BAB 2
MOOD yang tadi baik serta merta merundum saat nama Anas meluncur selamba pada ulas bibir Aniq. Hilang semangat aku mahu bersiap. tapi, dalam tak mahu pun aku tetap perlu bersiap. Bagi mengakhiri sentuhan pada wajah yang sudah siap dirias, Lipmate merah aku capai lalu aku oles pada bibir.
Rambut yang masih mengurai aku sanggul dengan gaya French twist hair. Gincu merah, sanggul croissant. Tanpa perlu aku nyatakan kerjaya aku yang sekarangpun, orang sudah boleh tangkap apa kerja hakiki aku.
Rambut depan yang sedikit terjuntai aku tarik sedikit untuk jadikan Awning sebelum aku semburkan spray rambut. awning ni, kalau berlaga kepala… bukan rambut yang messy. Kepala yang benjol.
Setelah memastikan pasport dan lesen penerbangan berada didalam beg, aku capai handbag dan menarik trolley bag. Tidak dilupakan kunci kereta juga aku capai.
Kebiasaannya aku memang memandu sendiri, Cuma pagi tadi je aku naik kenderaan awam. sebab haritu... aku malas mahu memandu. Itu je. tak ada sebab musabab lain. itu je alasan paling kukuh. Aku dengan malas memang kamceng.
Tapi tak tahu macam mana boleh terjebak dalam kerja yang perlukan kerajinan dan ketelitian 400%.
Ini semua gara-gara terpengaruh dengan sekumpulan cabin crew yang berjalan di lapangan terbang sambil menarik trolley beg. Hakikatnya, ketika itu saja, aku rasa aku pramugari. Masuk saja kapal… aku ialah lipas kudung.
Tak cukup tangan, kakipun ikut naik tolong buat kerja. Kalau dapat senior yang boleh berlebih kurang sebelum ada penumpang, telinga aku selamat. Kalau dapat yang jenis, selagi Nampak batang hidung dia bagi… memang koyak aku!
silap haribulan, kalau nama aku naik buat kali kedua bersama... jam tu juga keluar surat MC...
Tapi, macam mana pun, senior tetap betul. aku berkerja dalam sektor yang perlu mendahulukan keselamatan dan kesopanan. Bayangkan kalau perangai kurang semengah aku ditonton penumpang, pastinya kurang manis. Mahu atau tidak, berkerja sebagai pramugari, sedikit sebanyak aku perlu menjadi hipokrit. Ini aku. orang lain, aku tak pasti.
Aku bukan berpura-pura melayan orang. aku Cuma berpura-pura sopan. Padahal di luar uniform, aku hauk!
Langkah yakin aku ambil. Sesekali aku menyapa rakan sekerja yang selisih. Aku datang tepat-tepat waktu reporting. jadi, Dari jauh aku sudah Nampak wajah-wajah yang akan sekapal dengan aku yang sedang beriringan mahu ke bilik briefing. wajah Anas juga, tidak terlepas dari ritena mata. tetapi, disebabkan aku sudah berada dalam uniform, maka… senyuman aku yang tidak lekang dari bibir juga aku berikan buatnya meskipun, hati aku serasa mahu menyumpah seranahnya.
Entahlah. Aku anti betul dengan dia. aku rasa, aku dah hipokrit. Tapi, jauh disudut hati aku kuat mengatakan… dia ni jauh lebih hipokrit. Acah baik. Konon alim. Sikit-sikit cakap pasal agama. tapi, kalau dapat peluang, dia mengayat aku tak mahu kalah!
Dia ni dulu batch boy aku. sebab tu aku kenal dia. dan, memang dari basic kelas dulupun… macam nilah dia. asal ada peluang, dia usik aku. senang cerita si Anas ni kalau dibuat perumpaan, umpama budak lelaki zaman sekolah menengah dulu. set set budak lelaki yang suka test market. yang belajar tak mahu, tapi mengayat tak pernah gagal.
Hampir saja aku melompat kaget apabila bahu aku terasa ditepuk kuat. Serta merta lamunan aku terhenti. Senyuman yang tadi tersungging manis dibibir sirna kemudian diganti dengan kerutan didahi. saat menoleh, makin membara-bara jiwa aku apabila wajah selamba Aniq yang sudah menyaingi langkah aku menyapa mata.
Ni sorang lagi. jika tidak mengenangkan aku sedang beruniform, memang terbang dah handbag aku dekat tulang belakang dia.
“Aniq, bila last tengkuk kau kena pijak?” Aniq Yusuf. Sahabat baik aku sejak kami sekolah rendah. Satu-satunya manusia yang tak mampu aku bersopan dengannya.
“semalam. Kena pijak dengan Situ Nur Nemo Maipunoh. Aku baru nak lelap, habiskan sisa cuti yang berbaki… dia pergi buat terjun tirus atas tengkuk aku.” Letih mahu melayan si Aniq ni sebab loyar buruknya makin Nampak tak bijak.
Siti Nur Nemo Maipunoh tu si kucing betina yang dikutip dari belakang rumah nenek aku. mentang-mentanglah kucing tu berasal dari lokang belakang rumah, dalam longkang pula tu… ikut suka dia saja bagi nama begitu.
Masalahnya, british short hair dia punya nama bukan main gah lagi. dasar bapak kucing pilih bulu!
“harini belum lagi, kan? Meh sini bagi Nurul Huwaina yang pijak.” Itu cara kami bergurau.
“janganlah. Kesian passenger rindu muka handsome aku ni.” senyum sinis terukir spontan dibibir aku.
“kita buat flight KK kut. manusia baka sana lagi letops dari kau. tolong jangan nak perasan sangat!” aku tak nafikan, dia kacak. Mahu banding dengan tiga lagi lelaki didalam set krew aku, masih dia pemegang tahta.
Tapi si so'od ni, kau puji sikit pun dia dah melambung lagi tinggi dari ketinggian maksimum kapal terbang.
Menjadi rutin, sebelum memulakan penerbangan akan ada taklimat. Dan, keselamatan masih menjadi topik paling berat meski berapa tahun pun kau kerja. Sediva apa pun kau, secantik apapun kau. bila berkerja dalam kapal, keselamatan penumpang akan menjadi keutamaan.
setelah dibahagi-bahagi tugas, aku bertugas sebagai P3 iaitu posisi 3. Maka kerja aku dengan segala hormatnya akan banyak dikabin. Servis penumpang.
Dari jauh aku Nampak Aniq berjalan kearah aku. dengan muka kelat bagai baru tertelan bakawali.
“senyum Sikitlah Kasim. Passenger belum naik lagi kau dah tayang muka cicak kobeng amazon kena tukar iklim. Kena report kang!” Sapaku sedikit berbisik. sengaja mahu mengusiknya saat jarak kami hanya tinggal tiga meter.
“purser garang…” adunya lirih. Serta merta tawa aku terlepas. Melihat dari reaksinya, aku yakin dia baru lepas kena taruk.
“habis tu kau nak ke mana ni?” tubuh aku turut berpaling mengikut gerak tubuhnya.
“galley.”
“buat apa?”
“cari air.” Dahi aku berkerut.
“untuk?” Aniq mematikan langkah lalu berpaling ke arah aku yang masih berkerut dahi dibelakangnya. Sesaat, tawa kecil aku tercetus saat melihat dia seolah menghela nafas melepas lelah. Macamlah beban sangat soalan aku ni!
“minumlah, takkan nak buat siram pokok mengkudu baka pasir berdengung pulak. Panas hati ni hah!” dadanya ditepuk lembut bersama satu riak pasrah yang langsung tak dibuat-buat. tawa aku terlepas kuat. Pantas aku menekup mulut.
“jahat gelakkan orang. semoga kau cirit birit kejap lagi!” kali ini aku lepaskan tawa aku sepuas hati.
“jahat mulut. Semoga kita sama-sama cirit birit kejap lagi. bolehlah sama-sama kita rebut tandas nanti.” laung aku dari kabin yang tidak jauh dari galley. kata sahabat baik, mana boleh susah sorang-sorang. Kenalah susah bersama. Sakit bersama dan MC bersama. Supaya, bila dipotong gajinya. Dipotong bersama. Barulah orang panggil sahabat dunia akhirat! HAHA.
“NAK air apa cik? Air panas ke sejuk?” salah seorang penumpang berniqab yang aku kira pelajar institut tahfiz yang belajar di semenanjung menarik mataku untuk terus-terusan menatapnya meskipun ketika ini aku sedang bercakap dengan orang sebelahnya yang turut berniqab juga. mungkin adik atau kakaknya. Aku tidak pasti. yang pasti, aku yang perempuan ninpun terlalai dengan kecantikan Anak mata hazelnya.
“jus oren. Ada ke?” aku kembali memberi perhatian pada gadis disebelah si cantik tadi. senyuman aku semakin melebar. ya Ampun, sopannya… comel gila. Rasa nak peluk-peluk je!
Jus oren kut, mestilah ada!
“ada…” secawan jus oren aku hulur bersama satu senyuman manis yang tidak dapat mengalahkan manisnya tingkah dua remaja ini.
Kalah teruk aku!
“terima kasih.” Anak matanya mengecil dan aku mengesyaki dia turut membalas senyuman aku.
“sama-sama. kakak cantik sebelah nak air apa?”
“hazelnut latte ada?”
“Allahu ya karim… hazelnut latte dik?” serta merta aku tertawa. Barisan yang turut mendengar seloroh remaja berniqab itu ikut tertawa bersama aku.
"mata awak pun dah hazel dik, meh sini hakak perah mata awak letak dalam kopi 434 yang akak bancuh ni." tapi kata-kata itu hanya terdetik dihati saja. kalau diluar kapal ni, memang dah buat gurauan tak bermoral ni!
“hazelnut latte tak ada. tapi kita ada sky juice.” Nama gah, bukan? Padahal air mineral yang ditambah ais saja pun. Lawak aku ni pun lawak awam je. Tapi, bolehlah nak buat buat ceria suasana. Aku nampak dia menekup mulut barangkali menahan tawanya apabila aku melayan jenakanya dengan ikut berjenaka.
“bolehlah… sky juice pun sky juicelah.” Kami sama-sama tertawa. Secawan ‘sky juice’ aku hulur.
Sedikit sebanyak, cara mereka cuba berinteraksi dengan aku mengubah persepsi aku terhadap orang sepertinya. Aku kira, mereka akan memandang aku atas bawah siap pekej dengan renungan penuh hina. Ternyata, masih ada yang sudi bergurau dengan orang seperti aku.
Cart yang sudah aku edarkan minuman kepada penumpang aku tolak semula ke arah galley. untuk kali ketiga, aku Nampak lagi batang hidung si Aniq terpacak di galley saat aku baru mahu mula makan.
“kau ni kenapa ke hulur ke hilir? dah kerja dengan purser garang dekat depan pun masih lagi tak reti duduk diam.” Rimas pula aku dengan Mahmud seorang ni. benarlah sangkaanku tadi, aku tidak akan diletihkan oleh penumpang, bahkan akan dipenatkan oleh Aniq.
Pening aku dengan mata keranjangnya ini!
dengan Aniq ni, tak boleh guna perumpamaan' pantang nampak dahi licin', sebab dia ni... jangankan dahi licin, yang tak nampak dahi pun dia boleh scan cantik tak cantik!
“cantik siut. Menyesal aku tak volenteer p3 tadi.” sedap-sedap dia volenteer. Dia ingat ni kerja kebajikan masyarakat?
“siapa yang cantik? Aku ke?”
“kau cantik juga. tapi muka kau dah kategori Awam dah.” Kurang ajar punya jantan!
Anas yang sedari tadi tidak ambil pusing perbualan kami melepas tawa besar. mujurlah enjin kapal terbang mampu menenggelamkan suara tawa Anas, jika tidak… berani mati aku katakan, dia bakal di pukul oleh penumpang beramai-ramai dek suara tawanya mengganggu ketenteraman sejagat.
Aku rasa aku faham siapa yang dimaksudkan Aniq. Dia kerja di depan, tentunya dia sudah melihat terlebih dahulu gerangan yang dikatakan cantik oleh Aniq tadi. tapi mengenangkan yang dihadapan aku ini ialah Aniq Yusuf… maka tak usahlah aku mezahirkan rasa teruja.
Jangankan perempuan, jenama minyak wangi pun tidak pernah kekal. Sekali pakai, habis saja sudah tukar jenama lain. tak setianya memang jelas tidak dibuat-buat. Pekat langsung tak campur air.
Jadi konklusinya, matanya memang suka tengok yang indah tapi hati tiada yang pernah lekat kekal pada mana-mana wanita. Adakala, aku gusar dengan sifat Aniq yang satu ini. aku harap bila suatu hari nanti dia sudah berumah tangga, andai direzekikan zuriat, tiadalah satupun keturunan perempuan yang lahir dari benihnya. Risau anaknya akan terkena kifarah atas perbuatan tiada sivik bapaknya ini.
Tapi kalau ada anak lelaki, bertambah pula jantan tak guna macam dia atas muka bumi ni. kalau doa dia tiada anak terus berdosa tak ya? Ah, dilema pula aku rasa!
“taste kau sejak-sejak dah tua ni, tak nak kalah ek?” kutuk aku sinis. Kau hauk kut, tapi crush dekat niqabis. Tak kena wey!
"sebab dah tua kan. masa depan tu dah jelas. dulu aim pasangan, sekarang dah kena aim ibu untuk bakal anak-anak." ih, goli tokak den!
"kau ni macam tiber tau, tapi tak apalah... mungkin malam tadi kau terkena mimpi siksa kubur ke? atau azab neraka ke, kan? ikut kau lah!" tak boleh betul aku kalau Aniq keluar sifat ulat bulunya ini.
“passenger ke?” soal Anas mencelah antara kami. Laju aku angguk.
“kalau dah menggeletis macam ada spesis lymantridae jalan atas badan ni, tak ada maknanya usya krew. Memang usya passenger punya!” aku pertama kali terbang dengan Aniq, tapi perangai tak senonohnya yang satu ini memang kemas dalam genggaman aku.
Mujurlah bagi pickupline pada penumpang itu dikira gangguan seksual, kalau tidak… rasanya kenyang sampai muntah hijau budak tu makan berbakul pickupline kasanova level amatur si Aniq ni.
“siapa? Mana? Tengok…”
“tak Nampak bang… dia kat depan.” Laju aku memintas dengan tawa besar apabila Anas yang tampak berminat mengintai dari tepi galley.
Kalau sudah namanya lelaki, pantang dengar cantik… kemain panjang leher!
“kau, kalau setakat nak menggedik depan aku… baik kau pergi depan. Sebelum aku report kau.” ugutku dengan senyum sinis terukir jahat dibibir. Aniq cemik.
“eleh, report berbakul pun tak dapat gak jadi pasu bunga. Loser!” memang dia ni sorang saja yang buat gurauan keji tidak berperikemanusiaan begini pada aku.
“kau ingat aku batak sangat ke dengan flower pot tu?” nyaris terbang kasut aku. mujur akal waras aku masih ada suku apabila mengenangkan aku masih didalam kabin.
Nafas aku tarik dalam lalu dihembus perlahan. sabar Nana. Wanita cantik sabarnya perlu setinggi langit. Biasalah… wanita jelita memang sering diuji.
Selepas selamat mendarat, dari belakang aku memerhati penumpang. Setelah memastikan penumpang terakhir iaitu gadis yang ajak aku bergurau manja tadi menapak menghampiri pintu keluar, aku ikut membuntuti langkahnya.
Hampir tiba di pintu, tiba-tiba gadis itu berhenti. Aku kerut dahi. Memandangkan gadis itu rendah separas atas cuping telinga aku, jadi dapat juga aku melihat dari belakang apa yang sedang berlaku.
Seketika, aku mendengus apabila ritena mata aku menangkap susuk Aniq yang sedang mencangkung depan pintu entah apa kerja yang dibuatnya. mahu kata servis pintu, tak logik pula. Dia pramugara kut, bukan engineer. Yang bukan-bukan ajalah si Mahmud sorang!
“bang, tumpang lalu bang.” Tegur gadis itu laju memintas sebelum aku sempat menegur Aniq. Laju saja di menoleh, lalu segera bangun.
“eh, minta maaf.” Tangannya terhulur menjemput gadis tadi keluar dengan selamat. “terima kasih, hati-hati jalan.” dari belakang, aku hanya mampu layangkan sengih sinis buat tingkah manis Aniq.
Aku rasa, sifat playboy untuk seorang pramugara mungkin boleh disebut sebagai kelebihan. Sebab cara Aniq approach orang lebih-lebih lagi wanita cantik, Nampak natural langsung tidak dibuat-buat.
“dia panggil Abang bai, menggigil tulang rusuk aku!” berputar biji mata aku. wajah menggedik Aniq aku jeling atas bawah dengan muka menahan diri dari menghayun kaki mengena tulang ketingnya.
Kalau aku tahu dia punya menggeletis macam ni sekali, aku dah offload dia masa kapal terbang berada diketinggian 30,000 kaki diatas tadi.
Geli tengkuk aku dibuatnya!
“dahsyat ek taktik kau? ingatkan bila kau dalam uniform, selamat sikit wanita-wanita cantik dalam dunia ni. rupanya… dalam kepala otak kau yang berjambul ni, banyak teknik nak mengurat orang.” suara aku jelas mahu mengejeknya.
“mana adalah. Main tuduh-tuduh je. aku lap tepi pintu tu, ada apa entah. Lekit.” Lagi-lagi senyum sinis aku kembali mengoyak. Sumbang benar bunyi alasannya.
“kau punya putar, macam aku baru kenal kau pagi tadi.”
“erm tak caya! tak apalah kalau tak percaya. orang dah tak prcaya, aku boleh buat apa? tapi… disebabkan, yang kena block tadi tu budak yang dah berjaya buat aku ke hulur ke hilir dalam kabin walaupun kerja aku dekat depan… aku okay je kena fitnah dengan fitnah kau yang jatuh satu tangga dari fitnah dajjal ni.”
Berputar biji mata aku. hish, rasa nak ludah tepat ke wajahnya saja. tak kena tahu tak? tak kena!
“setiap jam tengok cermin pun tak sedar diri lagi kau ni!” kutukan aku tanpa bertapis itu hanya disambut tawa besar Aniq.
Share this novel