Completed
                        
4214
                    Dah seminggu aku menjaga Iqram...aku sentiasa menemani Iqram semasa buat chemo...dan itu membuatkan rasa simpati dalam diri aku semakin besar...aku sentiasa menangis melihat Iqram menahan sakitnya ketika membuat chemo...
Di pejabat...
Izzi: Iqram...awak datang pejabat? Awk kan tak sihat?
Iqram: Saya okay lah...lagipun saya bosan duduk rumah...banyak kerja kena settlekan...tak apa lah...awak kan ada untuk jaga saya...hehe...
Izzi: Yelah Encik Iqram oi...ubat tu jangan lupa makan...jangan terlambat sesaat pun...
Iqram: Okay boss... (Buat gaya salute)...hahaha...
Izzi: Hahaha...
Lina: Izzi...ada orang nak jumpa kau dekat luar...
Izzi: Siapa?
Lina: Entah lah...lelaki...handsome jugak...hehe...
Izzi: Ish...gatal kau ni...anak-anak dekat rumah tu jangan lupa...hahaha...
Lina: Eleh kau ni...orang gurau je...
Izzi: Hahaha...okay...okay...aku keluar jap tau...
Di luar pejabat...
Izzi: Harris?
Harris: Aku datang sini nak bagitahu...malam ni aku dan mummy nak datang rumah kau...aku dah bagitahu mak dan abah kau...aku bagitahu kau sebab aku nak kau balik awal nanti...
Izzi: Oh...ye...mak aku dah bagitahu aku pagi tadi...kau nak buat apa datang rumah aku?
Harris: Ada masalah yang harus diselesaikan...tunggu je lah malam ni...
Izzi: Okay...dah lah...aku masuk dulu...ada banyak kerja ni...
Harris: Aku tahu kau marah aku...kau nak larikan diri dari aku...aku minta maaf...
Izzi: Ish...mana ada...aku ada kerja ni...bai... (Masuk pejabat).
Iqram: Awak pergi mana?
Izzi: Oh...jumpa Harris dekat luar...awak...malam ni...awak sibuk tak?
Iqram: Ehm...tak...kenapa?
Izzi: Datang rumah saya malam ni...ada hal nak bagitahu...
Iqram: Rumah awak? Baru first time nak pergi ni...hehe...nak jumpa bakal pak and mak mertua...hahaha... (Bergurau).
Izzi: Hahaha...ada-ada je lah awak ni...see you tonight k...
Iqram: Okay...
                  * * * * * * * * * * * *
Mak, abah, mummy, Harris, Iqram dan aku berkumpul di ruang tamu...masing-masing muka serius je...
Izzi: Dah kenapa semua senyap je?
Mak: Harris...mak rasa...kamu kena cakap sekarang...
Harris: (Diam)...
Izzi: Kau nak cakap ape? Diam je dari tadi...kalau korang semua tak nak bersuara...biar Izzi yang bersuara...Izzi dah buat keputusan...yang Izzi nak terima Iqram jadi suami Izzi...
Semua terkejut...pandang aku...
Iqram: Puteri! (Terkejut)...maaf makcik pakcik...saya rasa Puteri salah cakap...
Izzi: Tak...saya tak salah cakap...awak pernah ajak saya kahwin kan...jadi saya terima lamaran awak itu...saya sudi jadi isteri awak...
Iqram: Sekejap ye semua... (Tarik aku pergi tepi tangga)...apa awak merepek ni? Awak buat keputusan macam ni sebab awak kesian dekat saya kan?
Izzi: (Terdiam)...saya nak jaga awak...saya tak nak awak keseorangan...kalau awak sayang saya...awak diam je...awak ikut je ape keputusan saya... (Tarik Iqram pergi ke ruang tamu semula).
Abah: Apa yang Izzi cakap ni? Izzi tak boleh berkahwin dengan Iqram! (Marah).
Izzi: Kenapa? Kenapa tak boleh? Izzi tahu mak dan abah nak kahwinkan Izzi dengan Harris kan...sebab tu Harris datang sini malam ni...kan Harris kan?
Harris: (Tunduk diam)...
Mummy: Harris...kenapa kamu diam...cakap lah dekat Izzi perkara sebenar...
Izzi: Perkara sebenar? Apa dia!
Abah: Kalau Harris tak nak cakap...biar abah yang cakap...sebenarnya...kamu dan Harris...
Izzi: Izzi dan Harris suami isteri yang sah...kan?
Abah: Kamu dah tahu? Tapi apa pun itulah kenyataannya...semasa kamu alami kejutan di sebabkan kemalangan dahulu...kamu anggap Harris adalah Farris...
Izzi: Ye...korang semua dah cerita semua tu...
Abah: Tapi...Harris tak nak bagitahu kamu yang kamu berdua dah kahwin...kamu yang paksa dia kahwin dengan kamu...sebab kamu anggap dia Farris...Harris terima...dan dia jaga kamu...selepas kamu dah dapat terima kenyataan...kamu ingat semula yang dia adalah Harris bukan Farris...Harris tak bagitahu kamu yang kamu isteri dia sebab dia tak nak kamu dapat kejutan yang teruk...setahun lebih dia cuba cari peluang bagitahu kamu...tapi...kamu tak pernah nak dengar...
Izzi: Tak...tak mungkin...Harris...kenapa kau buat aku macam ni!
Iqram: Sabar Puteri...mungkin memang dah tertulis jodoh awak dengan Harris...Hargghhhhh! sakitnya...kepala saya sakit... (Tiba-tiba kepala Iqram sakit)...tolong saya Puteri... (Pengsan).
Semua terkejut...semua tolong Iqram...
Abah: Telefon ambulance...
Izzi: Harris...kenapa kau masih diam...kenapa abah yang cerita semuanya...bukan kau...dah lama aku tunggu kau berterus terang dengan aku...sebenarnya...aku dah tahu yang kita dah berkahwin 3 bulan yang lepas...aku terjumpa sijil nikah dan cincin kahwin dalam laci bilik kau...tapi...kenapa kau tak cakap...aku tahu dan aku perasan setiap kali kita berdua...kau nak bagitahu tapi kau selalu tak jadi nak bagitahu...aku tunggu dan terus menunggu...tapi kau masih memilih untuk berdiam...jadi aku bawak Iqram ke rumah untuk lihat sejauh mana kesabaran kau untuk mendiamkan diri...
Mak: Ambulance dah sampai...
Ambulance pun bawak Iqram pergi Hospital...aku ikut sekali naik ambulance...
Izzi: Iqram...bangun Iqram... (Gerak-gerak kan badan Iqram).
Iqram: (Buka mata dalam keadaan lemah).
Dr : Pesakit semakin kritikal...hubungi Dr Kyle...dia yang bertanggungjawab tentang maklumat pesakit ini... (Sambil memasang segala wayar dan mesin pernafasan dekat Iqram).
Izzi: Iqram...saya minta maaf...sebab saya libatkan awak dalam masalah ini...memang saya dah buat keputusan nak kahwin dengan awak selepas Harris ceraikan saya nanti...
Di Hospital...
Dr Kyle: Puteri...keadaan Iqram semakin teruk...kita hanya mampu berdoa dan berserah...
Izzi: Boleh saya masuk jumpa dia...
Dr Kyle: Silakan...
Di dalam bilik ICU...
Izzi: Iqram...awak harus kuat...kalau awak nak kahwin dengan saya...awak kena bangun...jangan buat saya rasa bersalah...jangan buat saya jadi pembunuh untuk kali kedua...tolong Iqram... (Nangis).
Harris: Izzi...
Izzi: Kau buat apa dekat sini lagi...tak puas ke dengan penipuan kau selama ini...kalau kau terus terang dari awal lagi...perkara tak akan jadi susah macam ni...
Harris: Aku minta maaf...aku lemah...setiap kali aku nak bagitahu kau perkara sebenar...aku jadi takut...takut kau marah dan tinggalkan aku...
Izzi: Aku dah tak nak dengar semua tu...Aku nak kau ceraikan aku sekarang jugak! aku nak berkahwin dengan Iqram...aku dah janji nak jaga dia...dia sakit...selama ni pun...dia yang selalu ambil berat tentang aku...mana suami aku? Mana lelaki yang tak pernah nak mengaku suami aku?
Harris: (Nangis)...Aku ada...aku sentiasa ada di sisi kau...tapi kalau ini yang kau nak...ini yang buat kau bahagia...aku terima...sebab aku sayang kan kau...aku harap kau bahagia dengan Iqram...PUTERI IZZIRINA BINTI KAMAL...AKU CERAIKAN KAU DENGAN TALAK SATU... (Terus keluar tanpa memandang aku)...
Izzi: (Menangis)...maafkan aku Harris...aku tak boleh terima kau sebagai suami aku...sebab aku dah perrnah berjanji dengan Farris...
Flashback-----à
Farris: Awak...kalau saya dah tak ada nanti...saya nak awak teruskan hidup awak...saya nak awak cari pengganti saya dan bina keluarga bahagia...
Izzi: Kenapa cakap macam ni? Saya nak hidup dengan awak je...
Farris: Saya nak awak janji...cakap dulu awak janji...
Izzi: Ye...saya janji...
Farris: Saya boleh terima awak kahwin dengan sesiapa sahaja...tetapi...bukan dengan Harris...
Izzi: Harris? adik awak?
Farris: Ye...Harris...dia kembar saya...saya tak mahu awak hidup dengan dia sebab saya tak mahu awak anggap dia adalah saya...awak janji dengan saya?
Izzi: Yelah...saya janji...dia kan bakal adik ipar saya...walau kita tak berjodoh sekalipun...saya tetap anggap Harris sebagai sahabat saya...sahabat sahaja... (Senyum)...
Izzi: Maafkan aku Harris...disebabkan aku...kau menderita...kau berhak untuk dapatkan gadis lebih baik daripada aku... (Nangis).
Iqram: Puteri... (Dalam keadaan lemah sangat)...(Bukak alat pernafasan)...saya...sayangkan awak....saya...minta...maaf...sebab...saya...susah...kan...awak...saya minta maaf sebab saya hadir di antara awak dan Harris...saya...tahu...hidup...saya...dah...tak...lama...
Izzi: Iqram...jangan cakap macam tu...awak akan sembuh...kita akan berkahwin... (Air mata mengalir).
BERSAMBUNG...
Share this novel