BAB 1

Romance Series 20856

Bab 1

DENGAN senyuman yang tidak lekang dari bibir, aku berjalan yakin di tengah lapangan terbang yang tidak pernah surut dari umat manusia. Tidak tahu dari ceruk mana masing-masing datang, tetapi yang aku pasti, ada segelintir dari mereka mungkin datangnnya dari warga yang ditransit, baru mendarat atau mahu daftar masuk untuk penerbangan yang akan dibuka subuh nanti.

Kerja aku untuk hari ini, sudah selesai. Jadi, aku mahu pulang ke rumah untuk merehatkan tubuh sebelum kembali terbang pada esok hari.

Masa kerja aku tidak menentu, kadang pagi, kadang tengah hari, kadang malam, kadang tengah pagi. Macam sekarang ni, jadual kerja semalam aku baru habis jam lima pagi hari ini. Memang tak pandang kiri kanan. Eloknya, aku terus pulang ke rumah. berehat dan habiskan masa dengan tidur sebelum penerbangan seterusnya pada petang ini.

Bila roster aku rapat, aku memang lebih memilih untuk tidur. makan pun aku tak mahu. Aku memang tak set masa untuk makan. kecuali terlalu lapar.

Pada waktu begini, ruang menunggu MRT juga sudah mula di isi oleh manusia yang turut menunggu kedatangan kereta api bawah terowong itu. lima minit menunggu, barulah kereta api kami tiba. Nafas lega aku hela. Akhirnya, kerehatan aku makin hampir.

“hai cantik. Baru balik ke?” sapa seseorang Saat aku berdiri jauh sikit dari pintu, memberi laluan pada orang di dalam untuk keluar dahulu sebelum kami diluar dapat tempat didalam.

Kepala aku menoleh spontan apabila telinga aku menangkap suara asing yang tidak berapa asing menyapa aku dengan nada yang begitu sebal sekali.

Wajah Anas yang penuh dengan senyuman manis aku kerling atas bawah. Tanpa aku soal atau aku berteka teki dalam, aku tahu dia bakal terbang sebentar lagi apabila melihat Lelaki itu sudah kemas didalam uniform.

“doakan saya selamat pergi dan balik.” Lagi-lagi dia mengusik. Malas aku mahu melayan. Pintu MRT ni pun, bukan lama sangat dia buka. Paling lama pun seminit saja. tidak membalas sepatah pun ocehan merepek subuhnya, aku terus menapak masuk ke dalam MRT. Tidak hanya menapak kosong, aku sempat juga layangkan jelingan membunuh padanya memberitahu aku meluat dengan usikannya.

Nak fly, fly jelah. Nak minta-minta doa pula. Karang aku doa bukan-bukan, effect orang lain pula!

AKU tersedar dari lena apabila alarm yang aku kunci sebelum tidur tadi membingitkan telinga. Telefon aku capai, jam yang tertera di skrin aku kerling.

1:58 petang. Aku perlu bangun untuk selesaikan urusan peribadi aku. ada baju dua bakul masih tidak berbasuh. Dan ada perut yang berkeroncong hebat minta di isi sebelum aku perlu bersiap untuk penerbangan seterusnya memandangkan jadual penerbangan untuk kru aku pada jam 6:37 malam nanti.

Dengan muka sembab, rambut aku sanggul ala kadar. aku terus keluar bersama dua bakul baju untuk mendobi. Rumah aku tiada mesin basuh.

Memang sengaja tak beli mesin basuh, sebab aku tak guna sangat pun. Pernah terfikir untuk beli, tapi mengenangkan aku akan ke dobi juga untuk proses pengeringan, maka aku memutuskan untuk tidak membeli dan teruskan ke dobi. senang!

Selesai masukkan baju ke dalam mesin, aku terus menapak ke kedai berdekatan sementara menunggu mesin aku berpusing. Mana-mana tempat yang boleh aku jadikan tempat mengkedarah, aku duduk saja. asal aku kenyang, sudah.

Bila masuk kedai nasi campur, tak lain tak bukan, aku memang kena layan diri sendiri. banyak mana nasi mahu ambil, besar mana lauk mahu cedok, terpulang pada aku. yang penting aku perlu sediakan mental untuk sebutan harga selepas sepinggan nasi licin dikerjakan.

Ada hari, harganya boleh dengar. ada hari harganya buat biji mata aku keluar masuk balik. Bergantung pada nasib hari itu.

Cumanya, kalau ambil sotong besar muka… janganlah expect dia sebut harga telur sebiji. sebab dengar tak logik dan nampak tak bijak!

Menu pilihan aku tengah hari ini, asam pedas ikan mayong sepotong dan sedikit sayur kangkung belacan. Hari ni aku cheat day. Maka nasi dalam pinggan aku letak tiga senduk. Penuh!

Jangan tiba-tiba ada crush lalu ke, jiran belakang rumah nenek yang dah 17 tahun pindah negeri bertegur ke, musuh ketat masa tadika dulu terserempak ke? Dengan pakaian macam baru lepas bentang kotak bawah pokok sambil pegang mangkuk, muka sembab macam baru bertumbuk. Memang tidak teragak-agak untuk mereka suapkan aku berbakul hinaan sampai aku kenyang sepuluh tahun.

lagipun semalam, seharian aku tidak menjamah nasi. maklumlah night stop negara orang putih, makan roti jelah...

taklah, aku tipu je...

pergi negara orang, takkan cari nasi? tentunya cari makanan terkenal tempatan.

Baru sesuap nasi masuk ke mulut, telefon aku berdering. Nama pemanggil aku baca sebelum menyeret skrin dan menyandarkan telefon ke gelas sirap limau aku yang tidak berusik lagi apabila menyedari panggilan itu merupakan panggilan video.

“kau tak siap lagi, saodah?” sedap-sedap mak aku letak nama Nurul Huwaina, dapat dekat mamat kurang zat besi ni, nama nenek tiri aku juga yang dia kenan nak menyebutnya!

“belum. Aku lapar, baju kotor aku dah menimbun. Lepas balik dobi nanti baru siap. kau siap-siap ni ada fly ke hari ni?” soal aku apabila hujung mata aku menyapa Aniq yang sudah lengkap beruniform. Sesekali rambut yang menyentuh wajah aku raup kebelakang.

“kau, kalau baca roster duty memang tengok nama kau sorang je eh? Tak tengok nama crewmate kau yang lain?” wajah jengkel Aniq aku hiraukan sambil menyambung suapan.

“tengok, tapi tak ingat. otak aku tak boleh simpan data banyak-banyak. short term memory lost. Dia Cuma beri dua pilihan. Sama ada nak ingat tarikh, hari dan masa atau ingat crewmate. Jadi, aku pilih ingat tarikh, hari dan masa. crewmate tak jadi masalah pada aku sebab tak bersangkut paut dengan hidup mati. jumpa haritu, tahun depan pun belum tentu kita jumpa lagi sekali.” Fakta. Aku memilih kerja begini, tidak semata mahu bercuti secara percuma. Aku memilih kerana aku tidak terikat dengan beberapa rakan sekerja sahaja.

Kami satu bidang, tetapi ‘pejabat’ kami bersepah. Untuk terbang dengan orang sama buat kali kedua juga sukar, inikan pula untuk terbang bersama secara kerap. Hampir mustahil.

“aku fly dengan kau ni, Saodah! Excitedlah sikit.”

“wah! Seriuslah?” aku tak pura-pura terkejut. Aku benar-benar tekejut. aku ada perasan namanya masa awal-awal dapat roster, tapi tidak ku sangka, ini harinya. Hampir empat tahun aku berkerja. Hampir berpuluh tahun kami berkawan, ini kali pertama nama kami naik bersama.

“pergh, kau tak tahu ek? aku macam tengah syok sendirilah pulak!” serta merta tawa besar aku terlepas kuat. Mujurlah, kedai makan ini sudah tidak bersesak dengan manusia. Tapi seganlah juga sebab ada yang menoleh.

Tidak mahu di cop gila, aku segera angkat kaki. Tapi sebelum itu, aku menyedut dahulu ais sirap limau aku sehingga habis. kaki melangkah ke kaunter dengan telefon yang masih ada muka Aniq, lalu aku bawa masuk dalam kocek. Kau duduklah dulu dalam kocek ni sementara tunggu aku bayar makanan. Aku ni, sudahlah pakaian tak semenggah, tak mahulah perangai tak semenggah aku menguatkan lagi andaian bukan-bukan manusia pada aku.

Dengan Aniq ni, sukar sikit mahu mengawal keayuanku. Sering saja, kelembutan aku dipangkah oleh tingkah laku tidak cukup masaknya.
Ini pertama kali kami berkerja sekali, aku tak tahu bagaimana kami nanti. Tak sikit, banyak juga kerisauan yang membelenggu.

“kau bawa aku masuk alam mana ni, saodah?” soalnya sebaik sahaja telefon bimbit aku keluarkan semula dari saku seluar saat kaki aku menapak menuju ke dobi.
“aku bawak kau pergi simulasi alam kubur. Biar mendap sikit akal kau nak cari dosa baru.” Kali ini Aniq pula berdekah.

Aku bukan kutuk dia saja-saja. tapi mamat kurang zat besi seorang ini, tak padan dengan muka jambu, gaji cukup-cukup makan, hutang kereta ada lagi dua tahun. Rumah sewa kongsi empat orang, Belagak nak pasang perempuan keliling pinggang!

“kau kenapa tak siap lagi?” aku macam dah jawab soalan ni tadi, tapi….
Tak apalah, mungkin dia nak tukar topik. Risaulah tu kalau dia teruskan topik ni dia yang koyak.

“aku pergi dobi baju. Kejap lagilah siap. baru pukul tiga. Rilekslah. Tok sah buat kalut aih!” telefon aku letak atas meja. Baju yang sudah siap dicuci aku masukkan pula ke mesin pengering. Aku dah kalut juga sebenarnya. Tapi tak apa. jadual kita boleh susun. Selagi ada masa, kita gunakan ia sehingga tiada yang terbuang sia-sia.

“tenang sangat kau ni. reporting pukul enam"

“lambat lagi.” aku masih tenang seperti tiada apa-apa berlaku. Belum terlambat pun lagi untuk aku gelabah.

“kau siap pun dah dua jam. nak gerak lagi. tengah peak hour tu samdol. orang sibuk balik kerja. Jalan jammed. Kau yakin awal lagi?” habis-habis Aniq hakis ketenangan aku. tapi, ada benar katannya. Aku perlu keluar seawal mungkin supaya tidak bersesak dengan mereka berkerja waktu pejabat.

“ye, aku nak gerak balik dah ni. nak siap. kau ni ugut, tak bagi can langsung. Supervisor pun tak macam ni. siut betullah!” aku geram dah ni.

Dihujung sana, aku Nampak Aniq sampai tertunduk-tunduk berdekah.

“weh, Aniq. Set crew kita best tak?” selalunya bila dapat roster, perkara pertama yang aku akan tengok adalah, set crew. tapi roster untuk bulan ini, entah dari mana datang keyakinan tu. tidak pula aku kisah dengan siapa pun aku dipasangkan. Siapa supervisor aku. siapa leading aku. siapa SCC aku. yang aku ingat bulan ni empat kali saja aku ada penerbangan night stop. Selebih hari lagi, daily flight.

Salah satu night stop aku, semalamlah.

Harini buat daily flight, mujurlah dua sektor saja. tapi itulah, set crew aku ada Aniq. dua sektor kurang letih, tapi sebab ada dia... entah berapa banyak tenaga aku terhakis sekejap lagi. sedangkan lepak sejam saja sudah buat aku letih tiga hari melayan kepala otak kurang empuknya.

“best. Serius best. SCC kita kak Mal.”

“woahh. Mantap pak abu!” Aku terjerit gembira. Senior kesayangan junior. Dalam tegasnya, ada lembutnya. Dalam marah, tidak pernah berkasar. Dalam penat, tidak pernah membentak. Figura Kak Mal seperti seorang ibu kepada kami. Bebelannya buat telinga kami kerimasan, tetapi tidak pernah buat kami hilang pedoman sehingga mahu angkat kaki dari terus berkhidmat dalam sektor penerbangan.

“aku nak bersiap sekarang jugak!” saja buat excited. Laju-laju pun mahu kemana?

“ada Anas juga. bai!” tidak sempat aku mahu membalas, talian sudah ditamatkan. Ah, hilang terus mood aku saat nama Anas menyapa telinga. Entahlah, aku anti betul dengan si Anas ni.

Hai, ingatkan dekat basic class tu dah kira kali terakhir jumpa. Rupanya…

assalamualaikum dan hai, bertemu lagi kita semoga karya kali ni dpt diterima baik oleh kalian.. maaf pada kekurangan yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. untuk karya ni, berkemungkinan besar akan jadi 'slow updated' tapi apa2 pun ia bergantung pada sisa masa lapang saya yang berbaki. untuk empat bab pertama boleh dibaca secara percuma... selepas itu, untuk baca bab lainnya perlu mrnggunakan ncoin.... maaf atas kesulitan dan terima kasih buat yang tidak putus menyokong karya sederhana saya ini..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience