Rania terburu-buru membawa satu plastik berisi buah epal merah. Dia harus segera membayarnya kerana Aulia sudah lama menantinya di rumah. Dia dan Aulia menyewa sebuah rumah. Aulia tertinggal kunci rumah, jadi dia harus menunggu sehingga Rania pulang.
Sewaktu Rania berlari, dia terlanggar sosok tubuh seorang lelaki. Plastik buah epalnya terlepas dari tangan dan mengakibatkan buah epal itu bertaburan.
Rania segera mengutip. Dan lelaki yang dilanggarnya itu juga membantu.
“Terima kasih and sorry,” ucap Rania.
Lelaki itu tersenyum manis padanya. Dia hanya mengangguk.
Sewaktu Rania ingin berlalu sempat lelaki itu memesan, “Hati-hati.”
Rania hanya membalas senyumannya. Dia sudah tiada masa untuk berborak lama. Dia tidak suka membuat Aulia ternanti-nanti.
Sebaik membayar di kaunter, Rania terus keluar dari pasar raya itu.
“MAAF Lia, aku singgah beli buah epal tadi.”
“Tak apa. Asalkan kau balik. Kalau tak, tak pasal-pasal aku tidur luar malam ni.” Aulia ketawa kecil.
“Ha, tu lah, lain kali jangan tinggalkan kunci ya Aulia Maisarah.” Nama Aulia terus disebut penuh.
Aulia membuat muka. Pantas lengannya dicubit Rania. Tangan Rania ni pantas jer bab cubit-cubit orang.
“Dah aku nak naik atas mandi dulu” Aulia terus bergerak ke tingkat atas rumah itu.
Rania hanya menghantar pandangannya sehingga bayang Aulia tidak kelihatan lagi. Epal yang dibelinya tadi diambil sebiji. Pantas dia bergerak ke sinki untuk membasuh buah itu.
Dia menggigit sedikit epal merah ditangannya itu. Sudah jadi kebiasaannya menikmati epal merah setiap hari. Harinya tidak lengkap jika tidak makan buah itu.
“Manis.” Rania betul-betul menikmati epal itu.
Fikirannya melayang mengingatkan lelaki yang telah dilanggarnya tadi dan lelaki yang telah membantu dia mengutip buah epalnya yang bertaburan.
Dia tersenyum sendiri.
“Hensem, baik emm...” Epal merah itu digigitnya lagi. Manis buahnya seperti lelaki tadi. Gila bayang dibuatnya.
ZHARIF termenung sendirian. Gadis yang melanggarnya siang tadi bermain di minda. Entah mengapa dia merasa ada sesuatu apabila melihat gadis itu. Ni ke cinta pandang pertama? Tak mungkin, tapi kenapa wajah gadis itu asyik bermain di minda.
Cepat-cepat dia melupakan gadis itu. Bulan hadapan dia akan bernikah mana mungkin fikirannya melayang memikirkan gadis lain.
iPhone 13 Pro Max miliknya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Zharif mengambil iPhone miliknya di atas meja. Tertera nama Nisa. Pantas dia menjawab panggilan itu.
“Helo sayang.”
“Helo. Ada apa tiba-tiba call ni?” soal Zharif dingin.
Sebenarnya dia masih marahkan Anisa kerana sering sibuk dengan pekerjaannya sebagai seorang model itu sehingga tiada masa untuknya.
“Sayang...” Meleret sahaja suara Anisa. Dia cuba memujuk Zharif.
“Kalau tak ada apa-apa yang penting, tak payah call lah.” Zarif keras. Entah kenapa dia merasakan Anisa seperti tidak serius untuk berkahwin dengannya. Bukankah ini impian mereka bersama dari dulu dan ini impian setiap insan yang bercinta.
“Eh, sayang. Sorry lah. Jangan lah buat saya macam ni,” pujuk Anisa dengan suara menggodanya. Sememangnya Anisa punya sosok seperti perempuan penggoda kerana tubuh badannya sendiri.
Dia terlalu sayangkan kerjayanya sebagai seorang model. Oleh itu dia sanggup korbankan apa sahaja temasuk masanya dan…
“Dahlah, Nisa. Saya penat. Nak tidur.” Zharif mengharap wanita ini lebih kreatif dalam memujuknya. Pujuklah dia bersungguh dan berjanjilah untuk sama-sama menjayakan perkahwinan ini.
“Sayang please. Zharif tolonglah jangan buat saya macam ni. Awak tahu kan saya sayangkan awak. Kita kan dah nak kahwin bulan depan.” Nah, itu ayat daripada Anisa. Semoga Zharif termakan ayatnya, dia sayangkan lelaki itu, sayang sangat-sangat.
“Awak tak sayangkan saya pun. Awak lebih sayangkan pekerjaan awak tu. Baru bertunang awak dah abaikan saya belum lagi bila kahwin nanti.” Sembur Zharif. Dia sakit hati dengan apa yang berlaku. Dia mahukan wanita ini memberi perhatian kepadanya seperti dahulu. Bukan menjadikannya tempat menghilang bosan dan melayan ketika ada masa terluang sahaja.
“Zharif, saya janji akan fokus pada awak je lepas ni. Please maafkan saya,” rayu Anisa. Mengharap Zharif memahaminya dan memaafkannya.
“Yalah. Dah saya penat ni. Nak tidur.” Zharif terus menamatkan panggilan.
Zharif mengeluh perlahan. Susah untuk dia memaksa Anisa berhenti menjadi model. Katanya itu cita-citanya sejak dahulu. Mana mungkin dia sanggup tinggalkan pekerjaannya.
Sudahnya dia yang makan hati. Keluarga Zharif juga menentang perkahwinan antara mereka. Puas Zharif memujuk kerana dia benar-benar cintakan Anisa. Sungguh Anisa hanya wanita yang dia mahukan.
Tapi entah kenapa perasaan itu semakin lama semakin pudar. Zharif juga sudah tidak peduli jika Anisa tidak meluangkan masa padanya.
ANISA merenung telefon pintar miliknya. Dia merengus geram. Dia belum habis cakap, Zharif sudah menamatkan panggilan. Marah sangatkah padanya?
Dia sebenarnya ingin memujuk Zharif agar menundakan hari pernikahan mereka kerana dia mendapat tawaran menjadi model di US.
Peluang itu tidak mungkin di sia-siakan. Tetapi dia keliru antara cinta dan kerjaya. Zharif sudah banyak kali memujuknya agar berhenti menjadi seorang model.
Anisa berkeras tidak mahu. Bukan mudah untuknya menaikkan namanya sebagai seorang model terkenal, segala susah payah telah dilalui. Jadi tidak mungkin dia akan berhenti dengan mudah.
“Termenung apa tu Nisa?” soal Hana.
Hana ialah sahabat baiknya semenjak mereka sama-sama menjadi seorang model.
Anisa mengeluh perlahan.
“Aku kelirulah Hana.”
“Keliru apa?”
“Pasal tawaran dekat US tu. Bulan depan. Kau tahu kan tarikh pernikahan aku pun bulan depan. Aku ingat nak tundakan dulu,” luah Anisa. Cita-cita dan cinta datang dalam satu masa yang sama. Adakah ini dugaan yang Allah kirimkan untuknya? Memilih mana yang paling dia cintai.
“Nisa, kalau aku lebih baik pilih kahwin je. Stop jelah jadi model. Itukan permintaan Zharif.” Nasihat Hana lembut.
Anisa terus melenting dan berdiri. Dia menggelengkan kepalanya. “No! Mana boleh. Kau tahu kan aku susah payah dulu nak jadi model. Takkanlah senang-senang aku nak stop macam tu je.”
Hana menggelengkan kepalanya lagi. Betapa dia tidak mahu meninggalkan kerjayanya ini yang banyak membantunya dari segi kehidupan. Tidak mudah. Itulah Anisa, kalau hitam katanya, maka hitamlah. Tiada siapa boleh ubah.
ZHARIF memandang hantaran yang sudah disiapkan keluarganya. Walaupun perkahwinan ini ditentang pada awalnya, namun ahli keluarganya tetap memberikan kerjasama untuknya. Kasihan juga melihat raut muka mama dan papanya.
Bilik tetamu yang menyimpan barang hantaran ditutup perlahan. Hatinya sebenar berbolak-balik dengan tindakannya ini, benarkah dengan perkahwinan Anisa akan taat dengannya dan akan meninggalkan dunia model itu?
“Zharif? Sarapan sini. Mama dah buatkan mi goreng. Makan berat ya sebab hari ni ada meeting kan?” tegur Datin Aisyah.
Zharif tersenyum melihat makanan yang ada di atas meja. “Ya, mama. Zharif nak makan banyak-banyak supaya ada tenaga.”
“Anisa macam mana? Kat mana dia sekarang?” tanya Datin Aisyah. Dia menurutkan sahaja kemahuan anak bujangnya ini. Walaupun dia tak suka, namun ini kehidupan anaknya.
Keluhan kecil dilepaskan. “Dia okey. Ada je kat KL. Mama nak jumpa dia ke?”
“Mama nak ajak dinner sama dengan keluarga kita and nak ajak kawan-kawan rapat mama, boleh ke?” Datin Aisyah ingin bertemu dengan Anisa untuk berbincang tentang majlis nanti.
“Lagipun, banyak hal-hal majlis yang belum settle lagi. Tunggu Anisa je ni,” sambung Datin Aisyah.
Anggukan diberikan oleh Zharif. “Nanti Zharif bagitahu Anisa.”
“OH, MY GOD!” Teruja benar Anisa bila membaca e-mel yang dihantar oleh agensinya. Namanya disenarai pendek dalam menjadi model antarabangsa. Ini satu permulaan yang baik.
Anisa bangun dan berjoget-joget di ruang tamu dan terus masuk ke bilik untuk bersiap dan alangkah langkahnya terhenti bila terlihat gambar Zharif di tepi meja soleknya. Lelaki yang dia cintai.
“Cita-cita atau cinta?”
Share this novel
itu jodoh mu Sharif..
itu jodoh mu Rania..