Bab 17

Fantasy Completed 15836

Bab 17

"Syawal.. bangun!!" Syawal merasa badannya sedang digoncang-goncang oleh sesorang. Dia membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Samar-samar kelihatan bayang-bayang hitam di hadapannya.

"Siapa kau.. aku kat mana ni?" Syawal mengosok-gosok matanya. Perlahan-lahan pemandangan menjadi jelas.

"Amboii.. Alzheimeh ke?" Zakuan berdiri tegak di hadapan Syawal sambil mencekak kemas pinggangnya.

syawal diam. Dia memandang sekeliling. Yang lain juga ada di sana. Mereka berada di belakang sekolah. Kawasan usang dan jarang dilalui orang. Masing-masing dengan muka kebingunan. Nampaknya langit kelihatan senja tika ini.

"Apa yang berlaku sebenarnya?" Tanya Syawal.

"Dunia Senjagah dalam tawanan. Dan tak selamat.. kita masuk ke sana tanpa sengaja.." kata Mia. Dia berdiri. Dalam fikirannya dibebani oleh masalah yang berlaku.

"Nasib baik lah kita dapat keluar dari dunia tu.." Ujar Syawal. Entah apa yang akan terjadi sekiranya mereka terperangkap.

Zakuan mengangguk. "Aku pun tak tahu nak cakap apa.. "

"Perkara ni.. aku mohon agar korang dapat rahsiakan." Ucap Mia perlahan.

"Kau boleh percayakan kitorang untuk kali ni, Mia.. fuuhhhh.. yang penting sekarang kita dah selamat." Kata Zakuan. Dia mengukirkan senyumannya.

"Masih tak ada jaminan.."

Semua mata melihat ke arah Ryan. Apa yang dia maksudkan?.

Ryan mendongak ke atas. Dia manarik nafasnya dalam-dalam. Kemudian dihembuskan.

"Mereka tahu di mana kita berada.. kita akan dicari.. mungkin mereka akan serang kita di dunia ni."

"Tengoklah siapa puncanya.." sindir Mia. Ryan mencebik.

"Wait. Korang ni sebenarnya ada sihir ke?" Soal Zakuan. Semua yang berlaku bagaikan tak terlintas oleh akal logiknya. Dia memandang Syawal. Syawal nampaknya masih berfikir perkara yang sama dengannya. Bagaimana semua ini berlaku?

"Kau akan faham nanti.." kata Ryan. Dia menepuk-nepuk belakang Zakuan.

"Wait sekali lagi. Mak lampir mana??" Zakuan mula membangkitkan tentang Wati. Kemudian mereka saling berpandangan.

“Wati mana?.”

"I have no idea. " kata Syawal. Dia sendiri tidak pasti di mana Wati menghilang. hakikatnya perasaan risaunya menggunung tidak menentu. Di mana kau Wati?.

Mia memejam matanya seketika. Dia mencari di mana Wati menggunakan gelombang mindanya.

"Kau nampak tak?" Tanya Ryan kepada Mia.

Zakuan dan Syawal berpandangan. Nampak apa??. Mereka benar-benar menggunakan sihir.

Mia membuka matanya.

"Aku tahu mana dia.." kata Mia perlahan. Aura Wati dapat dikesan dengan mudah oleh Mia. Dia baru sahaja hendak melangkah, tiba-tiba Wati muncul dari belakang dengan muka kebingungan. Kenapa semua orang ada sini?.

"Ok. Apa sebenarnya yang berlaku?" Soal Wati apabila ternampak Syawal, Zakuan, Ryan dan Mia berkumpul. Mesyuarat agong ker?? Apa semua nii..

Mereka menoleh.

"Kau okey ker Wati?" Tanya Syawal. Dia yang pertama sekali menerpa ke arah Wati. Lega hatinya. Kekasih hati sudah ada di depan mata. Kekasih?? Hahahaha. Tolonglah..

"Kau menghilang ke mana tadi hah?? Aku ingat kau tertinggal dekat lorong bawah tanah tu.." bebel Zakuan. Haihhhh. Mak lampir memang macamni ker?? Menyusahkan saja yang dia tau.

Wati mengerutkan dahinya. Cuba menganalisa apa yang dikatakan oleh mereka. Menghilang pergi mana?? Lorong bawah tanah??? Apa yang pengembala ni mengarut?? Bengong ka apa..

"Kau dari mana Wati?. " tanya Ryan serius. Walau bagaimanapun dia tidak memandang ke arah Wati. Takut benda yang sama berulang kembali. Janganlah pisang berbuah dua kali. Cukuplah sekali saja.

"Aku baru dari kantin la tadi. Nii. Tak nampak kueh donat ni??" Wati menayangkan sebungkus kueh donat yang berada di tangannya sebagai bukti.

"Kau tak pegi mana-mana sebelum ni? selepas kita jumpa dekat depan kelas pagi tadi? " Soal Ryan lagi. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Ada sesuatu yang tak kena.

Wati menggeleng. dia sebenarnya tidak faham dengan soalan tersebut. Kemudian dia mengingat kejadian dari pagi hingga lah ke detik ini.

"Oohh. selepas tu. aku jalan terus ke bilik guru. Sebab aku malas bercakap dengan korang semua . Lagi pun aku ada hal nak urus. lepas tu aku pegi kantin, bercerita dengan makcik kantin sampai la ke petang. Last sekali aku lalu kat sini sebab dekat dengan parking kereta. Sebab sekarang ni aku nak balik rumah. Alih-alih terserempak pula dengan korang. Ehh. Kenapa tiba-tiba korang ni ambil berat pasal aku pula?? Buang tabiat ke apa??" giliran Wati pula yang menggaru kepalanya.

Hairan. Sangat hairan.

Sungguh dia tidak faham dengan karenah budak-budak taktala senja-senja begini. Mungkin banyak sangat syaitan-syaitan yang berkeliaran waktu-waktu begini. Betullah cakap orang tua dulu.

Wati memandang sekeliling. Seram pula.

Ryan memandang ke arah Mia. Mia membalas pandangannya.

'Apa?'

'Ada sesuatu yg tak kena.'

'Aku tahu. Dia tak join kita masuk ke dalam dunia tu.'

' tapi dia ada dekat luar istana. Ingat tak?. Dia diiringi oleh bala tentera.'

'Itu bukan dia.'

'Kalau bukan dia siapa?'

' mana aku tahu.. bengong.'

'Wah.. main bengong-bengong pula dia ni..'

Kemudian, Wati mengunci kembali kotak fikirannya. Dia malas berkomunikasi dengan Ryan. dia dan Ryan tak boleh jadi kawan. Ini prinsipnya.

Ryan mendengus. Sekali lagi Syawal dan Zakuan berpandangan. Melihat Ryan dan Mia berlawan-lawan mimik muka dan jelingan mata.. er.. Entahlah no comment. Mungkin tukang-tukang sihir ini ada agenda tersendiri. Manusia seperti mereka tak tahu apa yang berada di sebalik semua kejadian.

"By the way, kenapa korang semua ada dekat belakang sekolah petang-petang macam ni? tak nak balik lagi?" Soal Adam. Dia sebenarnya baru sahaja hendak ke parking kereta. Disebabkan dia ternampak ada cahaya putih yang tiba-tiba muncul dari arah belakang sekolah. Hatinya terdetik untuk melihat. Tapi ternyata yang ada cuma lah lima orang pelajar tingkatan 5 yang memandangnya dengan pelik. Syawal, Wati, Mia, Ryan dan Syawal.

"Dah jam berapa ni, Cikgu?" Tanya Ryan.

Adam memandang sekilas jam tangannya.

"Dah jam 5 lebih."

"5 lebih?? " kata Zakuan seakan tak percaya.

"Aku kan dah cakap." Kata Wati. Ini kan masa dia pulang ke rumah.

"Dah. Jangan lepak lama-lama di kawasan sekolah ni. Tak baik untuk budak-budak. Tempat ni berpuaka. Lagi-lagi dekat belakang ni. " nasihat Adam. Budak-budak memang tak tahu erti bahaya ker?.

Ish-ish-ish.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience