BAB 2

Romantic Comedy Completed 35755

Aku memasukkan homework ke dalam beg. Sudah menjadi lumrah bagi penghuni asrama untuk tidak ponteng prep! Walaupun aku pernah jugaklah tak turun ke bilik prep. Malas!

“Lambat betullah kau ni Reena.” Rungut Auni yang sudah lama berada di dalam bilik prep yang khas untuk pelajar tingkatan 4. Aku tersengih sambil membetulkan cermin mata.

“Sorry..”

“Tak ada sorry-sorry. Malam ni kau kena buat Maggie untuk aku.”

Aku pecah gelak. Tak habis-habis dengan Maggie. Dah berbuih mulut aku bagi tahu Maggie ni tak baik untuk kesihatan. Nanti susah nak hafal ilmu. Eleh.. Cakap orang, padahal aku pun selalu jugak join sekaki.

“Kalau buat, aku no hal. Tapi, kalau beli Maggie, nehiii!”

“Kedekut.”

“Whatever.”

“Weh! Cuba tengok sana.” Auni menunjuk ke arah pintu bilik prep. Ariq?

“So gossip tu cerita betullah ni?” soalku teruja.

Auni mengangkat bahu.

“Maybe yes..”

Gossip tentang Ariq bercinta dengan Izzah, classmate aku rupanya cerita betul. Izzah tu pendiam orangnya. Cantik, diminati ramai senior dan macam-macam lagilah benda baik tentang dia. Aku ni? Spek mata sahajalah jadi peneman. Erk. Apa bunyi macam orang frust sahaja. No!

“Lantak pi la dia nak mengorat dengan sapa. Yang penting, tak kacau hidup aku.” Balasku lantas membuka buku latihan Matematik Tambahan. Malas aku nak melayan cinta monyet yang ntahapaapa itu. Sooo sorry!

“Reena!”

Baru sahaja aku nak mula menulis, ada pula makhluk mengacau. Lantas aku dongakkan kepala.

“Hah, Riy. Nak apa?” Qhusyairi, budak kelas 4 Sains 2. Sebenarnya aku tak berapa rapat sangat dengan budak lelaki yang bukan classmate aku. Qhusyairi ni aku kenal sejak form 3, masa tu kitorang masuk pertandingan tilawah al-Quran peringkat negeri. So, mahu atau tidak aku kena juga berkawan dengan dia memandangkan hanya kami berdua yang mewakili sekolah untuk pertandingan tersebut.

“Ajarkan aku nombor ni.” Dia menunjukkan nombor soalan kepadaku.
Subjek yang sama iaitu Matematik Tambahan. Adei.. Pergilah tanya Ariq ke.. Naufal ke.. Janganlah tanya dekat aku. Aku nak focus pun tak boleh.

“Oh… tajuk Log. Mula-mula kau tukar asas dia dulu. Then, nombor 25 ni kan boleh tukar kepada 5^2 . So, the rest, kau buatlah sendiri. Takkan la aku nak tunjuk satu-satu. Apalah kau ni.” Marahku.

Qhusyairi tersengih.

“Ohh.. Okay..okay.. alah.. aku lupalah tajuk ni. Sel otak lembab sikit malam-malam ni. Thanks.” Ucapnya.

“Sama-sama.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience