Lampu Putih Diatas Siling

Short Story Series 1491

Aku tidak tahu mengapa lampu di atas siling bilikku ini tidak pandai mati-mati.Sudah tiga minggu aku berpindah dalam rumah agam ini lampu diatas siling itu masih terang bercahaya.Aku laporkan masalah ini kepada pak mat penjaga rumah agam datok syafiq,dia kata lampu itu sudah banyak kali dibaiki tetapi dia tetap hidup menyinari seluruh pelosok ruang dalam bilikku yang luas sejak tiga minggu lalu.Aku sudah mulai bosan dengan karenah pak mat dan mula mengambil inseatif tersendiri.

"jangan kau keluar dari rumah ini!! jika kau keluar juga akan ku sumpah keturunanmu miskin seumur hidup tidak berharta"

"aku sudah penat dengan tingkah lakumu azman lelaki buas!ceraikan aku syaitan!!"

Aku masih tidak boleh tidur disebabkan bisikan pergaduhan itu ditambah lagi cahaya terang lampu bilik ini.Aku tidak boleh tidur aku stress,aku depress, tekanan.Disebabkan hal itu,hal yang membuatku hampir menjadi gila aku keluar dari rumah agam yang besar indah ini.Luas halamanya rumah agam ini seluas mata memandang udaranya yang nyaman dan pemandangan diatas bukit membuatkan aku ingin teguh tinggal di sini untuk seminggu kehadapan lagi.

"pagi pak mat" sapaku kepada pak mat yang kini duduk selesa di kerusi malas sambil mengikuti berita di akhbar harian metro.

"pagi jo."balas pak mat "kau nak pergi kerja biar pak mat hantar"
balasnya dengan meletakkan surat khabar seterusnya berdiri menuju pintu dimana aku berdiri dengan gagah perkasa.

"tidak apa la pak mat jaga saja rumah agam ini saya boleh naik motor ex5 pergi kerja"kataku dengan sopan sepertimana aku pelajari adab terhadap orang tua 12 tahun lalu.

Aku bergegas menuju motor ex5 bersebelahan ducati veyron kepunyaan datuk.aku lebih suka menaiki motor ex5 walaupun berpakain kemeja kasut kilat.5 tahun aku bekerja di syarikat petronas 5 tahun itu juga aku menaiki ex5 yang sama.aku lebih suka hidup bersederhana berbanding hidup mewah kaya raya.

Kini lampu itu masih bermain di benak fikiranku aku masih mencari ikhtiar bagaimana hendak matikan cahaya lampu siling yang bebal tidak berkesudah itu.

"man kau tahu matikan lampu siling"

"rip kau tahu matikan lampu siling "

"sar kau tahu matikan lampu siling"

Sudah lebih 10 orang aku tanya dan jawapanya sama "kau gila ya".itu jawapan semua crew yang aku tanya.Aku tidak tahu aku bodoh atau mereka yang gila.Ia membuatkan aku bertambah rumit memikirkanya.Selepas 8jam bekerja aku balik langsung singgah sebentar di kedai 7E membeli maggi sebungkus dan juga jajan 2 packet.Ketika aku meletakkan barang-barang di kaunter pembayaran pekerja itu memandang aku dan bertanyakan sesuatu persoalan yang sangat memeningkan."kira bang"

Selepas saja aku keluar dari kedai 7E itu aku masih terikat dengan pertanyaan pelik jawapan pelik dan juga perkara pelik.aku mula pening berhadapan dengan perkara pelik dalam kehidupan ini.aku tertahan di hadapan lampu merah depan clubbing utama negeri ini 4 orang budak peminta sedekah berlari keriangan ke arah kereta bugati veyron dan juga lamborgini kuning strategi yang baik ditunjukkan.2 ke kereta bucati veyron dan 2 lagi ke kereta lamborgini kuning meminta-minta duit kepada dua orang melayu kaya yang berada dalam kereta mewah itu

"abang-abang minta seringgit saya belum makan dari pagi tadi"katanya sambil menunjukkan isyarat kepulan nasi kemulut dan juga menepuk-nepuk malas perut.

"sudah pergi aku tiada duit pergi sana jauh-jauh"

"sudah pergi kau peminta sedekah."

lampu merah bertukar warna aku jalan dengan sejuta persoalan kereta mewah kalahkan raja duit seringgit tidak ada.aku masih berpikir dan tertanya-tanya betulkah melayu kaya itu tidak ada wang seringgit ataupun semua duitnya wang 50 ringgit dan itu tidak dapat diberi.

Sampai di rumah agam pak mat masih steady menyiram bunga di halaman rumah sambil menyayi lagu my heart will go on.Cukup sedap suara orang tua itu.Aku masuk tanpa dia sadari dan terus ke bilik bercekak pinggang memikirkan 3 hal pelik yang terjadi.tv plasma aku buka dan kini perdana menteri berbicara tentang kemajuan.

"boleh ka maju jika rakyat terus nrrelumang deng kesusahan dan bolehka kita menjadi negara maju jika sikap tidak diubah"aku menjadi keliru dan terus mematikan tv yang banyak mengulas tentang kemajuan.Aku kagum dengan kesungguhan perdana menteri itu dan sebab aku kagum tv aku matikan.

sudah 4 masalah aku hadapi dan semuanya sungguh menakjubkan.Aku naik ke bilik tanpa menukar pakaian dan cuba mematikan lampu yang masih terang mengeluarkan cahaya.

"jangan kau keluar dari rumah ini!! jika kau keluar juga akan ku sumpah keturunanmu makan api neraka"

"aku sudah penat dengan tingkah lakumu azman lelaki buas!ceraikan aku syaitan"

Setiap kali aku bangun mesti disebabkan suara sumpahan itu dan juga alarm yang berdering kencang jam 3 pagi dan juga lampu yang masih terang bercahaya.

Aku keluar dari rumah dengan sebuah laptop acer keluaran 2012,aku buka news mereka mengatakan pengemboman di syria bertujuan untuk membunuh pengganas tetapi yang ramai terbunuh adalah wanita tua dan juga anak kecil tidak bermaya.Aku buka lagi mereka kata mangsa rompakan hendak dihukum gantung disebabkan telah mencederakan seorang perompak yang ingin merompak rumahnya.Macam-macam hal pelik semakin berleluasa di negara ini aku semakin risau lebih risau daripada masalah lampu dalam bilikku yang kini masih terang bercahaya.

Pagi yang indah aku mulakan dengan senyuman aku senyum dengan pak mat dan ketika aku dalam perjalanan ke pejabat aku senyum kepada semua orang yang aku lihat dan lalui ada yang membalasnya dan ada juga yang mencacinya.

"kenapa gila agaknya"

"tersengih-sengih"

"kau lihat dia senyum,macam orang gila"

Setelah aku dengar semua cercaan berbisik itu aku berhenti dan berfikir sejenak.Papan tanda yang bertulis senyum selalu,yang terpampang besar itu telah membuatkan ramai orang gila atau hendak menjadikan orang gila.aku pelik dan terus tertanya-tanya.

Tidak cukup masalah lampu masalah lain telah menyerang kehidupanku.aku lihat kawan sepejabatku tengah menelan racun dan membuang herba.Dan ada yang tidur berpura-pura bangun.Ada yang pakai tudung tidak tutup dada dan ada makan nasi disuapkan.Aku mula kacau dan bergegas kembali ke rumah agam.Ketika berhenti di lampu merah para menteri sedang bergembira sedangkan anak bangsa menagis meminta dan ketika aku memecut laju di highway panjang mereka gelarku rempit jalanan sedang aku terang-terangan memakai baju kemeja berkot terang.

Aku makin takut...dan...dan...kelajuan aku tingkatkan aku mula cemas dan semakin takut kini jika aku takut aku akan memperbanyakkan perkataan "dan" dan mengurangkan perkataan selain itu.Sampai di rumah agam pak cik mat berkata kepadaku sesuatu yang menambah kerisauanku "kau sudah balik" aku berlari cepat ke bilik dan mencari-cari diamana suis lampu yang selama ini aku cari

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience