1. Berubah

Inspirational Series 14597

Safura melepaskan keluhannya. Kali ini, dia benar-benar hendak melepaskan semuanya.

—masa silamnya.

Sudah cukup lama dia bergelumang dengan semua dosa ini. Kainnya sudah hitam. Bahkan sudah ramai yang mula melihatnya sedang dia dalam keadaan diam.

dia malu.
; sungguh dia malu.

Dipandang wajahnya itu sedalam-dalamnya dari pantulan imej di cermin. Rambutnya yang panjang itu, dia elus perlahan-lahan. Diikat dan disanggulkan. Ditutup rambut itu dengan sehelai tudung labuh berwarna hitam.

'Sebagaimana aku nak aib ni ditutup, seperti itulah aku patut jaga rambut aku ini.'

Ditenung lagi pantulan imejnya yang seperti gagak hitam.

'Sebagaimana aku tak nak orang tahu tentang aib, seperti itulah aku perlu sembunyikan diri aku.'

Namun imej itu hanya terpakai saat dia bersendirian. Ibu takkan benarkan dia memakai seperti itu. Purdah, tidak boleh. Niqab, tidak boleh.

Tidak mengapa. Mungkin Ibu ada sebabnya yang tersendiri. Safura hanya mampu berdoa agar Ibu dibuka hatinya untuk menerima niatnya. Kenapa begitu?

"Mentaati ibu lebih utama daripada memakai purdah." Itulah pesan gurunya saat dia mengadukan masalah tersebut.

"Memagar hati itu lebih utama daripada memagar muka. Memagar pandanganmu dan pandangan orang lain itu lebih utama." Itu juga pesan gurunya.

; lalu, dia menghapuskan semua gambar masa lalunya.

diteliti semuanya sebelum gambar itu dihapus satu-persatu daripada media sosialnya.

—air matanya menitis.

'Bagaimana jika ada yang sudah mengambil tangkapan skrin lebih awal? Aku tak berkuasa untuk memadamkan memori mereka.'

Astaghfirullah.
Astaghfirullah.
Astaghfirullah.

Hanya kalimat itu yang diulang-ulang. Seiring itu air mata deras mengalir. Kesudahannya, telefon itu terlepas dari tangannya.Tangannya hanya mampu menekup wajahnya yang sudah hangat dan basah bermandikan penyesalan.

Tok! Tok! Tok!

"Safura?" suara itu kedengaran dari balik pintu. Dia cepat-cepat mengangkat mukanya. Dikesat kasar air matanya dengan hujung lengan baju. Dia berdehem perlahan, namun kuat memaksa untuk kahak yang berkumpul itu turun tanpa bunyi yang ketara.

"Ya, ibu?" dia membalas.

"Cepatlah. Lambat dah ni nak pergi mendaftar. Lepas ni ibu dengan abah kena balik Johor terus ni." Safura mengetap giginya.

Dia begitu asyik melayan perasaannya sehingga lupa tentang hari pentingnya hari ini.

Dia segera menukar pakaian serba hitamnya itu dengan pakaian yang bergantung di dalam almari.
—disarung perlahan baju yang berwarna putih itu.

'Aku tak nak.' air mata itu mengalir lagi.

—namun kali ini, ianya dibiarkan.

Boleh jadi, permulaan sesebuah cerita yang tertulis bukanlah permulaan yang sebenarnya. Mungkin sahaja, ia merupakan pertengahan atau penamat sesebuah cerita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience