BAB 4

Romantic Comedy Completed 35755

“Serius? Kau tak jadi pindah? Serius??” kenyataan pindah tak jadi yang keluar dari mulut Ariq membuatkan aku betul-betul macam tak percaya. Yeay! Cikgu English aku tak jadi pindahh.. Ha ha.

“Iyee.. Kau ni dah kenapa? Haish. Pergi sanalah. Aku nak siapkan report Chemist ni.”

Aku mencebik bibir.

“Wait. Kenapa kau tak jadi pindah? Alam Shah tu weh.. Sekolah hebat.” Pelik juga dengan keputusan Ariq ni. Semalam iya-iya sahaja cakap nak pindah. Sekarang ni tak jadi pulak?

“Izzah tak bagi aku pindah.” Jawabnya sambil tersenyum.

Ces! Sebab itu aje? Tak boleh bla.

“Heh? Nonsense.” Spontan aku membalas.

Ariq sudah ketawa terbahak-bahak.

“Jealous.” Dia menjelir lidah.
Aku mengangkat sebelah kening gaya ala-ala Ziana Zain.

“Sorry? Jealous? Huh. Takdak masa.”

“Excuse me. Nak cakap dengan Reena kejap,boleh?” Qhusyairi mencelah. Eh, eh. Tang mana pulak dia datang ni?

“Sure.” Aku bingkas bangun dari kerusi dan mengikuti Qhusyairi dari belakang. Kami berdiri di luar kelas.

“Yes? Anything ?”soalku.

Dia menghulurkan sekuntum ros kepadaku. Terbuntang mata aku melihatnya. Terkejut memang bukan main. Ini ros pemberian siapa?

“Happy Birthday. Birthday kau hari ini,kan?” dia menyoal.

Aku mengangguk perlahan.

“Mana kau tahu?”

“Actually, aku..suka kau.” Luahnya tanpa memandang wajahku. Aku menggigit bibir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience