Bab 24
Ryan menggenggam pisau di tangannya. Kata-kata Ahli Nujum Senjaga tadi telah membuatkan dia seperti hendak membunuh seseorang pada waktu itu juga.
"Bodoh!!!!. Ini semua tak patut berlaku!!" Dia membaling pisau tersebut. Mia terkejut. Hampir sahaja mengena ke arahnya. Nasib baik dia sempat mengelak dan pisau itu terpacak di dinding dapur. Tidak jauh darinya.
Ahli Nujum itu hanya menundukkan pandangan. Dia sudah agak Ryan akan bertindak sebegitu apabila mendengar berita buruk yang dibawa. Raja Zhang telah terkorban dalam pertempuran di dunia senjaga. Baginda telah berusaha untuk menyelamatkan orang-orang bawahannya. Hanya dia yang sempat menghaibkan diri lalu bergegas menyeludup masuk ke dunia di mana Mia dan Ryan berada. Senjaga sudah tidak aman lagi.
"maafkan patik." Ujar Ahli Nujum. Dia tidak mampu berbuat apa-apa.
"Kenapa tak bawa ayahanda bersama ke sini?!" Jerkah Ryan. Sekali lagi Mia terkejut. Ryan seorang yang panas baran. Dia pula yang sakit hati apabila melihat Ryan memarahi Ahli Nujum sedemikian rupa.
"patik sudah pun memujuknya. Tetapi baginda sendiri yang menolaknya. baginda mahu pertahankan Senjaga dan selamatkan rakyat." Jelas Ahli Nujum perlahan.
Ryan mendengus.
"Kalau begitu hantar aku balik ke sana. Biar aku sahaja yang bunuh musuh-musuh itu." ucap Ryan berang. Mana boleh dia membiarkan ayahandanya terkorban begitu sahaja. Dia harus membalas dendam.
"Tak boleh.. dunia tu dah tak selamat." Bantah Ahli Nujum. Dia risau akan keselamatan Ryan. Ryan adalah warisan keturunan diraja yang terakhir. Dia harus menjaganya.
"Aku nak tahu siapa yang bunuh ayahanda??!" marah Ryan. Dia menghentak tangannya di meja melepaskan amarah.
Ahli Nujum diam sebentar. Kemudian dia menghembus nafasnya perlahan. Sekeping gambar diletakkan di hadapan Ryan.
Ryan mengambil gambar tersebut. Dia menatap lama. Kemudian dia tersenyum sinis. 'Aku tahu siapa kau. Aku akan bunuh kau!!. Tunggu sahaja. Aku akan balas dendam. Wati!!.'
Mia terkejut mendengar suara di dalam minda Ryan. pantas dia merampas gambar itu dari tangan Ryan. Tak mungkin.. orang yang berada di dalam gambar itu adalah Wati.
"Siapa ni?" soal Mia kepada Ahli Nujum. Meminta kepastian.
"Permaisuri Fuji. Dia dari empayar yang mengamalkan sihir yang paling kuat. Dia jugalah yang membunuh pahlawan Zack." Jawab Ahli Nujum.
Mia terduduk mendengar penjelasan tersebut.
"Tak mungkin. tetapi dia serupa dengan seseorang yang mempunya aura untuk menghidupkan kembali jiwa Zack." Kata Mia perlahan.
"Mungkin cuma kebetulan." Balas Ahli Nujum.
"Tak. Tak ada yang kebetulan. Dia lah yang membunuh ayahanda. Aku mesti bunuh dia !!" Ryan merampas kembali gambar tersebut dari tangan Mia. Kemudian perlahan-lahan dia membakarnya. Dendam di jiwa penuh dengan kemarahan. Kau tunggu Wati.
"Aku rasa itu bukan Wati, Ryan. Kau jangan buat kesimpulan yang meluluh." Mia bersuara. namun dalam hatinya dia juga ragu-ragu dengan apa yang dikatakan. Tetapi dia memaksa dirinya untuk yakin bahawa orang yang ada di dalam gambar tersebut bukan orang yang sama.
"Jadi kau ingat dia siapa?" Soal Ryan sinis. Dia meniup debu-debu yang berterbangan dek gambar yang dibakar.
Mia bungkam. Dia teringat sesuatu. Dia memetik jarinya.
"Ingat tak masa kita termasuk ke dalam dunia tu.. Wati tidak masuk sama. Tetapi ada yang serupa dengan Wati dekat sana. Nah. Aku yakin ada dua orang yang berbeza tetapi serupa."
Sekali lagi Ryan mendengus.
"jangan mengarut. Wati lah orangnya. jangan terpedaya dengan mainan yang dicipta oleh budak tu.. kau tengok.. Tak ada sesiapa yang boleh baca fikiran Wati. Termasuk kau sendiri.."
"Tapi.. Dia ada aura tu.. "
"Aura apa??.. untuk hidupkan kembali Zack??. Pergi mampus dengan semua tu. Dia cuma bermain dengan sihir.." sinis sahaja jawapan Ryan. baginya dendam tetap dendam.
Mia berdiri. Hatinya sakit mendengar kata-kata Ryan. Lebih baik dia meninggalkan tempat itu daripada melayan sakit hatinya. Isu mengenai Zack sangat sensitif bagi dia.
Baru sahaja Mia ingin berpaling. Ryan bersuara lagi..
"Zack dah mati. Dan tak akan hidup semula walaupun kau guna aura sihir yang ada pada Wati. Aku sarankan kau bina hidup baru dan lupakan sahaja niat kau tu. Kau tahu tak Mia.." Ryan ketawa sinis. "kau buat perkara yang sia-sia selama ni." Dia sengaja menaikkan api kemarahan Mia. Lagi pun memang itulah yang mahu dia perkatakan selama dia berada di dunia ini. Perbuatan Mia adalah sia-sia!
"Ryan, aku tak suka kau bercakap tentang Zack macam tu.." Mia memandang tajam ke arah Ryan. kata-kata Ryan itu sudah keterlaluan.
Ryan membalas tajam pandangan Mia. Ahli nujum yang berada di antara mereka pula kalut dengan pergaduhan yang akan berlaku di antara Ryan dan Mia.
"Zack dah mati, Mia.. tolonglah sedar." Ujar Ryan.
Mia mengenggam kedua-dua tangannya menahan marah.
"Aku tahu apa yang aku buat." Balasnya.
"Bodoh!. Pergi mampus dengan Zack kau!!." Tengking Ryan.
Mia menarik pisau yang terpacak di dinding tadi kemudian menyerang Ryan. Dia pantang bila nama Zack diperkatakan seperti itu. Marahnya meletus keluar. Ryan pantas mengelak daripada mata pisau yang hampir tertusuk ke jantungnya. Dia berpusing ke belakang Mia.
"Kau ingat kau boleh bunuh aku.. kau silap Mia." Bisik Ryan.
Mia pantas berganjak ke kanan apabila Ryan ingin merampas pisau tersebut dari tangannya. baru sahaja dia hendak menyerang Ryan kembali. Ryan melompat ke atas meja.
"Kau jangan cabar aku, Ryan." kata Mia. nafasnya turun naik menahan marah. Ryan hanya tersenyum.
sekelip mata sahaja Mia membaling pisau tersebut ke arah Ryan. Ryan mengelak. Pisau itu pula melayang hampir terkena kepala Ahli Nujum sebelum terpacak semula ke dinding di mana pisau itu terpacak pada awal-awal tadi. Ahli Nujum mengurut dadanya. Nasib baik dia sempat menundukkan kepala maka tidaklah riwayatnya terhenti di sana sahaja.
Ryan tiba-tiba ghaib dari pandangan. Mia mencari-cari di mana Ryan menghilang tetapi pergerakannya terkunci secara mengejut. Ryan berdiri tepat di belakang Mia seperti tadi.
"Aku keturunan Raja Zhang. Kau adalah perempuan pertama yang berani melawan aku." Bisiknya riak. Mia terkaku.
"Malangnya kau tak sehebat yang aku sangka." Sambung Ryan.
"itu kesilapan kau yang pertama. Kesilapan kau yang paling besar pula adalah kelakuan kau sendiri. Kau adalah ketua pemanah Senjaga. Aku hari-hari perhatikan kau memberi kata-kata semangat kepada pasukan kau untuk pertahankan empayar. Malangnya kau sendiri yang membiarkan Senjaga ditawan semata-mata untuk Zack yang dah tiada."
Mia diam. Dia memandang ke arah pisau yang dibaling tadi. Dia akui balingannya memang tepat pada sasaran. Begitu juga dalam hal memanah. Tapi tidak semudah itu untuk dia terpedaya dengan Ryan.
Dengan tenaga yang ada. Dia menyiku Ryan di belakang. Ryan jatuh ke lantai sambil memegang perutnya menahan sakit.
"Mungkin darah keturunan diraja kau tu buat kau rasa cukup hebat berbanding Zack. Kau silap. Ryan.." Balas Mia sinis. Kau ingat aku akan kalah dengan kau. Jangan harap. Aku tetap dengan keyakinan aku.
"tak acii la begini. Kau main kasar." Protes Ryan.
"kau dulu yang cari nahas." Jawab Mia.
Ahli nujum yang melihat mereka itu mengurut dadanya sekali lagi. Sekurang-kurangnya dia tahu bahawa Ryan dan Mia cuma bermain sahaja. Tiba-tiba dia diserang sakit yang teramat. Dia jatuh terduduk ke lantai.
Mia yang perasaan akan keadaan itu cepat-cepat menerpa ke arah Ahli Nujum.
"Kenapa ni?" Soal Mia risau.
"Musuh dah masuk ke sini. Korang kena hati-hati." Kata Ahli Nujum.
"Tapi bagaimana mereka boleh ke sini?"
Ahli Nujum diam seketika. Dia memejamkan matanya rapat-rapat.
"Melalui gelombang bawah tanah." katanya perlahan.
"Patutlah ada gegaran kuat yang berlaku." Ujar Ryan. Entah sejak bila Ryan berada di sebelah Mia. Padahal dari dia terbaring kesakitan di lantai.
"Seseorang akan dihantar untuk membantu meneruskan perjuangan ini.. sudah tiba masanya.. " Kata Ahli Nujum sebelum dia batuk kuat dan termuntah darah. Dia mengenggam dadanya yang terasa mencucuk-cucuk. Mungkin dia perlu berehat. Melihat sesuatu di luar batas penglihatannya menjadikan dia terpaksa membayar dengan kesakitan. Perlahan-lahan penglihatannya menjadi gelap.
"Siapa yang akan dihantar?" soal Mia sendirian. Ryan juga msaih menganalisa kata-kata Ahli Nujum itu.
"Ryan angkat dia ke sofa." Arah Mia.
"Aik.. asal aku pula?" Soal Ryan acuh tak acuh.
"Jadi.. tak kan aku."
"Ye laa.. " balas Ryan. Dia menurut sahaja arahan Mia. Eh. Bukankah dia anak Raja. sepatutnya dia yang mengarahkan Mia. Ahli Nujum dibaringkan di atas sofa.
"Aku ada firasat yang buruk." Monolog Mia. Dia menuju ke jendela besar yang berasa di tepi ruang tamu. Dari pandangan jendela tersebut. Hujan yang turun kelihatan renyai-renyai membasahi rumput nan hijau di halaman belakang rumah. Perlahan-lahan dia memejamkan kedua matanya. hanya riaksi wajahnya sahaja yang menunjukkan sesuatu. Sesuatu yang dia nampak.
Ryan memerhati tingkah Mia. "Apa yang kau nampak?" Soalnya.
"Syawal dan Wati.. tak.. Zakuan sekali.. dengan.. dengan..ohh tidak!!" Cepat-cepat Mia membuka matanya. Nafasnya turun naik. Sesaat kemudian perhatiannya terganggu oleh sesuatu yang berada di luar. Dia memandang tajam ke luar jendela. Fokusnya kepada semak yang berada tidak jauh dari pokok besar di hadapannya.
"Kenapa?." Ryan menerpa ke arah Mia. Mia masih diam.
Ryan mendengus. Dia cuba untuk membaca fikiran Mia. Dia perlu melihat apa yang telah dilihat oleh Mia sebentar tadi. Malangnya tubuhnya terus terpelanting ke dinding seperti ada angin kuat yang menolaknya kasar.
"Auchh.. apa nii?" Protes Ryan. "Mia.. asal kau tolak aku.." Dia lantas terdiam. Sangka dia, Mia menolaknya. tetapi apabila dia melihat Mia masih kaku seperti tadi. Dia hairan. Dia bingkas bangun dan memerhati sekeliling. Ada sesuatu yang aneh. Rumah tersebut kelihatan agak gelap berbanding tadi. Dia menoleh kembali kepada Mia. Mia seperti dipukau. Apa yang terjadi ni??
"Hei.. Mia.." Ryan cuba menyentuh bahu Mia. Namun niatnya itu terhenti apabila dia mendengar pintu rumah diketuk bertalu-talu. Lantas dia segera menuju ke pintu utama. Lalu membukanya tanpa berfikir panjang.
"Syawal?".
Syawal terus masuk ke dalam rumah. Ryan mencebik.
"Wow.. Siapa bagi kau kebenaran untuk masuk?" Ryan menutup semula pintu rumah sebelum cuba mengejar langkah Syawal.
Syawal terhenti apabila melihat Mia yang terkaku menghadap jendela.
"Jauhkan Mia dari jendela tu." Arah Syawal kepada Ryan. Ryan ternganga. Wow. Kini bukan Mia sahaja yang berani mengarahnya, bahkan manusia biasa seperti Syawal juga.
"Heii. Kau tahu tak aku siapa?" soal Ryan tidak puas hati. Syawal mencebik. Dia memandang Ahli Nujum yang terbaring di sofa kemudian menoleh semula kepada Ryan.
"Aku tahu. Aku dah tahu semuanya." Balas Syawal. "Kau kena tarik Mia dari jendela tu sekarang, Ryan." Arah Syawal lagi.
Ryan masih terpingah-pingah. Macam mana dia tahu??.
"Cepat Ryan!!" Syawal meninggikan sedikit suaranya. Ryan tersentak dari lamunannya lalu automatik dia segera menuju ke arah Mia.
"Mia.." panggilnya. Dia menyentuh bahu Mia. Mia tidak memberi respon. Ryan merenung di mana pandangan mata Mia tertumpu. Hanya semak dan rumput-rumput yang menjalar sahaja di sana.
"Tarik Mia dari jendela tu." Arah Syawal dari jauh. Ryan mendengus. Aku pula yang kena ikut cakap dia..
Dengan pantas Ryan menarik tangan Mia. Mereka jatuh tergolek ke tepi sebelum jendela kaca itu pecah ke dalam. Mia terkejut seakan baru tersedar dari dipukau. Dia terus menolak Ryan yang terbaring di sisinya. Ryan terpelanting ke dinding. Bingkas Mia bangun dan menepuk-nepuk pakaiannya. Ryan mengadu kesakitan. Ini kali kedua dia terpelanting ke dinding gara-gara Mia. Dia juga bingkas bangun dan menyedari ruangan tersebut sudah kembali cerah seperti yang asal.
"Syawal??" Mia hairan melihat Syawal berada di rumahnya. Syawal mengangguk. 'Eya aku lah ni.' Ucapnya dalam hati.
"Macam mana kau.."
"Ayah aku Ahli Nujum." Dia memandang ke arah Ahli Nujum yang masih terbaring tidak sedarkan diri di sofa.
"What??.." jerit Ryan tidak percaya. Ini tentu salah satu muslihat musuh.
"Ya. Aku juga baru tahu.. " Syawal tunduk seketika.
Selepas sahaja balik dari hospital. Dia tiba-tiba diserang sakit kepala yang teramat. Segala-gala yang telah berlaku di dalam dunia Senjaga sebelum ini dan dunia yang dia duduki sekarang bagaikan terpancar di depan matanya.. Muka-muka pahlawan Senjaga, Raja Zhang, kod-kod tulisan purba di dinding ketika mereka termasuk ke dunia itu dan sejarah dahulu kala menyerap ke dalam fikirannya sekali gus menjadikan dia seakan berjalan melalui masa yang sedang berputar. Dia nampak segalanya. Dia tahu semua cerita di sebalik apa yang terjadi. Akhir sekali wajah ayahnya kelihatan. Setiap kalam yang diucap itu masih segar di fikirannya.
'Dah tiba.. dah tiba masanya untuk kau tahu semuanya anakku.. Kau adalah keturunan dari dunia Senjaga. Kau pemilik mata ketiga untuk legasi agung Senjaga.' Kata ayahnya sebelum lesap dan meninggalkan dia sendirian.
Pada awalnya dia sendiri tidak percaya sebab apa yang dialami itu tidak masuk akal langsung. Tetapi fikirannya terus menerus memaksa dia melihat apa yang berlaku di hadapan perjalanan masa. Dari situ dia cuba untuk menyakinkan dirinya. Tiada perkara yang mustahil sekarang ini. Apa yang dibayangkan adalah wujud. Lalu mindanya terpanggil untuk melihat keadaan yang berlaku di antara Mia dan Ryan di ruangan ini. Sebab itulah dia menghadirkan dirinya di rumah tersebut. Dia tahu mereka memerlukannya.
"Jadi kau lah orangnya.." ulas Mia. Akhirnya dia faham siapa yang dimaksudaan oleh Ahli Nujum tadi. Ada orang yang akan dihantar untuk membantu mereka. Dan orang itu adalah anaknya sendiri, Syawal.
Syawal mengenggam tangan ayahnya. Cahaya putih keluar melalui celah-celah jari mereka. Beberapa saat kemudian, cahaya tersebut memancar ke seluruh jasad ayahnya. Jasad itu semakin lama semakin hilang bertukar menjadi cebisan-cebisan debu yang bercahaya keluar melalu jendela kaca yang pecah tadi. sehingga akhirnya, tangan Syawal hanya menggenggam udara yang tidak kelihatan. Jasad itu telah hilang cuma tinggal seulas rantai milik ayahnya. Dia mengambil rantai tersebut lalu mengalungkan ke lehernya.
"Apa yang kau buat?" Soal Ryan. Dia sedikit terkejut melihat kejadian itu.
"Aku ditugaskan untuk meneruskan legasi ini." Ucapnya tenang.
Mia mengangguk tanda faham. Inilah masanya..
"Mia, lain kali jangan merenung dekat luar rumah ini lama-lama.. kuasa kamu akan diserap. Mereka ada di luar sana.." nasihat Syawal. sekali lagi Mia mengangguk. Patutlah dia seperti dipukau tadi. Dia menoleh ke arah jendela kaca yang sudah pecah itu. serpihan kaca bertaburan di atas lantai. Ingatannya terus menyelinap ke dalam fikirannya.
"Aku nampak lembaga hitam bermata merah tadi.."
Syawal memejamkan matanya seketika. Kemudian dia mengembuskan nafasnya perlahan.
"nampaknya kita tak ada masa yang banyak. Zakuan dan Wati perlukan bantuan."
Mia risau. 'Wati' panggilnya dalam hati.
"apa yang kita perlu buat sekarang?" Soalnya kepada Syawal. Dalam hal ini, Syawal adalah orang yang paling arif di dalam memberi cadangan dan pandangan. Dia adalah keturunan Ahli Nujum. kepercayaan Raja dan rakyat Senjaga.
Syawal memandang Mia.
"Kita akan hidupkan kembali Zack."
"Ops.. sorry.. Aku tak boleh bertoleransi dengan pembunuh ayahahanda. " Syawal dan Mia menoleh ke arah Ryan serentak.
"Apa maksud kau?" tanya Syawal.
"Wati.." Ryan menyebut nama itu.
Syawal menggeleng. "Kau silap. Wati dan pemaisuri Fuji itu adalah dua orang yang berbeza." jelasnya.
Mia memetik jarinya. "Aku dah agak dah."
"Yang membunuh adalah Pemaisuri itu. Bukan Wati." Jelas Syawal sekali lagi. Mana mungkin dia membiarkan Ryan untuk membunuh Wati. Wati adalah segala-galanya bagi dia.
Ryan menyapu rambutnya ke belakang. Apa-apa jer laa..
Share this novel