Episod 6

Short Story Completed 4214

Keesokkan paginya...

Di kedai makan...restoran mamak tepi bengkel...

Izzi: Wei...kau biasa ke makan dekat sini...sedap wei tandoori chicken dia ni...fuhh...hingga menjilat jari kaki...hahaha...

Harris: Hahaha...aku memang suka makan tandoori dekat sini dengan abang aku...

Izzi: Abang? Oh...kau ada abang...ingatkan anak tunggal emak dan ayah...hahaha...

Harris: Hahaha...aku, abang aku dengan mummy aku je...ayah aku dah lama meninggal dunia...

Izzi: Ya Allah...sorry...aku tak tahu...Wei Harris...kejap ye, aku nak telefon seseorang...

Dekat tepi sinki...aku nak telefon Mr Power...

“Terpulanglah...mahu jadi apa... (Ringtone).

Aku terdengar bunyi ringtone tu dekat je dengan aku...aku nampak Harris pegang telefon...aku tengok senyap-senyap dari belakang...aku ternampak nama Chinta Orkid tertera dekat telefon yang Harris pegang tu...

Izzi: Harris! (Menjerit).

Harris: Oi! Terkejut aku...asal kau ni...tiba-tiba menjerit dekat belakang aku?

Izzi: Kau penipu lah Harris! (Berlari pergi tinggalkan Harris).

Harris: (Buat muka pelik)...Apa masalah perempuan ni...lampu merah ke? Tiba-tiba je marah aku...ish...dah lah telefon aku tertukar dengan abang Farris ni...dia dah lah dekat London seminggu...alamatnya...kena tunggu minggu depan lah...Chinta Orkid? Ni awek chatting dia ni... Ish...lantaklah...aku nak kejar si minah sewel tu dulu...

Harris: Oi...Izzi! tunggulah! (Menjerit panggil Izzi).

Izzi: (Marah) Diam lah kau!

Harris: (Tarik tangan Izzi...nasib ada alas)...oi...kau ni dah kenapa...tiba-tiba je...cuba cerita...apa masalahnya? datang bulan ke?

Izzi: Lepaslah! kau... (Rentap tangan daripada Harris)...aku anggap kau kawan...tapi kau tipu aku bulat-bulat...

Harris: Tipu kau? (Pelik)...tipu apa? Tadi kita makan elok je...tang mana yang aku tipu? Pasal tandoori tu ke? tandoori tu memang sedap kan? Aku tak tipu lah...

Izzi: Kau jangan nak melawak dekat sini lah...selama ni kau chatting dengan aku...tapi kenapa kau tak cakap apa-apa bila jumpa aku...kenapa kau tipu...semalam kau cakap kau pergi luar negara...rupanya...kau ada depan mata aku...aku paling pantang orang tipu aku!

Harris: Wei...jap...sumpah aku tak faham ni wei...

Izzi: Dah lah kau! aku tak nak tengok muka kau lagi! BLAH lah! (Naik motor...terus tinggalkan Harris tercengang seorang diri).

Atas motor...

Izzi: Kenapa? Kenapa Mr Power adalah Harris? Aku tak boleh terima semua ni...aku cintakan Mr Power bukan Harris... (Sambil menangis teresak-esak)...aku harus lupakan Mr Power...dan jugak Harris...aku tak boleh rapat dengan dia lagi...


* * * * * * * * * *

Dalam bilik...

Izzi: (Campak helmet dan bag galas)...Bongok! Harris bongok! Mr Power pun bongok!

(Ringtone berbunyi) nama Harris tertera..........

Izzi: Hello! Kau nak apa lagi!

Mr Power: Awak... (Dengan suara gembira).

Izzi: Kau nak apa lagi! Tak payah berlakon dah!

Mr Power: Awak...awak kenapa ni? kenapa tiba-tiba cakap macam ni? awak okay tak ni?

Izzi: Kau jangan nak ber awak-awak dengan aku...geli tahu tak! Tak payah nak bohong lagi...hentikan je lah...aku tak akan terima kau...

Mr Power: Awak...apa ni? Jangan lah buat saya risau...jangan macam ni...minggu depan saya dah boleh balik Malaysia...saya jumpa awak ye...

Izzi: Ehh dia ni! Nak tipu lagi...sampai bila nak tipu...baru tadi aku jumpa kau...sekarang kau cakap baru nak balik dari luar negara...penipu lah kau... (Ketawa perli).

Mr Power: Awak...saya... (Teettt...teeettt...telefon dimatikan oleh aku).

Izzi: Ish...tak tahu malu betul lah jantan ni...dia dah kantoi...masih nak tipu lagi... (Tumbuk-tumbuk bantal peluk...geram sangat tu).

(Ringtone)...nama tertera...Mr Power...

Izzi: Ish...mamat ni berapa banyak nomborlah dia ada...mungkin dia memang selalu tipu perempuan lah! (Campak telefon). Malaslah nak angkat! (Tutup mata sambil menangis).

BERSAMBUNG...

p/s: Terima kasih kerana sudi membaca. Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Segala persamaan yang terdapat di dalam nama, jalan cerita dan sebagainya hanyalah kebetulan semata-mata. Harap maklum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience