192310
20:05
Tap..
Tap..
Tap..
Bunyi tapak kasut berlaga dengan lantai memenuhi ruang tempat letak kereta. Dia jalan mendekati keretanya dengan mata yang masih tertumpu pada isi dalam beg tangan. Menyelongkar isinya untuk mencari kunci kereta.
Sehingga kini, dia tiba dihadapan kereta miliknya, dia masih lagi mencari-cari kunci kereta. Seingatnya, sebelum dia keluar dari rumahnya, dia sempat mencapai kunci kereta dan masukkannya dalam beg.
" Takkan tercicir dekat lift?"
Rungutnya sendirian.
Dia mula berdiri dibelakang kereta. Meletakkan beg yang dia bawa di atas bonet kereta dan dikeluarkan satu persatu isinya sehingga kosong tapi tetap tidak mengubah fakta yang sedia ada. Kunci kereta kesayangannya tiada.
Jam tangan dikerling sekilas.
20:10.
Dia dah lewat sepuluh minit dari waktu yang telah dijanjikan dengan kawan-kawannya.
" Haaa~, naik teksi je lah."
Putusnya semula. Tangannya mula ligat memasukkan kembali barang yang telah dia keluarkan didalam beg. Pasal kunci keretanya yang masih tidak dijumpai, dia akan urusan kan setelah ini atau mungkin esok.
Setelah selesai, dia kembali mengatur langkah menuju ke lift untuk turun ke bawah. Sesaat dia berhenti melangkah untuk menoleh kebelakang. Memerhati ruang tempat letak kenderaan yang sunyi dari suara manusia. Perasaannya tadi seperti ada yang mengikuti gerak langkahnya dan menjadikan dirinya sebagai bahan pemerhatian tapi mungkin hanya mainan perasaan.
Dia kembali melangkah dan perasaan kurang nyaman itu kembali terasa.
Tidak tahu dari mana keyakinan itu datang tapi dia pasti. Memang ada yang mengikuti langkahnya secara diam-diam. Dia melajukan langkahnya. Lift yang biasanya terasa dekat dengannya kini terlalu jauh untuk dia jangkau.
Dia menelan air liurnya. Tekaknya terasa kering tiba-tiba. Dadanya berdebar tanpa sebab yang dia kurang pasti. Peluh dingin mula menampakkan kehadirannya didahinya. Dia menekan butang lift dengan laju tanpa henti.
Berharap pintu lift akan terbuka dengan cepat.
Ting...!
Dia terus sahaja melangkah masuk tanpa banyak bicara sebaik pintu lift terbuka. Tidak menghiraukan seorang lagi pengguna lift yang berdiri di penjuru sebelah kanannya. Tangannya sedikit menggigil menekan butang G1. Perlahan pintu lift mula tertutup tapi sempat dicegah oleh satu tapak tangan yang membuatkan dia tersentak sendiri.
Seorang lelaki sekitar usia 30-an memasuki lift. Kini dia berundur beberapa langkah kebelakang. Memberi ruang untuk si pengguna yang baru sahaja melangkah masuk untuk berdiri.
Dia memilih untuk bersandar di penjuru kiri lift. Melepaskan nafas lega. Dia mula menilik keadaan dirinya di dinnding lift. Membetulkan sedikit kedudukan rambutnya sebelum kembali berdiri seperti biasa.
Keadaan dalam lift itu sunyi.
Dia mula memerhati lelaki yang berdiri di penjuru kanan lift. Bertopi hitam yang hampir menutupi separuh dari wajahnya sedang menunduk dan memainkan telefon ditangan.
Ting..!
Tingkat 5.
Pintu lift terbuka dan lelaki yang masuk bersama dengannya tadi keluar terlebih dahulu. Meninggalkan dirinya dengan seorang pengguna yang berpakaian sedikit aneh.
Lift kembali bergerak turun.
Jam dikerling lagi.
20:15
Baru lima minit berlalu sejak dia mula memasuki lift tapi kenapa dia rasa seperti sudah berpuluh-puluh minit?
Ting..!
Tingkat 3.
Giliran lelaki yang berdiri disebelahnya pula keluar dari lift. Meninggalkan dia berseorangan.
Lift kembali bergerak menuju ke tingkat bawah. Telefon bimbitnya mula dikeluarkan dari beg dan mula menelefon nombor teksi sekaligus menghantar pesanan ringkas pada kawannya.
20:17
Ting..!
Pintu lift dibuka dan dia melangkah keluar. Kakinya terus melangkah menuju ke perhentian bas yang berada tidak jauh dari aparment yang dia duduki. Duduk dengan tenang menunggu teksi yang telah dipesan untuk tiba.
20:30
Sebuah teksi berhenti dihadapannya membuat dia terus bangun dari duduk dan masuk ke dalam perut teksi. Perlahan, teksi itu bergerak semula. Meninggalkan tempat itu menuju ke tempat yang telah diberitahu.
20:40
Sebuah lagi teksi tiba dihadapan perhentian bas. Pemandu teksi tersebut memandang kawasan sekitar. Mencari seseorang yang telah meminta perkhidmatan teksinya.
" Aku tak salah tempatkan? Mungkin orangnya lambat lagi turun. Takpelah tunggu lagi lima minit tak masalah rasanya."
.
.
.
.
Raisha Ishbek. Berusia 26 tahun. Seorang pensyarah di sebuah kolej swasta dikatakan hilang pada Oktober 23.
Raisha yang sepatutnya menghadiri acara makan malam bersama dengan empat lagi rakannya pada jam 20:00 tidak dapat dihubungi semenjak jam 20:50.
Dikatakan, Raisha sempat menghubungi salah seorang rakannya melalui aplikasi WhatsApp untuk mengkhabarkan bahawa dia berkemungkinan akan tiba sedikit lambat dari waktu yang telah dijanjikan pada jam 20:17 sebelum kembali ditelefon oleh salah satu dari mereka disebabkan Raisha tidak memunculkan diri.
.
.
.
.
Seorang lelaki berpakaian serba putih dari t-shirt hingga kasut, duduk dengan tenang dikerusi plastik dipenjuru bilik tanpa tingkap kecuali satu ruang udara yang berada berada tinggi diatas kepala subjeknya.
Dia memandang dengan raut wajah datar pada subjek yang duduk memeluk lutut di lantai dengan kaki dan tangannya di rantai. Dia hanya memerhati keadaan subjeknya yang masih memakai pakaian yang terakhir sebelum dia dibawa ke sini tanpa senyuman.
Pandangan matanya tajam tanpa berkelip memandang subjeknya yang menggigil menahan ketakutannya.
" Haaa..."
Lelaki itu bangun dari duduknya. Berdiri tegak buat sedetik sebelum melangkah mendekati subjek yang diperhatikan sejak beberapa jam yang lalu.
Dia mencangkung disebelah subjeknya yang cuba menjauhkan diri darinya. Terdengar bunyi bising yang berasal dari rantai besi yang melingkar panjang disekitar subjeknya hasil dari pergerakan yang dilakukan olehnya.
Sekilas dia tersenyum tipis.
Jarinya terangkat untuk menyentuh wajah subjeknya. Menyelak dengan lembut dan perlahan rambut yang menghalang menghalang wajah cantik subjeknya.
Comot.
Air mata dan peluh menjadi punca make up yang digunakan menjadi luntur dan mengotori wajahnya. Belum lagi luka lebam serta kesan darah yang mengering yang tidak dicuci berada disekitar wajahnya.
Senyuman dibibirnya mula mengembang. Namun, hanya untuk beberapa detik sebelum dia kembali mengekalkan wajah datarnya dan bangun. Berjalan keluar dari bilik kurungan meninggalkan subjek yang disimpan.
Selang beberapa minit dia kembali. Bukan dengan tangan kosong seperti mula-mula dia datang ke bilik ini. Kali ini dia membawa sebuah mangkuk besar yang dipenuhi air bersih serta sebuah tuala kecil.
Dia kembali mendekati subjeknya. Kali ini dengan penuh prihatin dia membersihkan kaki subjeknya yang kotor diikuti dengan tangan dan berakhir dengan wajah.
Lembut dan berhati-hati.
" Kau tahu hari ni berapa hari bulan?"
Perlahan subjeknya menggelengkan kepala.
" Hari ni dah 25 Oktober."
Sunyi kembali menyelimuti mereka berdua sebelum dia kembali bersuara.
" Itu bermakna dah...satu...dua...tiga harilah kan kau hilang dari publik."
Subjeknya hanya mendiamkan diri.
" Tak sangkakan. Sampai hari ni mereka masih tak jumpa kau."
Suara gelak halus keluar dari mulutnya.
" Kau tak payah risau sangat. Tak lama lagi diorang akan jumpa kau dan aku akan pastikan itu."
Dia berhenti dari mengelap. Wajah bersih subjeknya dipandang dengan tajam. Wajah ketakutan yang paling disukai sekarang terlakar di wajah itu. Wajah yang sentiasa tersenyum ramah pada setiap orang disekelilingnya.
" Aku lebih suka muka kau yang macam ni. Cantik."
Dia kembali berdiri dengan semangkuk air yang dibawanya. Dia kembali berjalan keluar dari ruang itu tapi kali ini dia tidak kembali lagi.
.
.
.
.
21:00
Pintu bilik yang tertutup sejak beberapa jam yang lalu kembali terbuka dan itu berjaya menarik perhatiannya dari terus terlelap dalam keadaan duduk.
Lelaki yang sama dengan pakaian yang sama kembali memasuki bilik ini. Di kiri kanannya penuh dengan alatan yang dia yakin adalah alat lukisan. Dia hanya memerhati lelaki itu menyediakan alatan itu tanpa bertanya sedikit pun.
Otaknya mula bekerja dengan segala teka teki yang berada dimindanya.
" Oh, Kau dah bangun. Selamat malam."
Satu senyuman hangat terlukis dibibir lelaki itu. Senyuman yang dalam diam dia muak untuk melihatnya. Senyuman yang penuh dengan segala rancangan.
" Malam ni kau akan jadi model aku dan lepas tu kau bebas. Kau tak akan kembali lagi ke sini."
Setelah mengucapkan kata-kata itu, lelaki itu kembali berjalan keluar. Selang beberapa minit yang dia sendiri tidak pasti berapa jumlahnya, lelaki itu muncul kembali.
Kali ini dia membawa sebuah penukul bersaiz sederhana dengan sebuah gergagi. Matanya membulat bila melihat alat itu.
Tekaknya mula terasa perit. Air matanya kembali membasahi pipinya. Perlahan dia menggelengkan kepalanya. Dia tahu dan sedar apa yang akan dilakukan oleh lelaki ini padanya dalam waktu terdekat ini. Dia juga sedar akan maksud bebas yang diberitahu oleh lelaki ini sebentar tadi.
Tak. Bukan kebebasan ini yang dia inginkan. Dia masih ingin berjumpa dengan kawan-kawannya dan ahli keluarganya diluar sana. Menghirup udara segar dan menikmati setiap kehidupannya sebagai seorang manusia dimuka bumi ini.
Bukan kebebasan yang membawa maut.
" To...ttoo...toloongg..." Bergetar suaranya keluar dari mulutnya. Hampir berbisik tapi berjaya ditangkap oleh lelaki itu.
" Sabar. Aku sedang cuba untuk tolong kau. Kan aku dah kata tadi aku akan bebaskan kau tapi selepas kau jadi model aku."
Kletang...!
Bunyi penukul dan gergagi yang diletakkan dilantai dengan kasar berdekatan dengannya membuatkan dia semakin dirundung ketakutan yang teramat.
Bibirnya mula mengeluarkan suara esakan serta jeritan meminta tolong walaupun dia tahu tiada yang akan mendengar dan berlari menolongnya disini. Selama hampir tiga hari dia dikurung disini dia yakin, dia sekarang berada disebuah kawasan terpencil atau bahkan kawasan yang sangat sukar untuk dijejaki oleh sesiapapun.
" Tolonglah...aa...aku...mo...hon...le...lepaskan... aku...tolong..." Dia merayu. Dengan segala usaha dia mula bergerak dari kedudukannya. Bersujud, merayu pada lelaki yang berdiri dihadapannya ini tidak melakukan perkara yang berada dibayangannya.
Sudah cukup dia dibawa ke tempat yang dia sendiri tidak tahu dimana secara paksa. Cukup selama dia berada disini dia diseksa secara mental dan fizikal. Cukup.
Lelaki itu hanya diam. Memandang kosong pada subjeknya yang masih bersujud padanya. Merayu dan memohon dalam tangisan ketakutan.
Dia mengalihkan matanya pada alatan lukisan yang dia bawa sebelum kembali memandang subjeknya kembali. Dia menunduk. Mencapai sebuah penukul yang tergeletak dilantai.
Dia mendekati subjeknya dan berdiri tegak dihadapan subjeknya yang belum mengangkatkan kepalanya dengan menyisakan sedikit ruang untuk dia melihat wajah subjeknya bila mendongak kearahnya.
Penukul ditangan mula diangkat tinggi. Bersedia untuk dihayun pada bila-bila masa saja.
" Angkat kepala." Suaranya perlahan tapi penuh dengan ancaman. Hampir seperti berbisik tapi masih dapat didengar jelas oleh subjeknya yang masih menundukkan kepala padanya. Memohon dalam tangisan supaya dia tidak dilenyapkan.
Sebuah lagu yang sungguh menyenangkan untuk dia dengar.
" Aku kata angkat kepala kau!!" Dia menengking. Terlihat jelas getaran dibahu subjeknya. Subjeknya ketakutan.
Perlahan dan teragak-agak kepala subjeknya mula terangkat tapi tidak memandang ke arahnya. Subjeknya lebih memilih untuk menundukkan kepalanya daripada melihat kearahnya.
Satu keadaan yang paling dibenci.
" Pandang aku." Bukan pandangan yang dia dapat dari subjeknya tapi gelengan kepala. Membuatkan dia semakin membenci subjek yang telah menjadi perhatiannya sejak beberapa hari terakhir ini.
Penukul dihayun dengan kuat.
Prankkkk!
Bunyi sesuatu retak.
Bughhhhh!!
Tubuh subjeknya jatuh. Terbaring dengan darah yang mengalir dari kepala. Dia memandang pada tubuh subjeknya yang masih terlihat bergerak-gerak sebelum kaku.
Dia mengelap sisa darah yang terkena pada wajahnya menggunakan hujung lengan baju putihnya yang terkena percikan darah subjeknya.
Penukul yang digunakan dipandang buat seketika sebelum dibawa mendekati hidungnya. Satu tarikan nafas ditarik sebelum dilepaskan. Sebuah senyuman terukir dibibirnya.
Bau darah yang sungguh menyenangkan.
Dia kembali memandang tubuh itu. Kakinya melangkah dan tangannya mula menarik rantai besi yang masih bersambung pada tangan subjeknya.
Bersusah payah dia mula menarik subjeknya pada kedudukan yang sepatutnya. Dia menyandarkan subjeknya pada dinding dalam keadaan duduk.
Kedua kaki subjeknya diluruskan. Tangan subjeknya pula diluruskan dikedua belah sisi. Dia membetulkan sedikit kedudukan kepala dan rambut subjeknya. Menampakkan sisi wajah subjeknya yang telah dipenuhi dengan darah.
Setelah puas dengan segalanya dia bangun dan berlari kecil menuju ke tempat dia meletakkan segala barang lukisannya. Dia duduk dengan tenang di kerusi yang dia sediakan dengan senyuman yang tidak pernah lepas dari bibirnya.
Tangannya mula ligat. Ligat melukis subjek yang telah dia sediakan dengan susah payah. Bukan mudah untuk dia dapatkan subjek yang merupakan ilham kepada hasil karyanya itu.
Jadi dia memang tidak akan sekali-kali menyia-nyiakan subjeknya yang telah berkorban untuk dia menyiapkan lukisannya.
.
.
.
.
.
Persoalan setelah selesai melukis...
Apa yang perlu aku buat dengan subjek ni?
.
.
.
.
.
Dikerat lima menjadi sebuah berita panas pada pagi Ahad, 26 Oktober, apabila satu badan mayat tanpa kepala kaki dan tangan ditemui di dalam sebuah tong sampah di sekitar kediaman S.
Ramai pihak yang mula membuat pelbagai jenis spekulasi mengenai mayat yang dijumpai. Antaranya adalah mayat yang ditemui itu dipercayai milik seorang wanita yang hilang sejak 23 haribulan lalu dan ada juga beberapa dari mereka mengatakan bahawa ini adalah kes pembunuhan yang dilakukan oleh orang yang tidak berperikemanusiaan.
Lebih tepat, mungkin pembunuhan berantai.
Namun, pihak polis masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubungan dengan penemuan mayat tersebut. Pihak polis menasihatkan supaya penduduk dan semua rakyat dinegara supaya lebih berhati-hati tidak kira bila dan dimana anda berada.
Itu adalah isu hangat yang sedang beredar disetiap layar tv, akhbar, dan internet.
Dia hanya berdiam diri tanpa reaksi. Memakan makanan dengan tenang diwaktu tengahari tanpa mempedulikan berita yang sedang hangat.
Baginya berita yang tiada kaitan dengan dirinya bukan suatu kepentingan.
" Berapa lama pun korang cari bahagian yang hilang memang takkan pernah jumpa."
Gumamnya sendirian dengan mata yang masih melekat pada makanan diatas pinggangnya bersama sebuah senyuman.
Share this novel