2 tahun berlalu..
Aku kembali ke tanah air. Berita yang aku dapat 3 hari yang lepas betul-betul membuatkan aku terpana. Bagaimana agaknya dengan reaksi dia? Semoga dia baik-baik sahaja.
“Assalamualaikum.”pintu rumah milik Ariq Fa’izin aku ketuk perlahan. Kelihatan ramai tetamu yang hadir di majlis pengebumian arwah Puan Umaira .
Arwah meninggal kerana sakit jantung. Pelik. Padahal sebelum ni arwah memang sihat-sihat sahaja. Tidak pernah menunjukkan gaya orang sakit jantung. Tapi itulah.. Mungkin ini dah memang ajal dia. Aku memandang wajah sayu Ariq yang duduk di hadapan arwah yang sudah dikafankan. Matanya yang bergenang membuatkan hatiku turut tersentuh.
Ariq kini cuma ada opah dan saudara mara sahaja. Ayahnya sudah lama meninggal dunia akibat kemalangan. Ariq merupakan anak tunggal. Ya Allah.. Mesti dia rasa keseorangan. Pilu hatiku mengenangkan nasib Ariq.
Share this novel