2. Sungguhkah?

Inspirational Series 14597

Safura melemparkan tubuhnya ke atas katil bujang itu.

"Ah!" pendek namun keras.

Dia penat. Kelelahan daripada seluruh aktiviti orientasi itu. Dia merasakan bahawa semuanya mengarut dan meletihkan.

Dia tenggelam dalam letih tanpa diketahui tujuannya. Dia tak mampu selami hikmah semua ini.

'Mereka mahu kami menepati masa. Namun mereka begitu lokek 'memberikan' kami masa untuk solat.'

'Mereka mahu kami belajar erti hormat. Namun mereka terpekik terlolong saat kalimah azan dilaungkan.'

'Mengarut.' Pendek sahaja kesimpulannya.

—lengan kanannya lalu dibawa ke bahagian matanya. Matanya dipejam lambat-lambat.

Ting!

Matanya langsung dibuka. Dia berpaling ke tepi. Dilihat skrin yang sedang bercahaya.

Danny.

Safura mengeluh kasar. Dia bingkas bangun dan bersila di atas katil. Ditarik nafasnya dalam-dalam. Matanya masih terpejam.

1, 2...3!

Safura mengetap giginya. Perlahan-lahan dia membuka aplikasi Whatsapp itu. Diketik nama Danny.

"Sef, macam mana orientasi?"
—Safura merenung lama skrinnya.

Hanya satu ini yang menjadi halangannya kini. Dia sehinggakan terlupa soal ini lantaran dikejar waktunya di sini.

"Danny, I need some time. Forgive me for blocking you. I already told you kan? Give me some time to think regarding this matter. I block you bukan sebab benci. I still remember our plans. I'll unblock after I already made up my mind, ok?"

blocked.

Safura menekup wajahnya. Dia menangis kerana ianya bukanlah suatu keputusan yang mudah. Perlukah dia meratapi semuanya? Adakah dia akan menyesal dengan keputusan ini?

Sejenak kemudian, terdengar dengkur halusnya dalam keadaan dia bersila.

Ah, anak ini! Boleh sahaja dia ketiduran pada waktu begini.

...

Safura membungkam. Lambakan kerjanya masih ada tidak berusik di atas meja. Sudah 2 minggu dia abaikan nama Danny. Walaupun tidak dia hubungi, tetap sahaja nama itu diingat-ingat.

'Menyusahkan diri. Bercinta hanya akan melemahkan. Jauh sekali daripada menguatkan.'

—hanya itu fikirnya.

Terlalu banyak 'kalaulah' yang dia fikirkan sepanjang 2 minggu.

Teman sebilik diabaikan.
Senyuman sudah jarang sekali dilemparkan.

'Aku penat.'

Mentalnya sudah letih. Entah apa yang menarik tenaganya.

Tok! Tok!

"Assalamualaikum. Sef? Aku nak masuk bilik boleh?" Suara itu kedengaran lembut di sebalik pintu. Safura tidak menyahut. Dia sebaliknya membuka pintu dan berdiri tegak di hadapan bilik. Wajahnya tiada reaksi.

"Sihat? Tengah sibuk ke?" soal Hanna. Safura hanya mengerdipkan mata.

"Hmm, petang ni aku nak pergi surau. Nak solat asar. Lama sangat dah tak pergi. Sambil-sambil, boleh tenangkan fikiran kejap." Safura hanya diam.

"Kalau nak pergi, nanti pukul 4.15 petang kita keluar rumah, ok?" tambah Hanna. Dia seakan-akan faham dengan gerak mata Safura. Hanna pun berlalu pergi. Safura kembali menutup pintu.

Dia menekup matanya.

'Sorry Hanna. Aku tak bermaksud nak layan kau begini.'

...

4.10 petang.

Tok! Tok!

"Sef?" pintu bilik kemudiannya terbuka. Tercegat Safura dengan persalinan solatnya di tubuh. Hanna tersenyum.

"Mantap eh. Before time!" Hanna menarik lembut tangan Safura. Ditarik tombol pintu bilik dan dikatup rapat.

Dalam perjalanan ke surau, hanya Hanna yang banyak bicaranya. Berceritakan soal kisah lucu di kampus. Soalan-soalan Hanna kepada Safura hanya dibalas dengan kerdipan mata.

Kesudahannya, hanya Hanna yang berceloteh sepanjang perjalanan agar rasa janggal itu tidak memenuhi ruang antara mereka.

Usai solat asar berjemaah, Hanna duduk di satu sudut dan membaca Al-Quran. Safura pula mula berjalan menuju ke arah sudut bacaan.

Sudut itu dipenuhi dengan buku yang diwakafkan. Perlahan-lahan, Safura mengimbas tajuk buku-buku yang berada di hadapannya. Kemudia matanya tertancap pada satu tajuk buku.

Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul.

Tajuk itu menarik perhatiannya. Ditarik keluar buku nipis itu dari celah-celah buku yang menghimpit dan spontan, jarinya membelek lembaran itu sehelai demi sehelai.

Ada satu ayat yang menyentuh hatinya.

—soal pilihan.

'Aku tak pernah buat istikharah. Mungkin ke sebab tu aku rasa macam ni?'

"Sef?" Safura mengangkat kepalanya. Telekungnya sudah basah dengan air mata. Hanna hanya senyap. Dia tidak pasti sama ada dia patut bertanyakan soal itu atau tidak.

"Hmm, kau nak duduk di sini lagi?" soal Hanna. Safura senyap. Air matanya jatuh lagi.

Hanna langsung menutup mulutnya. Dia duduk bersebelahan Safura dan menunggu sehingga semuanya kembali reda.
—kekadang, tidak semua perkara perlu diselesaikan dengan segera.

...

Keadaan Safura semakin baik sejak daripada itu. Setiap petang, dia akan berjalan keluar bersama Hanna, mengelilingi taman rekreasi yang berdekatan.

Ketenangan itu lama-kelamaan menyelimuti dirinya.

Dia bersyukur. Allah kabulkan dia dengan satu-satunya doa yang dia pinta. Dia minta supaya Allah memberikannya dikosongkan hatinya daripada perkara yang akan memudaratkan akhiratnya.

Akhirnya dia dapat bernafas dengan lega.

"Sef?" Safura menoleh ke kiri.
"Ya?" balasnya.

"Jom esok kita keluar? Aku nak cari buku bacaan untuk bulan ni." Safura mengukirkan senyuman nipis.

"Boleh." dia membalas pendek.

...

"Betul kau tak nak masuk sekali?" Safura mengangguk.

"Yup. Aku dekat luar je lah. Lagipun nak pergi tengok-tengok bahagian baju sekejap. Nanti aku datang balik ke sini." Hanna mengangguk. Dia masuk ke dalam kedai buku.

Manakala Safura mengambil keputusan untuk masuk ke ruang pasar raya. Dia berhajat untuk mencarikan sehelai baju untuk Danny.

Ah, Danny.

Dia menyebut nama itu buat kali pertamanya. Baju itu mungkin langkah pertamanya untuk memohon maaf daripada Danny.

'Lepas ni, bolehlah dia datang rumah untuk bagitahu Ibu dan Abah.' Safura menyengih.

Dia masuk ke ruang baju lelaki. Safura menggaru kepalanya.

'Aiyo. Macam mana nak pilih baju lelaki ni?' matanya mula berkeliaran. Dia mencari-cari pekerja pasar raya untuk meminta sedikit pandangan daripada mereka.

Tiba-tiba matanya tertancap pada sebatang tubuh yang sangat dikenalinya.

"Danny."

Kekadang, kita hanya perlukan masa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience