Kehairanan memecah keheningan

Short Story Series 230

" Ding, Ding , Ding" , Adnan terbangun, mata yang kuyup selepas bangun tidur itu digosok dengan lembut, jari jemari Adnan kelihatan seperti jari perempuan .Mungkin lebih mengikuti sebelah ibunya.Adnan lantas menutup alarm nya itu . "Oh , jam dah pukul 8:00, aku lupa tukar masa ,sepatutnya aku bangun sebelum subuh .Bermakna aku sudah terlepas subuh ciss.Adnan diam seketika .Hatinya berkata tidak apa, mungkin ini lumrah permulaan untuk berubah Nan.

Adnan bingkas membangunkan diri dari tilamnya itu , mahu keluar dari bilik katanya tetapi tampak sinaran pagi menembusi jendela biliknya, langsir itu ditarik oleh Adnan , Adnan melihat jiran sebelah sudah berjemur, sibuk dengan kerja .Burung hanya beterbangan di ruang udara yang membiru,Adnan tersenyum sendiri , jauh perbezaan suasana di kampung dan bandar .Alangkah baiknya ...kepala Adnan tiba-tiba diganggu dengan nemori lama , masa itu Adnan masih kecil satu peristiwa yang Adnan tidak pernah lupa, ianya bukan permainan tidur, bukan agenda misteri semata-mata dan bukan bayangan imaginasi.
"peristiwa lalu berputar di kepala Adnan , semuanya kabur . Adnan mendengar suaranya menjerit memanggil Atuk .Jangan , jangan . kakinya menuju ke belakang tanpa disedarinya, air mata keluar dari bola mata Adnan .
Ainan membuka pintu bilik Adnan,Ibu menyuruhnya panggil Adnan turun bawah untuk sarapan. Adnan tidak menyedari kakanya, Ainan di situ .Ainan curiga melihat kelakuan Adnan yang hanya memerhati jendela biliknya , sudah lah pancaran matahari itu terang. Dilihatnya lama-lama .Ainan menepuk bahu Adnan, Adnan menolak kasar tangan Ainan .

Secara tiba-tiba, Adnan bersuara bagai melepaskan kemarahan di hadapan Ainan.

Kau Ainan, kau bunuh atuk, kau peyebab atuk mati, aku masih ingat lagi., Adnan melihat tajam wajah kakaknya .
"Apa yang kau merepek ni ? , atuk meninggal sebab sakit tua Nan .Tiada sapa bunuh dia . kenapa tiba-tiba Nan?.Istighfar banyak-banyak Nan , kalau ye pun kau rindu atuk , jangan sampai begini jadinya , kau akan rosak diri kau sendiri. Ainan memegang kuat lengan Adnan, dia cuba mahu menenangkan situasi di situ .

"Ainan menyebut bismillah, mengusap-usap lengan adiknya Adnan .Adnan berubah semula menjadi dirinya sendiri . Matanya sakit kerana melihat sinaran cahaya terlalu lama .Adnan melihat lengannya dipegang kuat oleh Ainan, lalu dilepasnya eratan itu. Ehh kau ni, malu lah aku kau pegang lengan aku..Adnan menggaru mukanya , Ehh kenapa ada air mata kat muka aku ?, Aku menangis pagi-pagi buta ni ?, Kejap aku kata nak pergi bilik air , kenapa aku masih kat sini ?.Adnan melihat Ainan yang hanya berdiri kehairanan melihat Adnan . Adnan tidak menyedari itu bukan dirinya tadi. Ainan mula menzahirkan perasaan aneh tetapi hanya ditahan dengan wataknya yang selamba itu .

"Ape kau buat kat sini ?, rasenye takde siapa yang bukak pintu bilik aku tadi" .
"Ibu panggil pergi bawah, pergi sarapan. Katanya rindu nak tengok selera kau makan masakan dia .cepat lah kang ibu marah nanti tunggu lama.

Afzan, adik bongsu Ainan dan Adnan memanggil
mereka berdua dari depan bilik.Kakak, angah ibu panggil tu , lama tunggu korang siap kat sini .Adik dah lapar ni .

"Ok baik-baik, Angah nak mandi dulu ",ujar Adnan. Ainan yang masih tercegat disitu keluar dari bilik Adnan .Pintu biliknya ditutup rapat .Ainan menuruni anak tangga bersama Afzan.

Seusai Adnan membersihkan dirinya, Adnan meluru ke dapur , aqma tengah sedia pinggan, Afzan pula sibuk main dengan Oreo, kucing kesayangan biasa lah .Ainan pula, tengah sedia air teh susu dan kopi..Rindu betul, kan baik lagi macam ni kalau ada kak Ed baru gempak,
Adnan tersipu malu sambil mengusap belakang kepalanya, .Apa tidak , sudah sebulan tidak balik rumah . Khabarnya pulang rumah pun masih tertanya-tanya oleh ahli keluarganya.

" Hah Adnan, tadaa..Ibu masak lauk kampung. Suka tak?
"Suka lah ibu, nampak selera.Kalau macam ni ibu tiap-tiap hari masak sedap. gemuk lah Adnan ni.

Permulaan hari pertamanya untuk perubahan agak baik.Keluarga nya tidak nampak marah, selalunya ibu marah kalau Adnan balik lewat malam, tetapi bila ibu tahu keadaan Adnan yang sebenar, Ibu faham anaknya itu perlukan perhatian .


••••••••••

"Ibu, Ainan memanggil ibunya.
Ainan bersuara,
Kakak balik semula kat uni 2 minggu depan, prof bakri kata , lecturer dari Jepun datang kat Uni kakak. Jadi ......, kakak tak dapat pula pergi family gathering yang ibu kata tu .

"takpe lah ain , ibu faham .Aida kerja, Ain pun balik Uni , ibu tak memaksa pun ..baliklah .
nanti ibu beritahu Adnan , Afzan dengan Aqma kita sama-sama hantar pergi Airport.

"Baik ibu, .keluarganya sibuk dengan kerja masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience