03

Crime Series 544

Kali ini, biar aku beritahu alasan disebalik nama Ilham dan Subjek.

1) Ini adalah cerita yang berdasarkan subjek. Bukan setiap hari akan dipostkan pada anda semua sebagai bahan bacaan. Bila subjek itu ada maka, aku mempunyai ilham untuk membuat satu lagi karya baru dibawah tajuk ini.  Begitu juga sebaliknya.

2) Ini merupakan sebuah koleksi peribadi. Aku mempunyai dan menghadapi pelbagai masalah untuk mengeluarkan Ilham dan Subjek untuk dijadikan bahan bacaan.

3) Setiap subjek akan bertukar mengikut hari, minggu, bulan dan juga tahun ( bergantung kepada situasi subjek itu sendiri ). Semuanya dipilih secara random untuk aku gunakan supaya dapat menghasilkan sebuah karya yang memuaskan hati aku.

4) Cerita ini tidak mempunyai jalan cerita yang tetap. Semuanya hanya berkisahkan tentang subjek yang aku simpan untuk dijadikan ilham supaya aku dapat berkarya. Namun, masih lagi dibawah topik yang aku pilih. Kematian dan pembunuhan.

5) Sejujurnya. Aku masih ragu-ragu untuk mengeluarkan koleksi-koleksi ini pada semua. Kenapa? Anda sendiri dapat memikirkannya.

7) Pengakhiran cerita? Mungkin tidak akan pernah wujud pengakhiran untuk cerita ini. Melainkan, aku telah tiada minat untuk bergelumang dengan subjek dan cecair yang berwarna merah. Maka, dengan sendirinya aku akan menulis perkataan 'AKU MENYERAH' pada penghujung cerita.

8) Tanpa subjek maka ilham tidak akan wujud. Manakala tanpa ilham maka subjek tidak akan dapat digunakan.

9) Seperti biasa perkara nombor 6 bukannya sengaja aku lupakan tapi lebih kepada sengaja aku padam disebabkan oleh alasan tertentu.

10) Bila ada Subjek 1 dan 2 maka akan timbul subjek yang seterusnya. Bila dan bagaimana kisahnya? Terserah. Selagi aku tidak menyerah. Maka semuanya tidak mustahil. Bila-bila masa, Ilham dan Subjek akan muncul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience