BUNYI libasan tali pinggang mulai kedengaran bersama suara menjerit kesakitan dan juga esakkan tangisan kedengaran semakin kuat dia merintih semakin kuat pukulannya itu.
“Ahhhhh! sakit Mak cik jangan pukul feena lagi sakit Mak cik!” Safeena mengerang kesakitan semakin di minta untuk berhenti semakin kuat libasan tali pinggang itu. Mak cik Zura langsung tidak menghiraukan suara Safeena yang terjerit-jerit meminta untuk di hentikan.
“hah!,kau tahu pun sakit! berapa kali aku nak kena cakap dengan kau jangan balik lambat kau ingat rumah aku ni hotel ke apa hah! Sukahati kau nak keluar nak masuk!” Pekik Mak cik Zura.
“f..feena kerja Mak cik semalam Feena ambik kerja lebih masa sebab Pak mail dah minta duit sewa rumah kalau Feena tak kerja siapa nak bayar duit sewa rumah” tergagap-gagap Safeena berkata anak matanya sekejap memandang wajah Mak cik Zura sekejap tempat lain! takut dia ingin berdepan mata dengan Mak Cik Zura.
“Wah² mulut kau boleh tahan ehh?,so selama ni aku dapat hidup sebab belas ihsan kau lah? kalau kau tak der aku tak leh hidup lah ehh? Hey bodoh kau hidup selama ni pun sebab aku tau!” Tengking Mak cik Zura rambut panjang Safeena itu di tarik dengan kuat lalu di hentakan di dinding. Sakit!
air mata semakin laju mengalir membasahi pipinya itu, teresak-esak Safeena menangis.minta di lepaskan namun itu semua tidak langsung akan terjadi.
“b.. bukan t..tu maksud Feena,feena..” belum sempat Safeena menyambung ayatnya itu. satu penampar hinggap di pipinya itu. lalu di tolak Safeena dengan kuat ke dinding sehingga terlantar wanita itu.
"Kalau kau rasa kau dah muak hidup dengan aku,kau boleh pergi dari sini kau ingat aku suka sangat ke tengok muka kau setiap hari hah!“ kakinya itu terus menyepak perut Safeena dengan kuat.
”arghh!!“ jerit Safeena dengan kuat perutnya terasa sakit. Amat sakit!
”tak guna punya budak!“ degus Mak cik Zura lalu terus keluar daripada rumah itu panas membara hatinya setiap kali memandang wajah Safeena. dan sekarang hanya lah tinggal Safeena yang sedang terlantar di ruang tamu bersama dengan tangisan yang sayup-sayup kedengaran. Perlahan-lahan dia bangun lalu bersandar di dinding air matanya itu tidak berhenti-henti mengalir. Semakin di lap semakin laju air mata itu mengalir.
”kenapa susah sangat nak rasa bahagia,orang macam aku tak layak untuk rasa bahagia ke?“ ujarnya sendiri di kesat air matanya itu.
PERLAHAN-LAHAN dia melabuhkan punggung di katil, perutnya itu di pegang kesakitan masih kuat dapat di rasai. botol yang berisi minyak angin yang berada di atas mejanya itu di capai Safeena melihat seluruh tangannya dan juga kakinya semua mempunyai kesan merah dan juga lebam² luka sebelum ini pun juga ada dia bukan baru kali ni di pukul dah banyak kali dia di pukul kadang-kadang dia pun tak tahu apa salahnya sampai dia di pukul setiap hari.
Safeena terus mencapai botol yang berisi minyak panas itu lalu di sapukan di lengannya sambil mengerang kesakitan. pedih! sakit sangat! Selesai sahaja menyapu minyak terus dia merebahkan badannya di katil. sakit satu badannya di buatnya ingin bangun pun tidak larat.
LANGSIR yang sedang menetupi bilik gelap gelita itu terus di tolak ke tepi oleh Kak siti, sinaran matahari mulai terpancar di mata Aidan. Aidan berdegus geram berapa kali lah dia perlu cakap jangan pernah buka langsir tapi masih tidak faham! Bukan sekali dia cakap tapi berulang kali dia bagitahu.
”kak siti ni pekak ke apa! berapa kali lah nak Aidan cakap jangan buka langsir! sakit mata tahu tak! dan berapa kali nak Aidan bagitahu tak payah bawak masuk makanan ni dalam bilik Aidan!“ Tengking Aidan dengan kuat langsung tiada sifat hormatnya pada Kak siti yang sudah berumur 50 tahun itu.
Terdiam seribu bahasa di buatnya Kak siti apabila di tengking oleh Aidan itu memang lah bukan tak biasa kena marah atau tengking tapi tu lah kali ni kemarahan nya seperti naik mendadak.
”k..kak s..iti minta maaf A..aidan t..tapi Puan Sri yang suruh Kak siti hantar makanan dengan b.. bukak langsir“ tergagap-gagap wanita tua itu berkata.
Wajah Aidan ketat, dingin sahaja melihat lelaki di hadapannya itu, dulang yang berisi makanan dan yang lauk itu di capai lalu di jatuhkan ke lantai.
PRANG..
Pecah pinggan dan mangkuk yang berisi makanan yang di jatuhkan oleh Aidan itu, wajah tidak bersalah di tayangkan!
”Kau pergi keluar ambil kain! lap balik semua makanan ni jangan tinggal sikit pun! Keluar lah!“ Jerit Aidan dengan kuat. Segera wanita tua itu keluar daripada bilik itu dengan tergopoh-gopoh.
”tak faham bahasa betul lah! pekak agaknya bukan sekali aku cakap dah berkali-kali! bodoh!“ degus Aidan dia meraup rambutnya dengan kasar.
”apa bising-bising ni hah Aidan! ,dari bawah lagi Mama dengar kamu ni kenapa!“ marah Puan Sri Zalia dari tadi lagi dia mendengar Aidan terjerit-jerit memarahi seseorang dan dia pasti itu adalah Kak siti !
Aidan meraup rambutnya dengan kasar dia terus melabuhkan punggungnya di katil kembali keluhan kasar di lepaskan. Puan Sri Zalia menggeleng kepalanya itu melihat anak lelakinya itu dia memandang ke arah lantai kelihatan makanan yang di bawa oleh kak siti sudah selamat di cium lantai.
”Boleh tak Aidan berlajar terima takdir yang Allah dah tentukan untuk kita? terima qada dan qadar , bukan Aidan sorang je yang rasa kehilangan Aisy mama pun rasa mama pun sayangkan Aisy“ ngeluh Puan Sri Zalia tidak tahu lagi bagaimana ingin katakan. Aidan bagai batu!
Aidan hanya mengendahkan kata-kata daripada Puan Sri Zalia masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dia langsung tidak ambil tahu kata-kata daripada mamanya itu!
”kalau Arwah Aisy ada sekarang ni pun dia tak suka tengok Aidan macam ni “
”Mama tak faham perasaan Aidan, dia meninggal depan Aidan maa dan waktu tu Aidan cuma dapat tengok je langsung tak buat apa-apa ni semua salah Aidan sebab Aidan Aisy mati“ air mata lelaki itu mulai bertakung di kelopak matanya itu.
Puan Sri Zalia memegang tangan anak lelakinya itu,sayu hatinya melihat Anaknya itu memang sejak kematian Aisy hidup Aidan tidak langsung ter urus.
”Aidan ri..rindu Aisy maa“ bergetar suara lelaki itu wajah manis Aisy mulai terbayang di fikirannya itu.
Rindu! Itu sahajalah yang dapat dia ungkapan!
ORANG ramai mulai berpusu-pusu datang sebaik sahaja khemah meniaga di pacakkan Safeena terus menyusun barang-barang yang harus di jual itu sedang menyusun barang itu. satu suara mulai kedengaran.
”saya nak beli boleh?“ ujar satu suara.
”Encik nak beli apa?,kejap ya saya susun barang sekejap“ Safeena masih tekun menyusun barang.
”saya nak beli hati seseorang boleh?“
”hah hati?“ Safeena terus mengangkat wajahnya kelihatan Adam berada di hadapannya itu. Safeena menggeleng kepalanya manakala Adam hanya ketawa sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
”lahh aku ingatkan siapa tadi, main-main lah kau ni“ Safeena tergelak kecil.
Heheeh- Adam hanya sekadar ketawa tawanya terhenti apabila melihat lengan Safeena penuh dengan kesan pukulan dan dia pasti ini kerja Mak cik Zura! Lengan Safeena itu di capai oleh Adam.
”ehh yang kau ni dah kenapa,“ Safeena menepis tangan Adam yang sedang memegang lengannya itu.
”ehh sorry,ermmm Feena ikut aku jap“
”aku tengah kerja lah Adam mana boleh main pergi je, kenapa kau nak cakap apa? kalau nak cakap apa-apa cakap lah sekarang aku dengar ni“
Adam mengeluh perlahan,dia ke arah Kak Fatimah,dia mula membuat muka sepuluh sen nya seperti biasa. Kak Fatimah hanya mampu mengeluh perlahan. jari-jemari nya itu di susun sambil tersenyum manis. dia berharap termakan lah Kak Fatimah dengan muka comel dia tu! tapi comel ke?
”yer lah, haishh kau ni macam-macam lah sekejap je faham tak!“ tegas Kak Fatimah dia bukan tak biasa dengan perangai Adam yang suka memujuk nya untuk mencuri Safeena sekejap!
”hah Feena jom!“ lengan Safeena terus di tarik oleh Adam. Safeena hanya mampu mengangguk lalu mengikuti jejak langkah Adam itu dia sendiri tidak tahu ingin ke mana.
SAFEENA hairan apabila melihat Adam membawanya di kawasan air terjun,dia memandang ke arah Adam yang di sebelahnya itu.
”kenapa kau bawak aku kat sini?“ Soal Safeena itu lah soalan yang dia ingin tanya dari tadi.
”aku tahu kau stress kan?, mungkin dengan pemandangan ni akan hilangkan stress kau..ermmm err kau kena pukul lagi ke dengan Mak cik Zura?“ Soal Adam.
Senyuman yang mengukir di bibirnya itu serta-merta mati,dia cuba untuk mengawal riak wajahnya itu namun dia gagal. hanya senyuman pudar di tayangkan.
”haishh, kadang-kadang aku pelik lah dengan mak kau tu Feena kau ni anak dia tau tapi boleh pulak dia tak bagi kau panggil dia dengan panggilan ibu? haishh pelik aku kenapa dia tak suka kau“ luah Adam geram sahaja dia dengan Mak cik Zura tu!
”aku nak buat apa lagi kalau dia memang tak suka aku kan?,tak per lah walaupun dia tak sayang aku..aku tetap sayang dia dam walaupun dia tak pernah izinkan aku mengaku dia ibu aku.. tapi aku tetap anggap dia ibu aku sebab dalam dunia ni aku ada dia je dam..“ suaranya mulai serak.
Adam sangat faham dengan Safeena lagipun diorang sudah berkawan dari kecil lagi dari Safeeya ada sampai lah Safeeya meninggal dunia.
”kalau lah boleh tukar nyawa tu, aku nak tukar nyawa aku dengan Feeya buat apa aku hidup kalau cuma keseksaan je yang aku dapat dam. Mak Cik Zura benci aku! kenapa allah tak ambil aku je dam “ akhirnya air matanya itu mengalir perlahan membasahi pipinya esakkan tangisan mulai kedengaran.
"Haishh kau ni apa cakap macam tu,kau sabar lah Feena insyaallah aku percaya satu hari nanti pasti mak kau akan terima kau,aku tahu kau kuat kau bukan perempuan yang lemah“ ujar Adam sambil mengukir senyuman ke arah Safeena.
Safeena mengesat air matanya yang sedang mengalir itu,ya dia kuat! dia takkan sesekali lemah. Safeena membalas senyuman daripada Adam itu.
Safeena mulai sedar yang dia sudah meluahkan segalanya pada Adam, tak pasal-pasal masalahnya juga akan membebankan Adam.
”ehh sorry dam aku terluah pulak kat kau, tiba-tiba je rasa nak luahkan semua“ Safeena tergelak di hujung ayat.
”tak per lah Feena aku akan sentiasa akan dengar masalah kau, kalau ada apa-apa kau cerita je dengan aku jangan pendam sorang je“balas Adam sambil tersenyum.
Tanpa sedar seseorang sedang memerhati mereka iaitu Najwa! Najwa sudah lama menyimpan perasaan pada Adam! dan dia amat membenci Safeena baginya Safeena ni perasaan bagus!
”tak guna betul lah!“ degus Najwa sambil menyorokk di belakang pokok supaya tidak kelihatan.
Safeena membalas senyuman Adam,dia mulai sedar yang dia sudah lama bersembang dengan Adam terus dia bangun meminta diri untuk pulang ke kerja semula kang tak pasal-pasal kak Fatimah membebel !
”kau pergi je lah dulu aku nak duduk sini dulu,ehh“
Safeena pantas mengangguk kepalanya lalu terus beredar, sebaik sedang berjalan seseorang menarik lengannya itu dan itu adalah Najwa.
”ehh Najwa?“ Safeena hairan bagaimana tiba-tiba Najwa berada di situ.
PANG!
satu tamparan melekat di wajah Safeena, Safeena terkejut dengan tindakan Najwa pipinya mulai terasa bahang boleh tahan kuat penampar yang di beri oleh Najwa itu.
”kau ni memang tak guna! tahu tak!“ Pekik Najwa
BERSAMBUNG.......
Share this novel
author.. tolong letak tanda baca. cerita dah best. tapi semput nafas nak bacanya ..