Completed
789
?Ok lah. Selamat malam jugak. Jangan lupa baca doa dan mengucap siap-siap sebelum tidur.?
Sejurus selepas pintu bilik Bi ditutup, Lyn terus menikmati burger yang dibeli sambil menonton televisyen. Kebetulan, rancangan kegemaran Lyn sedang bersiaran. Sesudah makan dan mencuci tangan, Lyn kembali duduk di sofa yang berada dihadapan televisyen. Sedang Lyn mengamati rancangan televisyen yang ditonton, Lyn teringat akan sesuatu yang tidak kena berlaku pada Bi semasa perjalanan pulang dari masjid tadi. Lantas, Lyn segera mencapai telefon pintar dan membuka akaun instagram miliknya.
Lyn melihat gambar-gambar yang tertera di laman instagram miliknya. Terpampang juga gambar Bi yang baru diambil di masjid tadi sambil membaca perlahan caption yang dikongsi oleh Bi.
?Maaf wahai lelaki, mohon layan perempuan dengan cara terhormat. Cuba bayangkan kakak atau adik perempuan anda diganggu? Please, mind your ikhtilat!?
Lyn turut melihat gambar-gambar yang dikongsi oleh Bi sebelum ini. Lyn mengenalpasti tiada kata-kata yang memelikkan pada gambar-gambar sebelum ini kecuali hanya yang terdapat pada gambar terbarunya.
?Lyn, kau tak tidur ke semalam?? Soal Bi yang melihat Lyn yang berada di ruang tamu.
?Tidurlah. Cuma tadi aku tak boleh tidur sangatlah. Kau ni, awal bangun!?
?Awal apanya. 5.45 pagi dah. Kau kenapa pulak tak boleh tidur??
?Tak taulah. Sejak kebelakangan ni susah nak tidur.?
?Pagi ni kau ada kelas tak??
?Takda. Kalau tak, bala rasanya.?
?Bala kenapa pulak??
?Yela, nanti aku mengantuk. Kiranya sekejap lagi aku boleh ganti tidur. Haha!? Lyn berseloroh.
Share this novel