Completed
4214
Keesokkan Harinya...
Izzi: Wei Lina...mana boss? Aku tak nampak dia pun hari ni?
Lina: Aku tak pasti lah...tadi aku call dia...tapi tak dapat...
Izzi: Yeke? Dia okay ke tak eh? (Risau).
“jadikan...” (Ringtone).
Izzi: Hello...
Unknown: Hello...boleh tak awak datang ke Hospital Besar Kuala Lumpur sekarang...
Izzi: Hah? Hospital? Ini siapa? Siapa yang sakit?
Unknown: Awak datang je dulu...nanti awak akan tahu...
* * * * * * * * * * * *
Dekat kaunter hospital...datang seorang lelaki ke arah Izzi...
Dr.Kyle: Awak Puteri ke?
Izzi: Puteri? Dia panggil aku Puteri? (Dalam hati)...Ye saya Puteri Izzirina...kenapa ye?
Dr Kyle: Saya yang telefon awak tadi...mari ikut saya...
Dalam bilik Dr Kyle...
Izzi: Kenapa doktor?
Dr Kyle: Kyle...panggil saya Dr. Kyle...
Izzi: Doktor Kyle...kenapa? Ada ahli keluarga saya yang sakit ke?
Dr Kyle: Dia bukan ahli keluarga awak...tapi awak adalah ahli keluarga dalam hati dia...
Izzi: Dia? Siapa dia?
Dr Kyle: Iqram Mikail...awak kenal dia kan?
Izzi: Ohhh...dia boss saya? Kenapa? Dia sakit ke? Mana dia?
Dr Kyle: Saya dapat nombor awak dari telefon dia...untuk pengetahuan awak...dia tak ada family...dia tinggal seorang...dia panggil-panggil nama Puteri...jadi...saya ambil telefon dia...saya cari nama Puteri...nasib ada satu je Puteri...itu yang saya call...
Izzi: Iqram...kenapa dengan Iqram?
Dr Kyle: Jom...saya bawak awak jumpa dia...
Depan wad 3202 tertera nama Iqram Mikali...Iqram Mikail dalam keadaan yang lemah...terbaring...dengan alat pernafasan dan segala wayar-wayar di badannya...
Izzi: Iqram...kenapa dengan dia? (Terkejut).
Dr Kyle: Sebenarnya...ini rahsia kami berdua...saya bukan sahaja doktor peribadi dia...tapi saya jugak kawan baik dia dari rumah anak yatim lagi...dia menghidapi kanser otak tahap empat...sepatutnya dah lama dia tinggalkan kita...tetapi sejak setahun yang lepas ni...sejak dia jumpa awak...dia dapat lawan sakit dia...dia nampak happy je...selalu dia datang buat chemotheraphy...dia cakap dengan saya dia nak hidup sebab dia nak berkahwin dengan gadis yang dia suka iaitu Puteri Izzirina...ye...dia selalu cerita mengenai awak bila berjumpa dengan saya...malam semalam dia datang ke sini...dia mengalami sakit kepala yang teruk...jadi saya tahan dia dekat wad ni...keadaan dia makin teruk...dia dapat hidup dalam masa 3 hingga 6 bulan sahaja lagi...tapi itu semua kuasa Allah kan...tiada siapa yang tahu...
Izzi: 3-6 bulan? (Teringat balik masa Iqram ajak aku kahwin...patut lah dia mintak 3-6 bulan je).
Dr Kyle: Ye...dia jugak ada cerita dekat saya yang dia ajak awak kahwin...tapi awak tolak sebab terkejut...dia pun rasa bersalah sangat sebab ajak awak kahwin mengejut...dia nak awak yang jaga dia sampai dia hembus nafas terakhir dia...tu yang dia cakap dengan saya...
Izzi: (Nangis)...Boleh saya masuk jumpa dia...
Dr Kyle: Boleh...tapi dia sedang tidur...sebab saya bagi ubat tahan sakit...
Dalam wad Iqram...Izzi duduk dekat tepi katil Iqram...
Izzi: Iqram...saya tak sangka dalam diri awak yang ceria...yang selalu ambil berat tentang saya...yang selalu bergurau dengan saya...awak sebenarnya sakit...saya minta maaf sebab saya tak tahu...saya minta maaf sebab saya buat awak semakin sakit...saya tahu awak kuat...awak harus bangun...sihat seperti selalu....saya akan jaga awak di sini...saya janji...
Keesokkan paginya...
Iqram: (Buka mata)... (Pandang tepi...nampak Izzi tidur di sisi dia)...Puteri? macam mana dia boleh ada dekat sini? Kyle...ini mesti kerja dia...
Izzi: (Terbangun)...Iqram...awak dah sedar? Kenapa awak tak bagitahu saya yang awak sakit...awak nak air?
Iqram: (Angguk)... (Selepas minum air)...Macam mana awak tahu?
Izzi: Dr Kyle dah cerita semuanya? Awak tak bersendirian lagi Iqram...awak kan ada saya...saya bukan sahaja pekerja awak tetapi saya jugak kawan awak...awak boleh share dengan saya...
Iqram: Saya tak nak awak berkawan dengan saya kerana simpati...walaupun saya tahu yang saya kejam...saya ajak awak kahwin dan jadikan awak janda dalam beberapa bulan...saya pentingkan diri...saya minta maaf...
Izzi: Awak tak salah lah Iqram...awak berhak untuk hidup bahagia seperti orang lain...awak jangan risau...mulai hari ini...saya akan jaga awak...awak kena kuat...okay?
Iqram: Terima kasih Puteri... (Tersenyum gembira)...
BERSAMBUNG...
Share this novel