Zamri Yusuf

Short Story Series 1491

Aku duduk dibawah sebuah pondok menunggu bas dekat dengan pejabat aku di ibu kota negeri Sabah yang gah ini.Tenang,aman dan damai,apa bezanya,ah biarkanlah yang penting aku dapat bersendirian memandang menara tinggi tempat aku kerja.

"Kenapalah hidupku sial,kerja di tempat celaka ni,"bisik hatiku geram melayan emosi tekanan bekerja.

"Assalammualaikum bang"sapa seorang budak remaja secara mengejut.

"Apa lagi budak ni nak,semaklah"bisikku dalam hati tanpa menjawab salam budak itu,si tempang yang malang.

"Assalammualaikum bang"sekali lagi dia memberi salam selepas salam pertamanya tidak aku jawab.

"Kau nak duit ha! Ambil"teriakku dengan kasar sepertimana kebanyakkan manusia lakukan kepada pengemis.Duit yang aku keluarkan tadi aku lempar dan tengah melayang-layang didepan budak itu.

"Ambil duit tu sial,jangan ganggu aku"
Budak itu memandang duit yang jatuh di tanah manakala aku terus menerus memandang pejabat aku yang tinggi mencakar langit.

"Assalammualaikum bang"kali ketiga dia memberi salam masih dalam nada yang sama.

Aku pandang muka budak tu awalnya aku nak tumbuk dan pecahkan hidung dia yang mancung tapi selepas aku lihat betul-betul aku jadi sejuk dan mengalami dejavu.
"Kau nak apa dik"jawabku sopan.

"Assalam..."belum sempat dia menghabiskan ayatnya aku memotong "waalaikumsalam dik,apa khabar,boleh aku bantu"

"Abang dalam masalah,boleh saya bantu?"

"Tak aku okey takda masalah,kau.?"
Dia duduk di sebelah aku dengan senyuman yang tajam "ya bang,kau ada masalah"katanya selepas itu.

Aku pelik dengan kelakuan budak tu,aku bangun selepas 2 minit dia duduk dan meninggalkan dia sendirian dalam senyumanya yang begitu menyeramkan.

???

Keesokan harinya,waktu rehat dengan berbekalkan nasi kuning aku makan dengan begitu nikmat di pondok bas tempat selalu aku rehat.Nasi kuning yang aku makan ini sedap walaupun aku membelinya tadi pagi tapi...dimana aku membelinya.

Oh budak kelmarin datang lagi menghampiriku.

"Assalammualaikum bang"

"waalaikumsalam dik."

"Gembira hari ni bang"

"Biasa"kataku kepadanya lalu mempersilakan dia untuk duduk"aku nak tanya kau ni,boleh"

"Boleh"

"Siapa sebebenarnya kau ni "

"Abang tak ingat"

"Ha ingat,kenal pun tak kot.Siapa kau"

"Saya,kawan abang yang hari-hari teman abang rehat di pondok ni,abang tak ingat"

"Ha,kau jangan nak main-main dik"

"Ya saya tak main-main,abang adalah kawan saya satu-satunya selama kita lepak di pondok ni"

Aku mula curiga dengan budak tu,betulkah dia ni penipu atau.Aku ketawa terbahak-bahak selepas memikirkan sesuatu."berapa lama kita lepak sama-sama di pondok ni ha"tanyaku melayan gurauanya.

Aku ketawa kerana aku sedang dipermainkan oleh seorang budak tempang.Hahahah

"Abang ingat berapa tahun abang kerja di bagunan besar tu"

"Mestilah,5 tahun bro,5 tahun yang membosankan"

"Dari hari pertama abang kerjalah kita lepak di pondok ni sama-sama setiap kali abang rehat."

"Selama 5 tahun"

"Ya selama 5 lima tahun,abang tidak tidak ingat,biar betul"

"Sudahlah,berhenti bergurau beritahu aku siapa namamu"

"bang kau tahu namaku,kau sendiri beri nama kepada aku"

"Dik tolonglah jangan main-main tadi lucu sekarang tidak"kataku mula tidak selesa dengan lawak seram budak itu.

"Semuanya seperti ilusi bila diri menjadi hamba abdi.dan itu sangat merugikan manusiawi"katanya sambil menunjukkan gambar kami berdua sewaktu menyambut hari raya di pondok ini.Di tempat kami duduk !.

Aku bangun menelan air liur.Budak tu semakin seram bila difikir ulang."Kalau betul apa yang kau cakap tadi beritahu dimana aku tinggal"

Budak yang berjaya membuat aku terpinga-pinga dan seram sejuk itu ketawa."bang kau tak punya tempat tinggal,kau tinggal di bangunan tu dari hari pertama kau kerja"

Mustahil,mustahil mustahil! "Oh shit,aku mula ingat,aku tak punya rumah,aku tak kenal siapa aku selama 5 tahun aku tak tengok muka aku selama lima tahun aku tak tengok keluarga aku dan..."

"Dik kau tahu siapa nama aku?"

"Ya,nama abang mohd zamri yusuf"

Aku terkedu,duduk kerisauan,apa yang budak tu cakapkan semuanya seperti sempurna.

"Kau siapa aku lupa"

"Manusia yang menyedarkanmu tentang hakikat hidup"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience