Bab 5
Adam meneliti setiap muka surat buku pelajar-pelajarnya. Pen merah di tangan, dipusing-pusingkan di celah jari-jemarinya. Dia mengangkat kepalanya apabila perasan yang cahaya pada hadapan penglihatannya ditutupi oleh tiga bayang orang yang datang menuju ke arahnya.
Tercengang dia melihat Zakuan, Wati dan Syawal berdiri di hadapannya dengan penuh merah pada wajah masing-masing. Baru dari bersukan aneka ke dorang ni?. Tak nampak pun tepung pada wajah.. acara tiup tepung nak cari gula-gula belum mula lagi ker?. Atau mereka hanya bermain pancing botol dan lari dalam guni?. Ish-ish-ish.. budak zaman sekarang ni. Macam-macam nak main. Tak matang langsung!!.
"Asal muka korang ni merah-merah?. baru dari sukan aneka eh?" Soal Adam. Dia hampir ketawa melihat pelajar-pelajarnya itu. Macam suku kaum red indian pula.. cute!
"Matahari panas. Kami melalui gurun sahara selama 4 hari berturut-turut untuk cari kau." Balas Zakuan. Wati mengetuk kepala Zakuan apabila menyedari kalam yang dikeluarkan oleh Zakuan itu tidak manis didengar. Adam kan Cikgu.. hormatlah sikit. Dia pun hairan mengapa Zakuan hanya bertindak sebagai kawan sahaja dengan Adam. Padahal guru-guru yang lain bukan main hormat lagi. Siap salam dan tunduk hormat koniciwa lagi. Tapi dia tahu yang Zakuan dan Adam adalah kawan dari kecil lagi. Itu pun dia baru tahu..
Zakuan mengosok-gosok kepalanya yang dikenakan ketukan mariam dari Wati. Ganas giler dia ni. WWE kot.
Syawal hanya mampu menggeleng. Dia sudah sedia maklum yang Zakuan dan Adam adalah kawan sepermainan dari kecil lagi. Dia kan ketua pengawas. Semua yang berlaku di dalam sekolah adalah di dalam genggamannya.
"Sir. Ini laporan untuk minggu ni." Syawal menghulurkan buku laporan kepada Adam. Macam kerja security pagar sekolah pula bagi-bagi laporan segala.
Adam menyambut buku itu. Dan diletakkan di atas meja.
"Sir, Ini report Biology untuk hari tu.." Wati kemudian menghulurkan kertas yang berada di tangannya sedari tadi.
Adam menyambutnya, lalu membelek-belek kertas tersebut. Dia mengerutkan wajahnya sejuta capacity.
"Asal kertas ni dah tak ada rupa kertas?" Kertas yang keronyok itu di tegangkan. entah apa yang dilakukan oleh Zakuan dan Wati sehingga kertas ini tidak secantik dari kilang. Mereka ni benar-benar melalui gurun sahara kot. Lalu kertas ni telah dipijak oleh unta. Apa-apa pun dia tetap menerima hasil kerja mereka. Disebabkan Wati. Kuang-kuang-kuang.
Oya.. penulis lupa nak mention Adam sukakan Wati yang sebenarnya. Namun dia mempunyai pangkat sebagai Cikgu. Mampukah dia menawan hati pelajarnya?. Tapi dia juga masih dikira muda. Sebagai bukti pelajar-pelajar perempuan di sekolah itu hampir semua meminati dia. Termasuklah guru-guru perempuan yang muda-muda juga. Janji. Ini jujur.. percaya atau tidak terserah.. yang penting dia memiliki wajah Salman Khan.
"Kertas ni kena pijak unta ker??" Tanya Adam.
"Eh. Tak lah. Tadi Mak Lampir ni guna kertas itu untuk jampi-jampi orang. Sebab tu keronyok habis." Zakuan menyindir Wati. Siapa suruh.. nak uruskan hal rumah tangga kunun..
Wati hanya menayangkan senyuman Emma Maembong'nya. Adam terpegun seketika.
"Saya dah usaha sedaya upaya untuk mencantikkan kertas tu.. janji." Ujar Wati. Sekali lagi Adam terpegun. Hmmmm.. entah lah sebab apa pula kali ni.
"Tak pa. Saya percaya pada awak." Kata Adam. Dia menayangkan senyuman Romeo'nya. Tinggal bubuh bunga ros di hujung senyuman sahaja lagi.
Zakuan mencebik. Elehhh.. si Adam ni. Main romantik-romantik kunun.. muntah aku ni kalau tengok lama-lama. Baldi mana baldi?..
"Tulisan siapa ni?. Hodohnya.. " Adam mengecilkan matanya. Dia memokuskan satu persatu perkataan yang ditulis itu. Hampir tiada bentuk hurup ABC. Tulisan jawi ke tulisan india ni?. Atau Thailand punya style. Pegrhh.. menyakitkan mata sungguh.
"Tulisan siapa lagi yang paling cakar selain daripada si pengembala kambing ni. Dia tak reti pegang pen. Cara dia nak pegang pen macam pegang parang nak sembeli kambing. Sebab tu la hodoh berbenar tulisan dia.. " sampuk Wati.
"Amboii.. sedapnya mulut berbicara.. tulisan kau pun bukannya cantik sangat." Balas Zakuan.
"Sekurang-kurangnya aku reti pegang pen."
"Dan selebih-lebihnya kau reti pegang parang. Sebab tu la banyak sangat makcik-pakcik yang nak buat aku sebagai menantu. Kau ada?"
"Jangan nak perasan sangat le.. karbau. Banyak lagi lelaki yang lebih tinggi tarafnya banding kau. Kalau setakat kau ni cukup sekadar muka sawah padi jer.."
"Yang kau tu.. ada ker yang nak?. Dah lah tak kaya budi pekerti. Ibu pertiwi mana yang didik kau?. Entah-entah masak air pun kau tak reti nak nyalakan api dapur.."
"Budi pekerti aku tinggi. Cuma dengan kau sahaja aku tak sanggup nak pernampakan. Perlukah aku bersopan dengan kerbau sawah?"
"Aku dah agak dah yang kau ni ada sihir. Sebab kau seorang sahaja yang tak dapat tengok ketampanan wajah aku."
Zakuan dan Wati mula berperang. Sementara Syawal pula menggeleng tidak tahu hendak berbuat apa. Adam juga sama.
Tiba-tiba cahaya putih memancar ke arah mereka dengan silau. Pertelingkahan antara Zakuan dan Wati terhenti serta merta. bunyi derapan tapak kaki yang menuju ke arah mereka menjadikan mereka panasaran untuk mengetahui siapa gerangan orang itu.
Seorang perempuan dengan berdiri tegak sambil memandang kosong ke arah mereka semua.
Siapa perempuan ni?
Share this novel