Bayangan Atuk

Short Story Series 230

Adnan beredar dari Jambatan Remban . Hatinya yang luluh dengan kerinduan atuk semakin kuat. Hatinya berkata-kata ,"Atuk kalaulah Adnan tidak pernah jumpa manusia yang baik seperti Atuk , Adnan percaya , Adnan sudah menjadi derhaka terhadap ibu dan abah, pasti Ainan sudahpun dikerja oleh Adnan, pasti Adnan sudah melarikan diri dari keluarga. Astaghfirullah . Itulah kali pertama laungan zikir seorang hamba yang mahu kembali ke jalan yang benar .

Adnan melajukan motornya di sepanjang lebuh raya Remban. Dia tidak sabar untuk pulang ke pangkuan ibu dan abah. Dia masih beruntung kerana sudah melangkaui umur 18 tahun.Kerja tiada , hanya menunggu keputusan SPM.Bermakna si Adnan banyak masa lapang.

Setiba Adnan berhenti di lampu isyarat jalan Sultan Brahim, Adnan melihat seakan-akan gambaran arwah atuknya duduk di kerusi penunggu bas.Atuk ? . Motor Adnan berhenti seketika , dipalingnya kepala ke arah penunggu bas , tiada dia . lampu isyarat berwarna merah,bagi Adnan inilah peluang keemasannya untuk mencari datuk yang dia baru lihat. Adnan masih mencari-cari kelibat Atuknya .Tiada Adnan dia tiada di sini .Dia sudah tiada , apa yang kau imaginasi ni Adnan ?. Dirinya berkata-kata .Astaghfirullaalzim, Adnan menutup matanya sesaat sambil berucap . Hon-hon kereta membingit telinga Adnan , Adnan menyedari lampu isyarat sudah berwarna hijau ,kereta-kereta dibelakang mula mengganas dengan bunyi hon yang pelbagai .

Adnan membelok motornya, sepanjang 200 meter jauh rumah sebelum sampai , Adnan tertanya-tanya , manusia yang sudah meninggal mana mungkin boleh muncul semula di dunia nyata. Adnan menghilangkan pertanyaan itu sejenak . Perumahan jiran-jiran sudah kelihatan di hadapan jalan . Adnan mencari rumahnya disitu. Perumahan Remban Jaya Section 2 , Adnan memasuki lorong di situ , Dia mencari kereta Myvi ,milik abahnya.Ahh , aku sudah pun sampai , syukur . Adnan memberhentikan motornya di hadapan pagar rumah.

"Assalamualaikum, Abah ibu, .Adnan ni . assalamu...belum habis Adnan ucap. Dedaun pintu dibuka oleh kakanya Ainan . Kedengaran bunyi besi pagar memenuhi di ruang parkir kereta.

"Amboi, dah pukul 11 malam baru nak balik ?,Ainan meluru ke pagar luar untuk membuka mangga kunci itu. Adnan terdiam sahaja tanpa menghiraukan Ainan. Ainan menerpa, "Ibu dah tidur kat atas .Abah lagi kat dapur minum kopi.". Oh . Itulah terucap di bibir Adnan.
Adnan memasuki ruang tamu , sejuk dingin di sini , maklumlah abah baru pasang pendingin hawa 3 hari lepas . Abah..oo Abah ..Adnan panggil.

Ye , ape..Abahnya baru sahaja melangkah keluar dari ruang dapur.Adnan terus memeluk bapanya . Abah , Adnan minta maaf untuk segala-galanya, Adnan rindu atuk sampai Adnan nampak arwah dekat penunggu bas Remban . Adnan tak mau lagi dah, Adnan takut, menyesal.Adnan tak mau jadi anak derhaka, cucu derhaka .Kesian kat atuk.Adnan menangis tanda penyesalan, hidung dan mata yang tadinya jernih menjadi merah kemerah-merahan.

Abah memeluk Adnan dan menepuk-nepuk perlahan belakangnya ."Adnan..kenapa boleh jadi sampai begini? .Abah terharu lihat anak lelaki abah menangis .Ini kali pertama abah lihat Adnan nangis selepas lama datuk dah takde.Ingat lagi tak? ."Adnan tak mau ingat perkara lalu , bagi Adnan itu sangat perit nak terima, atuk pun lama dah tiada, ujar Adnan.

Abahnya, memeluk erat anak lelakinya itu .Setelah semua keadaan hampir reda, Abahnya melepaskan pelukkan anaknya.
Dah Adnan, pergilah mandi , baru segar badan tu . Sebelum tidur nanti ambik wuduk baca doa tidur .Nanti tiadalah gangguan bayangan arwah datuk.

Adnan senyum lalu bingkas meluru ke bilik air di atas . Adnan memperlahankan langkah kakinya di tangga supaya ibunya yang tidur tidak terganggu .

Seusai Adnan siap mandi dan membersihkan dirinya, Adnan mengambil wuduk lalu menunaikan solat isyak dan maghrib yang ditinggal olehnya.


••••••••••

Abah memasuki bilik , dilihatnya ibu mengesat air mata nya . Kenapa tu nangis ? , Abah tanya .

"Bile Adnan dah balik ni , ibu dapat rasa Adnan betul-betul nak berubah. Lagipun abang , Adnan tu istimewa orangnya , sebab tu mungkin Ayah pilih dia masa baru umur 8 tahun ? .

"Abah mane tahu, dulu Adnan memang cucu kesayangan Ayah . Bila ayah dah tiada , Adnan mula berubah.Banyak dah perkara buruk yang dia buat. sakit hati pula saya bila terkenang dulu-dulu tu . Tapi anak kan , sape tak kasihan.

"Abang, masa tu sape tak sakit hati kan .Mane Adnan? , dah masuk tidur dah?

"Saya suruh dia pergi mandi, ambik air wuduk sebelum tidur, masa balik tadi .pucat gak muka dia.Terus dia peluk saya , katanya nak berubah .
ahh, abah lupa, Adnan nampak arwah ayah kat stesen penunggu bas. Kenapa tiba-tiba tu?

"Abang? , betul ke? tak mungkin lah abang , arwah kan dah takde , kenapa tiba-tiba boleh muncul? .

" Saya tak tahu juga pasal ni, nasib dia beritahu .Kalau dia nampak lagi tu, kita kena jumpa ustaz tu bawa berubat.


•••••••••

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience