"Aku terima." Serentak itu Safura menangis.
Kerja gila.
Kenapa dia terima?
Hatta dia tahu titik kelemahan Danny yang satu itu?
'Perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik.'
Safura membuangkan pandangannya ke luar jendela yang sedikit terbuka.
'Sebab aku jahat, maka aku selayaknya beroleh yang jahat juga? Mungkin, memang Allah aturkan begini?'
Tapi tahu dari mana dia bahawa Danny itu jahat?
"Serius?" Safura hanya tersenyum. Mungkin Danny tidak percaya dengan jawapannya. Dalam banyak-banyak tahun Danny melamarnya, hanya kali ini Safura menjawab.
—kali ini, berserta jawapan yang dimahukan.
"Tapi ada syarat."
Sejujurnya, Safura tak pernah bercinta. Dia tak percaya dengan ini semua. Ianya mengarut dan terlalu banyak perkara yang dia takuti. Mungkin, ada kaitannya dengan televisyen dan novel-novel yang dibaca.
1. Jangan berani nak panggil dengan panggilan manja. Tak suka.
2. Jangan call nak bergayut malam-malam.
3. Jangan whatsapp benda-benda yang remeh.
4. Jangan bagitau orang lain pasal kita.
5. Jangan pernah fikir pasal saya.
6. Jangan pernah minta gambar saya.
7. Saya takkan berkompromi untuk tunjukkan wajah saya.
Panggilannya itu langsung berubah. Safura tersenyum. Terus bersaya-awak.
'Kita tengok sejauhmana kau boleh bertahan.' tiada lelaki yang tahan dengan semua syaratnya. Kelihatan tidak masuk akal.
"Nak bagitau mak ayah saya pasal kita, boleh?" mata Safura terbuntang. Mak ayah? Kau gila ke, Danny?
"Jangan lagi!" Safura menepuk dahi. Bibir bawahnya digigit. Dia sedang memikirkan alasan yang sesuai untuk diberikan kepada Danny.
"Kenapa? Awak ingat saya main-main ke pasal kita?" Safura menekup kedua-dua belah telinganya.
Panas!
'Kita?'
"Tak perlu lagi. Saya baru terima. Kita mana ada perancangan apa semua. Saya tak ada duit kalau nak kawin." Safura membalas panjang. Adakah alasannya akan diterima?
"Saya dah ada perancangannya. Kalau awak setuju, kita teruskan sahaja dengan perancangan tu." Safura memejamkan matanya.
'Ah, alasan apa lagi yang boleh aku bagi?'
"Nak baca tak perancangan tu?" soal Danny.
Pesanan teks itu dibiarkan.
'Tapi aku boleh ke terima dia dalam keadaan begini? Dia masih sama atau makin teruk? Aku akan tolong dia atau aku hanya akan menurut?'
Safura melepaskan keluhannya. Pendiriannya kini terasa goyah.
'Betul ke keputusan aku untuk terima dia ni?'
"Danny. Sebelum tu saya nak tanya. Awak masih sama macam dulu?" dan selepas beberapa minit, masih tiada jawapan dari lelaki itu. Safura memandang sepi skrin telefonnya.
Sah.
Danny masih sama.
Mana mungkin tabiat itu dapat dibuang.
Bukankah susah untuk seseorang membuang kebiasaannya?
Takkan semudah itu dia boleh berubah?
Aku dah kenal dia lama.
Hatta aku sendiri tak percaya kalau dia bercakap soal cinta. Mengarut.
...
"Sorry. Tadi mama balik. Tolong dia bersiap tadi. Dia nak pergi Taiwan." terhenti sebentar nafas Safura.
'Ah, aku dah salah anggap. Astaghfirullah.'
"Saya nak berubah. Sebab itu saya nak kawin dengan awak. Saya tahu saya tak layak. Tapi boleh awak bagi saya peluang?" balasan yang satu ini dibaca lama. Seakan-akan susah untuk dia hadam. Safura mengetap giginya.
"Cuma kali ini, Danny." Safura mengunci skrin telefonnya.
...
Sejak daripada itu, Danny akan sentiasa menghubunginya melalui panggilan video. Safura akan menutup videonya untuk mengajarkan Iqra'. Hanya imej Danny yang akan terpapar; merangkak-rangkak dalam bacaannya.
Selesai sahaja bacaan, langsung Safura menutup panggilan tersebut.
"Ternyata, kecerdikan seseorang itu berlainan sekali." Safura menghantar pesanan teks itu kepadanya.
"Nak perli ke tu?" balas Danny.
"Taklah. Usaha yang baik. Saya cuma terfikir, manusia memang ada kekurangannya walau dia terlihat sempurna macam mana sekalipun. Orait. Tak ada apa dah ni. Gerak luh. Assalamualaikum."
—begitulah rutin mereka.
Tiada yang istimewa.
Hanya sekali-sekala, Danny akan menghubunginya. Menceritakan kegiatannya sehari-hari di rumah.
Adakalanya Danny akan membuat panggilan video saat dia sedang mengajar kelas tambahan. Kekadang, Safura akan tertawa kecil melihat dan mendengarkan telatah mereka.
Danny kelihatan sempurna.
'Andai sahaja tabiatnya itu tiada.'
Adakalanya, Danny akan membuat panggilan video saat dia perlukan Safura. Saat itu, pasti kelihatan keringatnya menitis dari dahi. Danny akan menangis dan memegang dahinya.
"Danny. Tell me about the stars. Tell me about the galaxy." Safura tahu minat Danny yang satu ini. Dia sangat suka dengan perihal angkasa. Sebutkan sahaja tentang Milky Way, planet, bintang atau buruj, pastinya dia tahu.
Saat Danny mula bercerita mengenai angkasa, dia kelihatan makin tenang dan ceria.
"Dah ok dah, Dan?" Danny mengangguk.
"Thank you, Sef. You help a lot." Usai Safura membalas dengan ucapan 'welcome', panggilan video itu akan ditamatkan.
...
"Danny, just so you know, awak tahu kan yang saya buat ni bukan atas dasar cinta?" Safura menghantar pesanan teks itu kepada Danny.
"Yes, I'm aware. Tapi cinta boleh dipupuk, Sef." Sef menjelingkan matanya ke atas.
"Jangan sebut tentang soal cinta, Dan. Kamu tahu saya tak suka dengar perkataan itu kan?" Sef mengeluh. Bukannya tak suka.
Tapi dia malu.
"Baik. Tak buat dah. Promise." Safura menyeringai. Banyak kali sudah dia memesan kepada Danny agar tidak melayaninya seperti anak kecil.
"Jangan promise me. Dan, you know I don't like guys who act like this kan?" Safura menepuk dahinya.
"Ok, mem."
Kekadang, jawapan sesuatu masalah hidup kita sudah ada dalam diri. Hanya ia belum mampu meruntuhkan ego kita sendiri. Nasihat yang diberikan kepada orang lain, itulah yang sangat diperlukan diri kita.
Share this novel