Atuk !, Adnan dapat tangkap boboi .Dia sembunyi bawah reban hah . Boboi terlepas dari tangan Adnan .Ketawa kecil atuk terserlah, hatinya bagai dicuit dengan kecomelan dan keanak-anakkan cucu bongsu nya itu .Oh ya, masa tu Afzan belum lahir lagi .Tentulah Adnan cucu lelaki kesayangan atuk .Ainan masa tu 16 tahun, memang segar ingatannya mengimbas kembali cerita lalu .
Rindu nya zaman dulu. Masa budak-budak hari-hari riang ria je.Sekarang bila dah besar , memang semua benda perlu berdalah .Apalah nasib aku ni ya tuhan. Ainan meletakkan semula gambar Adnan yang masih berusia 8 tahun disitu. Tapi....., itulah perkataan terungkap di hati Ainan.''semuanya seakan berubah selepas Atuk meninggal .Masa tu , Adnan umur 14 tahun .besar panjang dah cucu atuk ni, itulah terucap semasa atuk di katil nya . Adnan kecewa sangat .Hatinya sangat hancur , dari situ aku lihat .Adnan tidak seperti dulu .Jika atuk sebagai tempat bermain , ketawa riang .kini tidak lagi .
kawan kaki judi,perempuan dan banyak lagi .itulah tempat segala noda nafsu dan rindunya dilepaskan . Dalam umur masih muda, Adnan bukan seperti remaja lain yang sedap memikul sejadah dan quran di dada itu bukan dia.
Di kala angin sepi meniup malam yang sedang hitam likat . Sekumpulan remaja mula menunjuk hebat di bawah jambatan Remban, bising seolah-olah berpesta, motor-motor tersusun di tepi tiang jambatan . Siapa tahu malam itu perlumbaan haram bakal terjadi .Zarul , mat rempit tegar menegur Adnan yang duduk sendirian mengenang rindunya terhadap atuk .
"Weh, Adnan ? Termenung apa kau ni , .Adnan tersentak. cepat-cepat tangannya menyimpan sekeping gambar arwah atuk dalam poket seluarnya.Asyik-asyik layan tu je kau .Dah lah geng-geng lain dah ready ni. Kau bila lagi nak roger?. Ingat bro, malam ni satu-satunya peluang emas kau nak dapat 1 ribu tau. 1 ribu tu bukan sikit, banyak bro dalam genggaman kau nanti .
Adnan memandang Zarul .Mata Adnan menjadi tajam apabila mengenang pelbagai rentetan peristiwa semasa Zarul menjadikan dirinya hanyut dalam dunia gelap. Adnan terkilan , air mata mula membasahi muka .
Aku...Aku..aku tak boleh , kini air mata Adnan sederas hujan menitik jatuh di atas tanah . Aku tak boleh rul . aku tak nak .aku menyesal. aku nak balik .aku rindu atuk aku .jangan panggil aku ke sini lagi.
Zarul kelihatan marah, di genggam kuat nya baju Adnan ."Kau jangan main-main eh.Aku susah payah pujuk diorang nak berlumba dengan kau , kau blah je macam tu , 1 ribu aku taruh , 1 ribu. Zarul menunjuk tangak telunjuk nya ."Kalau awal-awal lagi kau nak tarik diri , cakap . Jangan hidup kau menyusahkan orang .
Adnan melepaskan tangan Zarul dari bajunya, dilap nya air mata yang masih hangat di pipi dengan lengan bajunya."Menyusahkan orang? Huh .Adnan tersenyum sinis."Bro, kau tak pernah tahu zaman yang aku perlu tempuhi, kau takkan pernah faham. kalau sekadar taruh 1 ribu hanya untuk budak mentah macam aku, tak perlulah .Aku pun tak main dengan taruhan kau .Lagi satu, berapa lama otak kau tak belajar ilmu adab?.
Adnan beredar meninggalkan tempat itu .Motor berwarna biru putih itu semakin hilang di kala belukar yang semakin tebal .
Share this novel