BAB 4

Romance Completed 6580

SELESAI sahaja sesi persekolahan, aku terus memandu ke pasaraya untuk membeli barang dapur. Nak harapkan Harriz, memang tak lah! Kalau takde flight, kerjanya tengok tv memanjang. Mengalahkan perempuan!

Sedang aku memilih barangan dapur, aku terlihat satu susuk tubuh yang sangat aku kenal sedang berjalan bersama seorang gadis. Bukan main mesra lagi. Tak mungkin aku salah orang. Mereka berdua menghampiriku.

“Sayang… Ni lah kawan I yang paling baik, Iffah Yasmin,” Harriz memperkenalkan aku kepada wanita yang sedang tersenyum itu. Kawan baik? Aku kawan baik kau?

Huluran tangan gadis itu ku sambut mesra dengan senyuman yang pura-pura. Tangan gadis itu ku genggam sekuat hati hingga berkerut wajahnya menahan kesakitan. Padan muka perempuan miang pengganggu rumah tangga orang!

Gadis bertudung biru itu melepaskan tangannya dari tanganku.

“Apa masalah kau?! Kenapa kasar sangat ni? Kalau patah tangan Athea ni macam mana? Boleh kau ganti? Tangan kau tu belum tentu layak tau nak ganti tangan Athea!” Herdik Harriz tiba-tiba apabila melihat gadis kesayangannya seperti sedang menahan kesakitan.

Berkaca mataku mendengar herdikan Harriz. Apalagi semua mata mula menjeling ke arah kami.

“It’s okay lah Bi. I tak sakit pun! Iffah, sorry okay. Mood Harriz tak berapa baik hari ni,” ujar gadis yang bernama Athea itu dengan nada memujuk.

“Saya mintak diri dulu,” pamitku laju lalu dengan pantas menolak troli menjauhi pasangan sejoli itu. Duhai hati, bertabahlah…

Aku menangis semahu-mahunya apabila tiba di rumah. Sampai hati Harriz buat aku macam ni. Apa salah aku? Kenapa dia benci sangat dengan aku? Kenapa tak habis-habis dia nak sakitkan hati aku? Kalau dia marah aku sebab perkahwinan ni kenapa dia tak ceraikan aku?

Aku pantas meluru ke luar bilik saat mendengar bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah.

“Ceraikan saya!” jeritku sebaik sahaja Harriz masuk ke dalam rumah.

Dia mengerutkan dahi.

“Apa masalah kau ni?”

Aku menumbuk dadanya yang bidang bertalu-talu, melepaskan rasa sakit yang terbuku di hatiku.

“Kenapa awak buat saya macam ni? Ceraikan saya!”

Dia memegang kejap kedua-dua tanganku.

“Ceraikan kau? Dan sakitkan hati umi aku? Memang tak lah! Aku ni walaupun aku jahat dengan kau, tapi aku sedar syurga aku kat bawah kaki umi.

Kau tu, syurga kau kat bawah tapak kaki aku. Hormat sikit!” Nada suaranya yang meninggi membuatkan aku kecut perut.

“Siapa perempuan tu? Apa hubungan awak dengan dia?”

“Tu kekasih aku! Aku dah rancang nak kahwin dengan dia tapi kau dah musnahkan segalanya. Kau buat dia menangis. Kau tu yang perampas sebenarnya!”

“Habis tu kenapa awak setuju jugak nak kahwin dengan saya?”

“Sebab aku akan buat apa saja untuk membahagiakan umi. Termasuklah kahwin dengan kau. Tapi kau jangan pernah mimpi untuk dapat cinta aku. Cinta dan hati aku hanya untuk Athea sorang.”

“Awak dayus!”

“Apa? Kau cakap aku apa? Dayus?!” Sebuah tamparan hinggap di pipiku. Pedih.

Aku betul-betul tidak menyangka Harriz akan mengasariku. Seorang suami yang aku harap untuk melindungiku dan membimbingku sanggup menamparku.

Sedangkan arwah ayah dan emak tak pernah sekalipun menjentikku. Hatiku benar-benar hancur.

“Sekarang ni aku akan buktikan kat kau yang aku ni bukannya lelaki dayus!”

Dia mengheretku masuk ke dalam bilik dan menguncinya dari dalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience