BAB 16

Drama Completed 789

?Nak simbah air kat kau. Haih! Nak minumlah. Haus.? Sambil mengambil gelas yang dihulur oleh Bi.

?Kau tau ke dia pernah tegur ke tak? Ye, pada fikiran kita, mereka yang lebih perlu ditegur. Sebenarnya sesiapa pun dah kalau tindakan atau sesuatu yang dibuat tu kelihatan tak manis dipandang, memang lah ada orang yang tegur. Lagipun kau ingat setiap teguran tu dari siapa??

?Dari orang tu lah.? Jawab Bi.

?Ye, tapi kau ingat kalau Allah tak izinkan orang tu untuk tegur kau, dia boleh tegur kau? Manusia ni perantara ja Bi. Dalam apa jua perkara sekalipun, Allah hadirkan sesuatu ni melalui perantara tau. Termasuklah teguran ni.?

?Ni semua pengaruh rakan rakan sebaya.? Ujar Bi.

?Maksud kau?

?Eh, takda apa. Salah aku yang tak dapat nak bezakan antara yang baik dengan yang buruk. Hmm. Bagi aku masa untuk ubah semua ni" Bi membalas sambil memikirkan kata-kata yang diungkapkan oleh sahabatnya, Lyn.

?InshaaAllah, kalau kau ada niat untuk perbaiki diri, Allah akan tunjukkan jalan. Bilnur Naurah tu nama kau kan?" Soal Lyn.

"Ha yela, nama aku."

"Bi, semoga kita sentiasa dianugerahkan dengan cahaya petunjuk. Betul tak Bilnur Naurah ?

?Amboi. Guna nama aku nampak!?

?Cantik maksud nama kau Bi. Bi, sebelum makan, jom selfie! Pastu, post kat IG. Buat caption, alhamdulillah..syukur nikmat pemberian hari ini. Syukur jangan kufur.?

?Kau memang tak habis-habis perli aku kan.?

?Taklah. Saje nak test, kau faham tak apa yang dari tadi aku cakap kat kau.? Lyn sengaja mengusik Bi.

?Ee. Mengada!?

?Eh tapi aku ada satu benda nak minta kat kau ni.?

?Apa dia??

?Post kat IG.?

?Kau tak habis-habis kan??

?Eh betul ni.?

?Kau nak suruh aku buat ayat apa pula kali ni? Nak perli aku lagi??

?Bukan. Kau kongsi satu perkara ni. Nanti kau buatlah balik ayat tu elok-elok. Perempuan ni kalau ada niat nak belajar menundukkan pandangan ke menjaga pandangan tu, didik diri tu dulu untuk kurangkan memuatnaik gambar sendiri kat laman sosial. Lagi-lagi di zaman kemajuan laman sosial ni. Penting ni tau."

?Ok, nanti aku buat, gambar tu aku letak gambar kau. Haha!? Usik Bi.

?Kurang ajoooo.? Balas Lyn sambil cuba menyimbah air digelas tadi ke Bi namun gagal kerana tiada air yang berbaki.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience