Warden Perempuan?
Perkara ini terjadi lama dulu ketika aku masih di bangku sekolah menengah. Jika tidak silap, tahun kejadian adalah 1997. Ketika itu aku berada di tingkatan lima di salah sebuah sekolah asrama penuh di Ipoh, Perak. Nama sekolah ini terpaksa aku rahsiakan kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak yang terlibat.
Dalam kejadian ini, junior aku ada ketika itu di tingkatan dua yang diganggu oleh HANTU!
Setiap malam, pelajar tingkatan satu hingga tiga diwajibkan memasang kelambu untuk katil jenis dua tingkat sebelum jam 10 malam. Pada satu malam, aku masih belum tidur lagi kerana masih melepak dengan kawan-kawan dan buat kerja gila. Perkara biasalah pelajar asrama ditambah semuanya lelaki pula. Jadi banyaklah projek kami. Sedang kami seronok berbual, melepak dan hisap rokok, tiba-tiba kami terdengar bunyi bising di dorm sebelah, dorm junior.
Mulanya, kami fikir junior tak tidur lagi, memang nak kena lah... Atau mereka ada masalah di dorm sampai terjerit-jerit begitu sekali. Terus kami bergegas ke dorm mereka untuk mengetahui apa yang telah terjadi.
Setibanya kami di situ, lampu dah terpasang semuanya. Seluruh dorm terang benderang. Aku lihat adik-adik junior ni berkumpul atas lantai dengan tilam-tilam sekali. Di tengah-tengah mereka itu aku lihat ada seorang pelajar tingkatan dua sedang terbaring dengan wajahnya yang pucat lesi. Ada yang pegang buku surah Yasin, ada yang membaca ayat al-quran, ada yang peluk lutut seperti ketakutan dan macam-macam lagi. Yang pasti riak wajah semuanya ketakutan.
Dari awal tadi mulanya nak marah, terus tak jadi bila tengok reaksi mereka macam tu.
Bila kitaorang tanya ape masalah? Ape jadi sampai semua junior jadi ketakutan macam ni? so ketua dorm tu cerita la. Masa tu dalam kul 3 pagi dah dan semua junior memang dah tido di katil masing-masing di dalam kelambu. Lampu dorm memang dah ditutup yang ada cuma limpahan lampu koridor je yang menerangi sesetengah tempat dalam dorm tu. Tiba-tiba budak yang terbaring tengah-tengah tu terbangun sebab dia dengar pintu dorm terbuka dan dia pun pandang la arah pintu sebab katil dia berdepan dengan pintu. Masa tu dia nampak sesusuk tubuh seperti perempuan dekat pintu tu. Tak nampak sebab cahaya tak begitu terang lagipun dia pakai kelambu jenis kain yang tebal bukan jaring-jaring plastik tu.
Pastu dia buat tak tau lah sebab dia fikir mungkin warden yang datang untuk check pelajar dah tidur atau belum... Sebab, kebiasaannya memang selalu warden akan check.. Tapi dia tak terpikir la masa tu yang mana ada warden perempuan akan check malam-malam buta, seorangseorang pulak tu. Ini kan sekolah lelaki. Mungkin sebab mamai jadi dia tak terpikir sampai macam tu sekali.
Dalam masa dia mamai-mamai dia nampak sesusuk lembaga tu jalan ke arah katil dia. Masa tu dia dah rasa lain macam tapi takde la sampai nak menjerit ke. Dia masih boleh bertenang. Lepas tu lembaga tu macam berdiri sebelah katil dia. Dia dok katil bawah. Lembaga tu macam cakap2 dengan member dia yang kat katil atas je tapi cakap perlahan-lahan. So dia fikir ok la.. Maybe warden sebab atas dia tu katil ketua dorm. Warden nak bagi arahan ape-apa. Namun lepas 2-3 minit macamtu.. lembaga tu membongkok dan terus bukak pintu kelambu dia and masukkan kepala.
Muka dia buruk seburuknya dan dia tanya "Dik, kenapa orang atas taknak bangun" dia punya terkejut sampai tak boleh keluar suara. Dia terus berpusing sampai jatuh dari katil and kelambu dia terus koyak rabak dan dia kejut orang katil sebelah dengan muka pucat lesi. Lepas tu bila tengok balik perempuan tu dah takda. Jadi bila dah bising-bising tu, semua orang dikejutkan. Mereka sibuk tarik tilam turun atas lantai sebab tak ada siapa yang berani tido kat katil sendiri malam tu. Esoknya kami lak kene berjaga depan dorm mereka. Warden bagi stay up.. sebab kisah tu dah kecoh satu sekolah jadi warden minta tolong jaga junior. Budak yang kene sakat tu demam seminggu, terus balik kampung...
Share this novel