackout la pulak. Dudukla kami dalam kelam.. Dah la tak ada stok lilin. Memang gelap gelita la!
Pastu tak ada lagi gangguan dan kami pun dah mula mengantuk. Bilik aku lak kat tingkat 2, jauh dari bilik kawan-kawan yang lain.Nak tunjuk jantan punya pasal, aku buat berani naik ke bilik aku sendiri. Bilik aku lak mengadap ke arah pokok pisang tempat kwn aku nampak kelibat pompuan tadi! Masuk bilik ja terus aku cuba lelapkan mata. Alhamdulillah bila aku terjaga, hari dah siang.Dah lepas satu malam yg agak menyeramkan…. Tp bila jmpa kwn aku dia kata dia nmpak sesuatu kat tingkap bilik aku semasa aku balik malam tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience