Completed
789
?Ok la. Aku nak bersiap. Lambat nanti, kau yang bising.?
Malam itu, sehingga waktu selepas isyak, mereka dan jemaah yang lain memenuhi ruangan masjid yang sememangnya tersedia untuk para jemaah mengimarahkannya. Ada orang tua yang bertongkat, muda belia dan juga kanak-kanak turut memeriahkan suasana. Jemaah dihidangkan dengan pengisian yang menarik berkenaan dengan isu aqidah. Dalam pengisian tersebut, penceramah menekankan akan kepentingan memiliki aqidah yang sahih dan isu-isu yang berkaitan aplikasi aqidah dalam kehidupan seharian. Para jemaah turut menulis beberapa isi-isi penting yang perlu daripada pengisian yang disampaikan. Seusai sesi ceramah, program diteruskan dengan solat isyak secara berjemaah. Selepas selesai solat, para jemaah dihidangkan dengan sedikit jamuan yang disediakan oleh pihak masjid.
?Lyn! Lyn!? Bi memanggil Lyn beberapa kali.
?Apa dia? Kau tak perasan ke aku tengah berborak dengan makcik tu tadi.? Balas Lyn.
?Perasan. Aku ingat kau dah habis sembang dengan makcik tu.?
?Haih, pelik kau ni. Nak kata kau rabun, memang rabun. Haha! Kau tak ikut jamuan tadi ke?? Soal Lyn.
?Dah. Aku minum air ja.?
?Oh. Hah, kenapa panggil aku tadi??
?Mintak tolong sekejap, ambik gambar aku.? Pinta Bi.
?Ambil gambar lagi. Bukan tadi kat dalam kau dah selfie banyak ke? Macam aku tak perasan.?
?Mana ada lah.?
?Ok, maafkan daku kerana memfitnah kamu.? Kata Lyn kepada Bi dalam nada yang cuba menyerupai adegan drama di televisyen.?
?Emm. Memang ada pun. Tapi tak banyak.? Balas Bi dalam nada serba-salah.
Share this novel