P R O L O G

Drama Completed 685386

KAKINYA melangkah masuk ke dalam sebuah dewan yang sudah siap di hias dengan bunga-bunga yang cantik dan harum sungguh mewah sekali kelihatan keadaan dewan itu lagi sikit sahaja lagi dewan itu akan siap di hias air matanya mulai bertakung di kelopak matanya itu. Ini adalah hari yang langsung dia tidak sangka akan terjadi namun ini semua terjadi pun di sebabkan dirinya juga. jadi buat apa dia perlu sedih sangat?

Sebaik menjejakkan kakinya itu kelihatan Aidan sedang duduk di kerusi bersiap sedia untuk mengakad nikah dan juga seorang wanita sedang duduk di pelamin Safeena merenung adegan itu, bibirnya itu di gigit dia cuba untuk bertahan.

Aidan mulai perasan apabila melihat kelibat Safeena sedang berada di pintu utama pengantin, Safeena cuba berlagak tenang. anak mata Aidan mengekori jejak langkah Safeena.

  “ya Allah aku tak kuat,” bisik hatinya air matanya itu terus di kesat dia terus berjalan meluru ke tempat duduk yang tersedia itu.

Tangan Safeena itu di pegang oleh Fatin,dia tahu kawannya tidak kuat untuk melihat semua ini dan dia tahu Safeena tidak mahu pun sebenarnya melihat semua ini tapi ego! dia ego!

“masih ada masa lagi untuk kau hentikan semua ini Feena,” Fatin bersuara setelah sekian lama berdiam diri. 

Safeena lantas menggeleng kepalanya dia masih berkeras! dia sudah berjanji jadi dia harus tunaikan!

“Mari kita mulakan ya?” suara Tok Kadi itu menyedarkan Aidan yang sedang tepat memandang wajah Safeena.

  “err..y..ya” Aidan terus mengangguk perlahan.

   “Aidan Aqashah bin Tan Sri Sheikh Ahmad aku nikahkan dikau dengan Aira Amanda binti Dato' Izzudin dengan mas kahwinnya Rm 300 ringgit tunai”

Aidan memandang Safeena yang sedang duduk di ruang kerusi jelas raut wajah wanita itu tidak kisah, tapi itu apa yang Aidan nampak walaupun sebenarnya Safeena tidak sanggup melihat semua ini.

  “Aku terima nikahnya Aira Amanda binti Izzudin dengan mas kahwinnya Rm 300 ringgit tunai” balas Aidan.

air matanya yang sudah sekian lama bertakung itu akhirnya jatuh membasahi pipinya itu dia tidak dapat lagi menahan kesedihan yang sedang melanda itu. Ya allah kuat kan lah aku. Tetap lah bersama aku.

DIA YANG KEDUA...

haii jumpa lagi kita! heheh Terima kasih sudi baca novel hairah Stay Tuned untuk Next update ya(≧▽≦)

Share this novel

Esjasz Malek
2021-06-25 19:33:08 

jahatnye Panda.. emosi betul baca novel ni..tpi best..x sabar tggu next bab.. setiap masa cek..kot dah ada yg baru..geram ke Feena..lembik sgt.. please strong Feena..

Peah Mohd Salleh
2021-06-22 21:37:12 

yesss... kejap lagi rahsia besar ko akan terbongkar amanda...terimalh pembalasan c aidan sampai semua org ko bomohkn... feena jaga diri... banyak lg rancangan jahat

Peah Mohd Salleh
2021-06-20 21:50:46 

aduh.. kesian betul ......


NovelPlus Premium

The best ads free experience