Bab 3

Romance Completed 45543

“JALAN tu betul-betullah abang. Bukan bahayakan abang seorang je. Semua pengguna jalan raya pun boleh susah macam ni. Hidup ni boleh tak susahkan diri sendiri je jangan nak libatkan orang lain?” marah pemandu kereta itu sambil menggeleng-geleng kepalanya.

Zharif sungguh-sungguh meminta maaf. Malu jadi dirinya hanya kerana terlihat seorang perempuan sampai begini jadinya. Semua yang melihat kejadian itu telah pergi dari situ dan membuat hal masing-masing.

“Aik? Mana dia?” Zharif mencari gadis itu, namun hampa sudah hilang daripada pandangan. Jaga hati dan jaga mata Zharif. Kau tu dah berpunya, pesan Zharif pada dirinya dan hatinya.

Telefon pintar diintai untuk melihat jika mesej selamat paginya berbalas atau tidak.

Namun, hampa. Anisa tidak seperti awal-awal mereka bercinta.

Hangat.

“TADI ada kejadian gila kat depan sana tu Salleh,” cerita Rania. Dia memang tidak dapat lupakan lelaki yang memandangnya seperti mereka pernah bertemu dan berkenalan, tapi hatinya kuat merasakan yang lelaki itu pernah singgah dalam hidupnya.

“Apa yang jadi?” tanya Salleh sambil mengambil air bungkusan itu dan menghirupnya dengan penuh nikmat. Teh ais pekat, memang kegemarannya. Tahap potong kaki.

Rania geleng kepala. “Hampir ada accident tadi tapi kereta tu sempat berhenti. Orang jalan kaki tu kena marah teruk tau. Entah apalah dalam fikirannya sampai jalan ke tengah jalan raya macam tu. Bahaya sungguh,” ulas Rania.

“Orang sekarang ni banyak masalah Rania. Semua benda kadang-kadang rasa tak betul dan tengoklah sekarang ni peratusan sakit mental ramai tau kat Malaysia. Makin menaik, mungkin sebab tekanan masalah peribadi tak pun duit,” kata Salleh dengan gaya lembutnya itu. Tapi, ada benar juga apa yang dikatakan oleh Salleh.

Perlahan Rania mengangguk.

“Nanti saya akan cuti panjang tau. Awak jagalah kedai sebab sedara saya nak kahwin dan tempahan bung hari tu pun untuk dia sebenarnya,” jelas Rania.

“Hmm, patutlah. Saya ingat tempahan tu untuk majlis kahwin sendiri. Hahaha.” Tergelak Rania mendengar gelak Salleh yang dibuat-buat supaya kelihatan macam perempuan.

TERSENYUM Zharif mendapat mesej daripada Anisa yang mengatakan rindu kepadanya dan mahukan Zharif menemaninya ke studio untuk photoshoot sebuah majalah online.

Telefon pintar Zharif berbunyi, lantas panggilan daripada yang tersayang disahut secepatnya.

“Hello, baby?” sapa Zharif tersenyum.

“Sayang… baca tak mesej I?” tanya Anisa dengan nada manjanya.

“Baca sayang. Tak sempat nak reply.” Zharif berdiri di tingkap biliknya sambil menjamu pemandangan cantik Kuala Lumpur.

“Ikut eh esok… Teman saya photoshoot kejap je. Lepas tu kita pergi makan sama ke…” kata Anisa. Bila bercakap begini barulah Zharif merasakan hubungannya normal bukannya seperti ada dan tak ada.

Zharif sedang berfikir. “Boleh, boleh. Esok kita boleh cari barang apa yang tak ada lagi untuk hantaran. Baju awak memang muat kan? Takkanlah tak muatkan?”

Suasana sunyi.

“Anisa?” panggil Zharif. Pelik Anisa seperti hilang bila bercakap sebentar tadi.

“Ya, ya. Awak, saya tidur dululah. Nak cantik kena tidur awal. Jumpa esok. Good night sayang.” Panggilan terus diputuskan.

Zharif termangu. Baru saja dia merasakan hubungannya bersama Anisa semakin membaik dan normal, tapi dalam sekelip mata hatinya rasa tidak sedap. Dia perasan bila berbicara tentang perkahwinan mesti Anisa seperti ini.

Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan hamba-Mu ini. Janganlah Kau persulitkan. Temukanlah aku dan satukanlah aku dengan sebaik-baik jodoh. Dan, jadikanlah aku seorang hamba dan insan yang baik dan diredai, doa Zharif dalam hati.

KELUHAN dilepaskan. Stres dibuatnya bila Zharif mengungkit hal perkahwinan. Sentiasa buat hati dia tidak tenang. Kenapalah dia susah sangat untuk menerima tentang hal ini sedangkan dia amat menyayangi lelaki itu.

“Apa yang mengeluh sangat tu?” tegur Hana sambil membuka butang on pada TV. Lantas Netflis dipilih untuk tontonannya malam ini.

Anisa mengeluh lagi dan memandang Hana yang duduk di sisinya. Sahabat baiknya ini.

“Pasal aku dengan Zharif lah. Aku tak tahu macam mana nak cakap kat dia untuk tunda perkahwinan kitorang,” jelas Anisa.

Hana mengerutkan wajahnya. “Seriuslah? Memang dah fikir masak-masak untuk tunda perkahwinan? Kenapa tak nikah je dulu dank au pergi US?”

Anisa tergelak kecil. “Kau fikir semudah tu. Nak duduk antara yang top ini pun perlukan banyak hal-hal aku kena korbankan. Tapi, aku memang nak ke US.”

“Perkahwinan kau?”

Anisa jongket bahu. “Tunda.”

“Mudahnya kau. Parents Zharif nanti cakap apa pulak,” kata Hana tidak puas hati.

“Mak dia bukan suka aku pun Hana. Aku kahwin ke tak kahwin ke dengan anak dia sama je kut. Entah-entah lagi suka kalau tak jadi,” bebel Anisa. Teringat akan kesnya dengan Datin Aisyah.

Ya, kan… Mak Zharif bukannya suka pada aku. Kenapa aku perlu beria dalam hal ini. Mungkin juga, aku boleh gunakan mak Zharif untuk menunda perkahwinan ni? monolog Anisa dalam hati.

“Ambillah hati dia,” kata Hana.

“Mudahnya cakap. Hati kalau dah terluka susah jugak tau. Aku stay dengan Zharif sebab aku sayangkan dia tau. Lagipun, kadang-kadang aku ada terfikir mungkin ujian macam ni datang sebab mak dia tak suka aku kut. Yalah, mak tak reda,” kata Anisa dengan bijaknya dan ternyata betul bila Hana diam dan seperti bersetuju.

RANIA menanti makanan yang dibungkus sampai. Sementara itu dia duduk di meja. Minggu ini dia tidak dapat memasak kerana dia betul-betul tiada mood dan penat bekerja. Banyak hal yang perlu dia fikirkan.

“Nia,” sapa Anisa sambil membuka cermin mata Coachnya itu dan disangkut pada atas kepala. Anisa sangat bergaya dengan caranya. Hmm, semerbak baunya.

Rania terus berpaling. Dan tersenyum luas. “Eh, Nisa. Breakfast ke?”

Laju Anisa menggeleng.

“Taklah Nisa lalu je kat sini. Kebetulan ternampak Nia pulak. Lama dah tak dengar khabar.”

Rania mendekati Anisa. “Nia baru dua minggu lepas balik kampung. Mak ngah dengan nenek rindu kat Nisa tau.”

Anisa terdiam. Sudah hampir dua bulan dia tidak pulang ke kampung.

“Nisa busy lah Nia. Banyak sangat photoshoot. Ni pun nak pergi photoshoot tau. Kat studio atas sana. Rezeki selagi laku kan.” Anisa ramah berkata-kata.

Rania mengangguk faham.

“Lepas ni tak boleh busy sangat. Nisa dah nak jadi wife orang tau. Masih dalam bidang ni ke nanti? Tak kisah apa pun yang Nisa buat, janji Nisa happy tau.”

Anisa tersenyum.

“Ya, Nisa tahu. Nia jangan tak balik kampung pulak nanti.” Anisa berbasa-basi tentang kampung.

“Eh, mestilah Nia balik. Kan Nisa nak kahwin.” Tergelak kecil Rania dengan Anisa ni.

“Nia bila lagi? Asyik sibuk dengan bunga je. Takkan tak ada yang datang menyapa?”

Rania tersenyum kecil.

“Nia lambat lagilah. Baru 26 tahun. Nak kumpul duit dulu. Banyak lagi nak kena capai ni. Tengok Nisa berjaya, rasa nak jadi macam Nisa. Berjaya dalam bidang yang kita suka.” Anisa memang bangga melihat pencapaian Nisa dan pengorbanan yang dilakukan oleh Nisa.

Tergelak kecil Anisa dan dalam masa yang sama agak bangga bila orang berkata baik dan memujinya. “Cari lelaki kaya je. Senang. Boleh relaks je nanti. Tak payah susah-susah kerja lagi tau.”

“Ish, tak nak lah. Ni Nisa tak nak join sekali ke?”

“Eh, tak nak lah. Nisa diet. Rosaklah diet Nisa makan nasi lemak apa semua ni. Nisa ada cara pemakanan yang diambil and ada dietitian.” Anisa menolak dengan baik. Musuhnya nombor satu adalah makanan.

Rania mengangguk. Sempat dia melihat tubuh badan Anisa yang cantik, begitu juga kulitnya yang halus.

“Nisa pergi dulu. Nanti jumpa lagi. Bye.” Anisa memeluk Rania seketika sebelum berlalu pergi.

Rania hanya memerhati langkah Anisa. Sehinggalah hilang daripada pandangan matanya. Dari kecil lagi Anisa memang suka melawa dan ternyata dia dapat mencapai cita-citanya. Rania mendapat inspirasi daripada apa yang Anisa lakukan.

ZHARIF masuk ke dalam kedai bunga. Niatnya mahu menghadiahkan bunga kepada Anisa.

“Selamat datang,” ucap Salleh.

Zharif tersenyum hambar.

“Erm, helok sangat dia ni.” Salleh memandang Zharif dari atas ke bawah.

Zharif tidak selesa diperhatikan begitu. Lagi-lagi diperhatikan oleh lelaki 'lembut' seperti Salleh.

“Ehem.” Zharif berdehem.

Salleh terus tersedar daripada lamunannya.

“Err... sorry. Boleh saya bantu?”

“Saya nak cari bunga ros merah.”

“Oh ada. Sekejap saya ambilkan. Nak berapa ya?”

“One bouquet.”

“Alright. Sekejap ya.” Salleh terus berlalu mengambil bunga yang diminta oleh Zharif.

Mata Zharif melilau memerhatikan kedai bunga itu. Inilah kali pertama dia melangkah masuk ke kedai itu. Tidak perasan pula semalam dia akan kedai ini. Hatinya terjentik juga kalau bertemu lagi dengan gadis yang membuatkannya hampir kemalangan.

Salleh kembali pada Zharif dengan membawa sejambak bunga ros merah yang diminta Zharif.

“How much?” soal Zharif.

“RM 65.00,” jawab Salleh. Matanya melekat memandang lelaki kacak di hadapannya itu.

Zharif menghulurkan sekeping not RM100.

“Keep the change” Zharif mengambil bunga itu dan terus berlalu.

“Alahai, hensemnya kau.” Salleh memerhatikan Zharif sehinggalah hilang daripada pandangan matanya.

?
RANIA melangkah masuk ke dalam kedai bunga miliknya sambil menjinjing plastik yang berisi nasi lemak dan teh tarik yang dipesan oleh Salleh.

“Nia…” Salleh terus meluru ke arah Rania.

“Ish Salleh ni kenapa?” soal Rania.

“Sally ada cerita best ni. Mari sini duduk.” Salleh terus menarik Rania duduk di kerusi sebelahnya.

Rania mengeluh kecil. Dia hanya menurut.

“Apa dia Salleh?”

“Tadi kan ada customer handsome datang beli bunga.”

Rania seperti tidak berminat.

“So? Kenapa dengan dia? Normallah tu.”

“No. Tak normal,” bantah Salleh.

Rania memandang pelik.

“Oh. maksud Salleh dia hensem tapi tak normal?” soal Rania lurus.

Salleh menepuk dahinya.

“Bukanlah Nia. Dia ni first time datang kedai kita beli bunga. Yalah selalu regular customer je yang datang.”

“Ish, Salleh ni. Okeylah tu. At least nanti bertambahlah customer kita.”

“Tapi Sally rasa kan, Sally ermm Sally dah jatuh cinta dengan dia lah.”

Bulat mata Rania mendengar luahan Salleh.

“Hey, Salleh! Salleh tu lelakilah. Dia tu lelaki. Eii gelilah Nia.” Rania terus berlalu meninggalkan Salleh. Malas mahu melayan Salleh yang gila-gila ini.

“Alah Nia, tapi dia handsome sangat,” laung Salleh.

Rania tidak mengendahkan Salleh. Kalau handsome macam lelaki yang aku nampak tu lainlah. Tergelak Rania.

“KITA tunda wedding kita boleh?” Perlahan Anisa menutur kata.

“What? Awak gila ke? Our wedding lagi seminggu je. Apa yang buat awak mengarut ni Nisa?” marah Zharif. Main gila apa Anisa mengajak tundakan perkahwinan yang sudah 100 peratus siap. Cuma menanti mereka diijabkabulkan saja.

“Saya rasa… saya tak bersedia lagi. Lagipun your mum tak suka I. kita buat sampai mak awak nak dekat saya, sayangkan saya dan terima saya. Awak tak kesian kat saya ke?” Anisa mencari jalan untuk menangguhkan perkahwinan. Ya, ini kerja gila. Tapi lagi gila kalau dia meneruskan tanpa mengetahui keputusan untuk pergi ke US.

Zharif terus bangun. “Saya tak nak berbincang pasal ni. Perkara ni dah muktamad Anisa. Kita akan berkahwin pada tarikh yang ditetapkan. Ini impian kita bersama. Bukan baru semalam kita bina impian untuk bina hidup bersama. Sorry, cadangan ditolak. Jumpa masa hari pernikahan kita nanti. And… I really love you.” Zharif terus meninggalkan Anisa yang terkebil-kebil di bawah rumah sewanya.

Kebetulan tadi Zharif datang untuk menghantar baju nikah mereka. Anisa memandang baju nikah yang ditempah dengan pereka terkenal Rizman Ruzaini. Habis belasan ribu untuk baju nikahnya saja. Nak tak nak dia tetap kena teruskan perkahwinan ini.

ESOK akan berlangsungnya majlis pernikahan Anisa dan Zharif. Riuh rumah mereka dengan kehadiran saudara-mara dan jiran tetangga yang datang membantu.

Rania ligat menghias pelamin Anisa dengan bunga-bunga hidup.

Anisa mundar-mandir di dalam biliknya. Segala persiapan sudah tersedia. Dia merenung telefon pintar miliknya.

From: Fify (Manager)
Nisa, kalau you still nak jadi model lagi make sure you datang airport esok. Ticket semua I dah uruskan. Kalau you tak datang, that's mean you dah tak berminat lagi nak jadi model.

Pesanan ringkas daripada managernya dibaca berulang kali. Dia keliru sama ada memiih cinta atau kerjayanya. Dia sayangkan kedua-duanya sekali.

Dia sudah memujuk Zharif untuk menundakan majlis perkahwinannya tetapi Zharif tidak mahu. Katanya semuanya dah siap seratus peratus. Dia yakin hatinya tiada di sini.

Jari Anisa laju menaip sesuatu di telefon bimbitnya.

To: Fify (Manager)
I setuju. Esok I akan datang airport.

Anisa bertekad mahu membatalkan pernikahan ini. Bukan kerana dia tidak sayangkan Zharif tetapi dia harus lakukan demi kerjayanya. Jika tidak dia akan hilang kerjayanya. Dia tidak sanggup.

“Maafkan saya Zharif. Saya janji akan datang balik nanti. Mungkin belum waktunya untuk kita bahagia,” kata Anisa sendirian.

Share this novel

Youni
2023-08-18 17:57:49 

bagus lagi rania yg kawin sama Sharif..

Youni
2023-08-18 17:55:17 

senang nya anisa cakp,siapa² bolh maran Anisa... jngn punya pikiran smpe kesitu..

Youni
2023-08-18 17:46:36 

sbb anisa mau tunda dlu perkawinan demi karier nya..


NovelPlus Premium

The best ads free experience