BAB 4

Romance Series 20856

bab 4

“MACAM mana kerja Nana sekarang?” soal Cik Bad sambil menarik kerusi dihadapan aku. aku yang sedang membantunya memotong buah serta merta angkat kepala dan melayangkan senyuman buat pembuka sebelum aku menjawab soalannya.

“Alhamdulillah semua okay.” Aku tidak tahu mahu jawab bagaimana soalan CIk Bad, tapi… aku mencuba juga untuk tidak terlihat canggung.

Entahlah.

aku sudah diajar bagaimana mahu berhadapan dengan sekekwat-kekwat manusia. Tapi dengan Cik Bad, aku masih tidak berjaya untuk menanganinya.

sesekali, anak mata aku mencari kelibat Zharif yang tidak tahu kemana perginya. sejak dari awal kami sampai diteratak ibunya, batang hidungnya langsung tidak kelihatan. Aku dibiar terkontang kanting menghadap ibunya yang asyik badi dengan aku.

“tak ada terfikir nak berhenti ke?” aku terdiam sesaat, buat kesekian kali soalan aku diaju lagi.

“tak ada cik. Saya dah selesa dengan kerja tu.” walaupun aku terdesak, tentang kerja, aku akan menjawab denggan jujur dan tidak akan berselindung. bagi aku, ini mata pencarian aku. aku agak teguris, tapi aku cuba juga menjawab.

jawab seadanya saja. tidak mahu Cik Bad perasan akan perubahan suasana hati aku yang sudah mula tidak sedap. Jika sebelum sampai tadi, aku yakin aku mampu memenangi hati Ibu Zharif, tetapi Untuk kali yang entah ke berapa aku bersemuka dengan Cik Bad, keyakinan diri aku kembali jatuh saat kami sudah berdepan.

Sudah berapa kali aku bina keyakinan selepas dipujuk Zharif, tetapi keyakinan yang susah payah aku bina, sering kali dicantas dengan mudah oleh Ibunya. Aku pernah hampir putus asa. Tetapi acap kali di kuatkan semula selepas dipujuk Zharif.

Helaan nafas Cik Bad benar-benar membunuh keyakinan aku tidak berkebumi.

“macam nilah….” Dada aku berdetak hebat saat Cik Bad seakan sengaja menggantung ayatnya. Aku kira, inilah topik utama yang mahu dia bualkan dengan aku. dan hati aku kuat mengatakan, topik ini bakal menoreh dalam hati aku sehingga parah.

“Acik kalau boleh, nak perempuan yang baik-baik untuk Zharif.” Bagai ditikam berkali tapi tidak berdarah. Kenyataan yang baru aku terima tadi, cukup buat aku faham yang aku perlu angkat kaki dari meneruskan hubungan yang konon-konon aku pertahan bermatian.

bukan pertama kali dia cakap, tapi... tak tahu kenapa, baru hari ini sel sel otak aku berhubung.
“dia saja satu-satunya anak lelaki acik. Jadi, memang acik harapkan, perempuan yang baik-baik. yang pandai jaga aurat. Yang ada agama, sekurang-kurangnya asas.  Acik bukan tak suka Nana. Nana pun baik. Nana rajin. tapi Nana, rajin saja tak cukup. Tadipun Nana dah cakap nana tak ada niat nak berhenti, jadi Nana memang tak ada rasa nak jaga diri. tak ada terfikir nak tutup aurat. Lagi satu… maaf cakap…” lagi-lagi Cik Bad sengaja berjeda.

“kalau aurat pun Nana susah nak jaga, Acik rasa… Nana tak faham pun agama. sedangkan apa yang wajib buatpun Nana susah nak ikut. Lagi pulak yang sunat-sunat. Ke Acik salah?” aku sudah hilang kata sejak Cik Bad buka mukadimah.

Perasaan aku ketika ini, bergolak. Tidak tahu apa yang patut aku zahirkan melalui wajah, tetapi jauh disudut hati aku… perasaan marah duduk ditangga teratas dalam segala emosi yang yang sedang berkecamuk dalam diri aku.

Begini ke figura agama berkata-kata?

Hanya kerana aku tak mahu berhenti kerja, terus saja dia menilai aku seolah syurga tidak layak untuk orang seperti aku. entahlah,.. dari bicara lepas CIk Bad ini, buat otak aku terus berfikir…
agamawan hanya mahu bergaul dengan kelompok-kelompok mereka saja.

Jadi, yang baik akan terus baik dan yang jahat dan tak ada agama seperti aku akan terus jahat dan akan selalu di pandang serong sampai mati.

Aku bukan tak mahu berubah, tetapi mendengar omongan CIk Bad buat aku betul-betul tak mahu berubah. Rasanya, berubah atau tidak…. Di mata mereka para agamawan… aku tetap pendosa yang akan terus dicampak ke dalam azab tanpa perlu melalui hisab.

“cumanya, kalau Nana betul-betul nak kan Zharif. Nana kena berubahlah. Berhenti kerja. jadi suri rumah. jadi isteri taat. Sebab, perempuan yang tak faham agama ni, tak layak jadi isteri.” Sejurus Cik Bad habis berkata-kata, muncul Zharif bersama satu plastik sederhana besar ditangan.

“borak apa?” soalan Zharif hampir saja buat aku layangkan penumbuk diwajahnya.

“borak-borak kosong je.” Ibunya yang tadi menala pandangan dengan pandangan hina bersama satu senyuman sinis kini sudah bertukar rentak.

Aku benar-benar hilang kata. aku fikir keluarga Zharif akan merubah persepsi aku pada orang agamawan, ternyata…

layanan keluarganya terutama Ibunya menguatkan lagi persepsi buruk aku terhadap mereka.

Sepatutnya, awal-awal dulu aku perlu sedar diri. aku tidak layak untuk berjalan seiring dengan Zharif. Sedangkan berjalan pun tidak layak, inikan pula untuk aku masuk ke dalam keluarganya. Mereka keluarga baik-baik. bertudung labuh. Ada segelintir adik beradiknya berniqab. Ipar duainya paling cokia pun bertudung. Aku ni?
Seksi, murah, tak ada agama!

patutnya aku sedar. Bukan sudah dihina begini, baru nak terhantuk!

DENGAN langkah longlai, aku membawa diri sambil menarik trolley bag masuk ke bilik. badan yang letih aku rebahkan ke tilam. Kata-kata Aniq tadi sebelum kami sampai di klinik masih terngiang di tepi telinga aku meskipun sudah hampir sejam perbualan kami mati.

Saat itu, perbualan terakhir aku bersama Ibu Zharif bulan lepas seakan bermain dilayar mata bagai permainan video yang dimainkan berulang kali.

semakin rancak kata-kata itu bermain dalam kepala, makin sesak nafas aku.
Serabut dengan bisikan-bisikan yang berkecamuk dalam kepala, aku bangkit dari katil. Uniform aku campak masuk ke dalam bakul baju kotor sebelum menarik tuala dan masuk ke dalam bilik air.

Ada hati yang perlu aku tenangkan dahulu untuk berfikir apa yang perlu aku lakukan seterusnya.

Sehelai legging dan sehelai tshirt lengan pendek menjadi pilihan aku pada malam ini. sebentar tadi aku baru mendapat panggilan dari Anas bahawa dia akan tiba bersama kereta aku kurang 15 minit dari sekarang. Mengeringkan rambut ala kadar, beg yang sudah siap aku kemas aku angkut sekali sebelum membuka langkah keluar dari bilik.

Aku sudah bertekad untuk pulang ke rumah Nenda. Dalam keadaan aku serabut tanpa dapat aku pastikan apa puncanya, ada baiknya aku duduk celah ketiak Nenda. Sedang elok pula aku bercuti dua hari sebelum jadual penerbangan yang akan datang, memang akan aku habiskan masa cuti aku sehingga tidak bersisa bersama Nenda.

Nenda adalah Nenek tiri aku, isteri pertama datuk aku sebelah Mama. Selain aku, tiada siapa keluarga sebelah Mama yang sudi untuk berada dekat dengan Nenda.

Katanya, Nenda lancang. Setiap butir biacaranya tidak bertapis. Aku tidak menafikan tentang itu, tetapi tidak tahu kenapa… aku selesa dengan Nenda.

Kerana, dalam lancangnya… dia sentiasa ada dan sentiasa menjadi penguat aku untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga dan terus berjalan dengan yakin atas muka bumi yang penuh rintangan ini.

Belum sempat panas punggung disofa menunggu Anas, telefon aku sudah bordering minta diangkat. tidak segera menjawab, aku lantas bangun. Sambil menapak menuju ke pintu baru aku menjawab panggilan yang sengaja aku biarkan.

panggilan itu langsung tidak penting unntuk dijawab segera kerana panggilan itu datangnya dari Anas.

“jap, saya nak kunci pintu kejap.” Tidak mendengar balasannya, panggilan sudah dimatikan.

Saat aku menghampiri pintu pagar, didalam kereta yang terpakir depan rumah, mata aku tertunak sejenak ke arah sosok tubuh yang sedang menungggu Anas. seorang wanita yang aku kira inilah adiknya. Meskipun dalam kegelapan pekat malam hanya dibantu oleh bias cahaya lampu jalan, dapat aku mellihat raut wajah itu dengan jelas.

Macam pelakon thiland versi muslimah siut. Sekilas pandang, serta merta hati aku berdetik.

Mungkin gelap sikit atau cerahnya setara itu, kerana aku melihat pun guna lampu jalan kaler oren ni. lampu oren ni, faham-faham je lah.

Aku melempar senyum pada adik Anas saat mata mata kami bertaut. Tindakan spontan. Sudah biasa menyapa, sekurang-kurang sapaan meski hanya dengan senyuman seperti satu kewajipan buat aku meskipun dalam seteruk keadaan pun.
Senyuman aku dibalas manis.

“nak terus balik ke ni?” soalan aku pun, entah apa-apa malam buta ni. eh, bukan malam dah ni! lagi 2 jam matahari nak terbit.

“kalau nak jemput masuk bagi minum americano secawan dua, okay lagi ni." banyaklah kau punya Americano!

Kau ingat ni tealive?

“oh, nak air eh? tapi Saya nak cepat ni. kalau rasa tak boleh tahan haus sementara nak jumpa kedai, tepi tu ada air paip. Cawan je lah tak ada. tapi boleh je minum direct dari getah paip. Tengah malam ni, tak ada orang Nampak. Cuma keladak sikitlah.” Dia ingat dia dah savage, dia tak tahu, aku maniac. Anas melepas tawa kecil.

“awak nak pergi mana ni?” mungkin dia munsykil tengok aku dengan beg macam nak lari rumah.

“balik rumah Nenda.”

“sekarang?” aku mengangguk. 

“saya off duty dua hari ni, saja balik. Dah lama saya tak balik jenguk dia.”

“nenda awak duduk mana?” tidak pula aku rasa terganggu dengan soalannya meskipun kami sedang berdiri dibawah cahaya lampu oren yang dihiasi jutaan kelkatu sebagai latar belakangnya.

Punyalah romantik duduk bawah ni, sampai kepala kena serang dengan kelkatu pun kami masih tidak berganjak. Dahlah aku baru basuh rambut kurang sejam yang lalu.

Niaya betullah!

“Nenda saya duduk sungai rambai. tapi Saya orang skudai kiri. Memang asal johor. Membesar dijohor, bersekolah dijohor. Berkerja saja di sepang.” Haah, aku memang tak boleh orang ajak borak ni. habis semua salasilah keluarga, aku buka karang. Jawapan aku hanya dibalas dengan anggukan oleh anas.

“awak tahu ke sungai rambai?” lagi sekali, soalan yang kurang bijak terlahir dari bibir aku yang cantik jelita.

“tahu, lepas saya google kejap lagi. kenapa? Awak nak ajak saya makan malam kat rummah nenda awak?”

mimpi je lah nak!

Kau siapa aku nak ajak makan rumah Nenda?

“tunggu saya hantar kad kahwin dulu ye?” dia angkat ibu jari.

“tapi janganlah hantar, tiba-tiba jemputan tu esok. Saya ada flight pagi.” Serta merta watak savage yang aku zahirkan tadi dipangkah rasa bersalah dengan kenyataan yang baru dengar.

“pukul berapa?”

“tak pagi sangatlah. reporting pukul 8:45.” Aku tengok jam.

0355.

Lagi berapa jam sahaja. Nak balik lagi, nak mandi lagi. berapa jam saja dia tidur?

“awak duduk mana?”

“saya duduk Bangsar…” jauhnya mahu ke KLIA. belum sempat aku balas apa-apa dia kembali menyambung bicaranya. Aku fikir dia dah habis jawab dah tadi, rupannya ada sambungan. “saya duduk bangsar, membesar dibangsar, bersekolah di bangsar. Lahir je dekat perth..” wow…

Walaupun tiada siapa tanya dan aku pun tak teringin mahu tahu asal usulnya… tapi wow. Lahir luar Negara.

“serius lah?”

“erm.” Dia mengumam dengan anggukan tanpa secalit senyuman terlakar pada bibirnya. “perth-lis.”

Pergh, kau ni. mujurlah aku tak belajar silat. Kalau tak, terbalik dah kepala kau aku kerjakan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience