Malam menjelang tiba, rintisan hujan renyai-renyai membasah atap rumah kediaman seorang jejaka yang memiliki segalanya.
Sebagai seorang pengarah disebuah syarikat besar, dia mampu melakukan apa saja yang dia inginkan. Hartanya saja mampu membeli sebuah pulau besar namun dia tidak mahu melakukannya kerana walaupun begitu dia masih kesepian.
Lelaki tadi bangun dari perbaringannya dan menjenguk keluar jendela dan melihat di kejauhan malam, sebuah keluhan berat dilepaskannya dan dia mengingat masa lalu yang tidak dapat dilupakannya.
Dua puluh tahun lalu...
sebuah kereta mewah bergerak dengan kelajuan biasa melintasi bangunan mencuar tinggi, sebuah keluarga kelihatan riang didalamnya.
"Anak mama nie comel sangat, nanti sudah besar anak mama nak jadi apa? "soal sang ibu kepada sang anak.
"Han nak jadi pilot, pilot dapat terbang tinggi, Han nak terbang macam burung" jawab sang anak panjang lebar.
Ayahnya yang memandu tersenyum mendengar perjelasan sang anak, dia memandang wajah sang ibu yang begitu bahagia, kelahiran sang anak enam tahun lalu merupakan berkat yang tidak terhingga kepada mereka.
"Tuan Ethan, Tuan ada dibilik ke? " Panggil pembantu Ethan.
"Ya! mengapa Hadi, kenapa awak cari saya? " balas Ethan yang baru saja sedar dari lamunannya.
"Erm... sebenarnya ada orang cari tuan" jelas Hadi memberitahu tuannya tentang kedatangan tamu.
"Tidak mengapa Hadi, nanti saya turun berjumpa dengan dia, awak boleh pergi" Kata Ethan lembut, dia memandang keluar jendela semula dan kamudian berkemas ala kadar untuk bertemu dengan tetamunya.
Sesampai saja Ethan diruang tamu rumahnya, dia memandang sekeliling mencari tamunya namun tiada sesiapa pun menunggunya disitu.
"Hm..kenapa tiada orang pula nie,?" Ethan bingung dan mengaru kepala.
Melihat tiada orang menantinya diruang tamu Ethan melangkahkan Kakinya naik semula keatas namun belum sempat menginjak tangga dia seperti disambar petir jatuh terjelepok ke lantai dan pengsan.
Share this novel