Aku selalu duduk di taman ketika matahari mula terbit di ufuk timur.Duduk dengan begitu tenang dalam kesejukan yang begitu nyaman.Kerusi yang aku duduki sekarang ini sangat panjang dan mampu memuatkan empat orang dewasa tapi selama aku duduk di kerusi ini satu orang pun tidak ada yang pernah duduk bersamaku melainkan wanita itu.
Suatu hari aku duduk keseorangan memeluk tubuh kerana cuaca pagi itu sunguh mengagumkan.Ketika aku gosok-gosokkan tangan aku wanita itu datang dan duduk disebelah aku menghulurkan sarung tangan kulit yang mampu menyelesaikan masalah kesejukan di tanganku.
"Terima kasih"kataku kepadanya.
"Ya." Balasnya ringkas.Kami duduk begitu tenang sehinggalah dia memulakan ceritanya.
"Aku ada seorang adik.Dia tak begitu pandai dan tidak ada apa-apa kemahiran yang boleh dilakukanya"
Aku cuma tersenyum dan membiarkan dia bercerita lagi
"Dia memilih hidup yang sangat lain dari kami lima beradik.Dia suka bersendirian dan gemar membaca buku"
Aku masih diam tidak ingin memotong cerita sedihnya. "Dia lari dan sehingga kini kami masih tidak menjumpainya".Wanita itu memandang kearah aku dan bertanya "kenapa dia lakukan perkara itu terhadap kami"
Serbah salah aku harus menjawabnya. "Mungkin ada diantara kamu yang tidak menyukainya"
"Dia adik paling bongsu dan kami semua menyayanginya"
"Justeru apa yang membuatnya lari.dia marah barangkali"
"Tidak.Dia tidak pernah marah.Dia seperti manusia yang tidak punya perasaan"
"Mungkin dia pendam dalam-dalam"
"Mungkin,sebab sebelum dia hilang abang aku menyuruhnya agar mencari kerja supaya dia dapat menampung hidupnya sendiri"
"Mungkin dia marah dengan abangmu"
"Kalau kau jadi adik aku.Layakkah kau marah hanya disebabkan kau disuruh mencari pekerjaan untuk dirimu sendiri."
"Manusia ada banyak beza."
"Aku rasa dia marah dengan kami semua,"
Wanita itu hendak menangis tapi aku cuba untuk menukar topik perbualan agar dia tidak terbawa emosi. "Kau tidak kerja"
"Aku perlukan masa untuk beristirehat,kau pula"
"Dengan pakaian begini,kau tentu tahu aku siapa."
"Gelandangan"
"Ya"
"Kenapa kau jadi gelandangan.bukankah banyak perkerjaan yang boleh kau lakukan"
"Suatu hari aku pernah jumpa seorang yang sangat sulit untuk dipahami.Pikirannya penampilanya percakapanya.Dia adalah misteri disebalik misteri"
"Ceritakan"
"Aku tanya.kenapa kau memilih untuk menjadi gelandangan,katanya gelandangan tidak punya kawan jadi kita boleh bersendirian..."
"Cuma itu yang dia katakan"
"Ada lagi"
"Gelandangan tidak punya kehidupan jadi tidak perlu kerjaya.Gelandangan makan percuma jadi tidak usah penat bekerja"
"Apa yang cuba dia sampaikan"
"Dia kata seronok jadi gelandangan boleh befikir bebas tanpa halangan"
"Aku masih tidak dapat apa yang dia sampaikan"
"Dia cuba sampaikan yang gelandangan adalah manusia tulen yang lain daripada yang lain."
Wanita itu tercengang.dia masih tidak faham cerita aku. "Baiklah.Manusia lahir untuk menjadi manusia bukan robot.Katanya,dia benci manusia yang menghabiskan masa hidupnya hanya untuk mengejar kertas yang nilainya boleh berubah-ubah"
"Aku dapat sedikit.tapi bukankah sudah tanggungjawab manusia untuk mencari nafkah"
"Ya tapi bukan sampai tiada masa untuk melihat dunia.kita hidup bukan selamanya apa salah nikmatinya"
"Apa yang cuba dia sampaikan.sebetulnya"
"Dia cuba sampaikan yang manusia tidak lagi bebas berfikir, berkata-kata,bebas makan apa saja dan tinggal dimana saja"
"Bukankah undang-undang hidup sudah seperti itu."
"Ya itulah katanya"
"Dia berkata apa"
"lebih rela jadi gelandangan daripada jadi manusia yang hina dalam lena"
"Maksudnya"
"Dia cuba sampaikan kepada aku yang kebebasan bukan percuma kerana itu banyak manusia tidak memilikinya"
"Ya aku pernah dengar kata-kata itu.kata kata yang adik aku ucapkan sebelum hilang dalam diam"
Share this novel