BAB 5

Romance Completed 6580

AKU berlari ke tandas. Sudah dua hari aku tak sedap badan. Segala isi perut aku muntahkan. Pening yang makin menggila membuatkan aku tidak dapat mengawal keseimbangan tubuh dan semuanya kelam.

“Kau ni kenapa tak habis-habis menyusahkan aku?!”

Sayup-sayup aku terdengar suara seorang manusia membebel. Siapa lagi kalau bukan Harriz Nazmi. Aku membuka mata perlahan-lahan. Dia sedang bercekak pinggang memandangku.

“Saya kat mana ni?” Mataku meliar memandang keadaan sekeliling yang sangat asing buatku.

“Kat mana lagi, kat hospitallah! Kau tu kalau kau nak mati ke nak apa ke jangan susahkan hidup aku boleh tak?!” Dia mendengus geram.

“Maaf…” tuturku lemah sambil menahan rasa pening dan mual yang masih belum hilang.

“Maaf maaf! Tu je la yang kau tau kan? Kalau bukan sebab umi yang paksa aku bawak kau datang sini, memang aku biar je kau mereput kat dalam tandas tu!”

Aku menelun liur yang kian rasa berpasir. Aku dah puas menangis dan dah cukup rasa sakit. Apa yang aku dengar tadi hanya sekadar masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan. Telinga ini dah lali dengan kata-kata kesatnya. Aku memicit kepala yang terasa berat.

Tiba-tiba pintu bilik dikuak dari luar dan seorang doktor perempuan menghampiriku sambil tersenyum.

“Puan dah sedar? Ni suami puan ke?”

Aku memandang wajah Harriz yang tidak beriak. Malukah dia untuk mengaku bahawa aku ini isterinya? Teragak-agak aku mengangguk mengiakan pertanyaan doktor itu sebentar tadi.

“Tahniah Encik. Puan Iffah disahkan mengandung dua minggu!” Tersenyum doktor itu menyampaikan berita yang sepatutnya menjadi berita gembira untuk pasangan suami isteri yang lain. Tapi kami?

Aku tersentak. Hatiku bergetar hebat. Harriz memandang wajahku tidak percaya.

“Me…mengandung?” Dia bemonolog sendirian tapi cukup kuat untuk didengari kami berdua.

“Alahan yang dialami Puan Iffah tu sebenarnya normal. Tak ada apa yang perlu dirisaukan. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya mintak diri dulu,” pamit si doktor dan meninggalkan kami berdua di bilik itu.

Aku melihat wajah Harriz yang masih terkejut. Serta-merta aku menjadi takut. Boleh ke Harriz terima anak ini? Macam mana kalau dia nafikan anak yang aku kandung ni anak dia? Sedangkan kedudukan aku sebagai isterinya pun tak pernah dia iktiraf.

Tiba-tiba Harriz bangun dan keluar meinggalkan aku sendirian.

Aku mengusap perutku yang masih kempis. Semua yang berlaku bukan kerana cinta tapi hanya kerana dia rasa tercabar. Aku tak mahu anak ini merasakan kehadirannya tidak dialu-alukan di dunia ini. Ya Allah, Engkau bukakanlah pintu hati Harriz untuk terima anak ini walaupun dia tidak terima aku dalam hidupnya.

“Walau apa pun yang akan berlaku lepas ni, mama akan lindungi baby dengan nyawa mama,” bisikku perlahan.

Umi dan emak meluru masuk dan memelukku erat.

“Tahniah Min! Tak sabarnya umi nak dukung cucu!” Ujar umi dengan nada teruja. Aku hanya tersenyum kelat.

“Mana mak dengan umi tahu? Min tak cakap pape lagi pun.” Aku memandang wajah mak dan umi yang tersenyum lebar. Aku rasa mak dan umilah manusia yang paling gembira saat ini.

“Harriz yang bagitau. Dia ada kat depan tu tadi.”

“Lepas ni kalau Harriz ada flight, Min datang tidur rumah mak. Boleh lah mak tengok-tengokkan Min,” usul emak. Aku tahu cadangan emak tu sebenarnya satu arahan. Tak boleh dibantah.

“Elok jugak tu. Takdelah mak dengan umi risau sangat nanti,” kata umi bersetuju dengan cadangan emak. Aku hanya menurut kerana aku tahu aku tak boleh nak harapkan Harriz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience