Completed
2566
Angin sepoi-sepoi menyapu wajah yang pucat kelat, burung berkicauan diudara dan langit kelihatan biru cerah awan bergerak dengan perlahan-lahan. Matanya terbuka lebar, dan memandang sekeliling dan apakah ini neraka ataupun syurga namun kenapa aneh sekali keadaannya, dia bangun dari perbaringan terasa nyeri seluruh badan. "Akhirnya awak sudah bangun,lena sekali kau tertidur hihihi.." seorang lelaki disampingnya ketawa berdecit. "Awak nie siapa, dan apakah tempat nie dan bagaimana aku boleh disini?"soal Ethan bertubi-tubi. "Sabarlah, aku tidak boleh menjawap pertanyaankan dengan serentak hihihi.."jawabnya sambil ketawa berdecit. Ethan memandang sekeliling, tempat itu sangatlah asing untuknya.Lelaki yang berada disampingnya mengenangkan pakaian berlengang panjang dan lusuh dilehernya terlilit selendang kuning kekelabuan dan rambutnya terpacak seperti watak anime dan ada google terlilit di atas kepalanya. "Awak bingung hihihi, biarkan aku perkenalkan diri, nama aku Timmer D Massa aku penjaga tempat ini yang dipanggil Time taker, semua pengembara waktu hari melalui tempat ini dulu sebelum mengembara hihihi," jawab Timmer sambil disambung ketawa berdecitnya. Ethan bangun dan memerhatikan sekeliling dan dia memandang Timmer dan bertanya"bagaimana aku boleh berada di sini"tanya Ethan kebingungan. "Hm... aku tidak tahu sepenuhnya tapi mereka memanggil kau Alam disini hihihi"jawab Timmer berdecit. "Alam, maksudnya apa?"Soal Ethan yang masih kebingungan. "Entahlah, aku pun tidak tahu lebih baik kau tanya pada Eralder dia lebih tahu pasal Alam hihihi"jawab Timmer meneruskan perjalanan"apa awak tunggu! ikuti aku hihihi"tambah Timmer lagi. Tanpa berlengah Ethan menyusuri jejak Timmer menuju kesatu tempat, dalam perjalanan Timmer hanya asyik ketawa berdecit yang menimbulkan perasaan was-was buat Ethan. "Oh!saya lupa pula, nie buku awak"kata Timmer menyerahkan buku tanpa tajuk kepada Ethan. Ethan menyambut buku itu dan dia sangat terkejut saat melihat halaman keempat tercatit perkataan seperti sebelumnya namun halaman ketiga sudah hilang. Allysa dan Hadi bergegas ketempat kejadian dan sampai saja disana mereka sangat terkejut kerana pihak polis mengkhabarkan bahawa tiada jasab satupun dijumpai. Malah tanda keberadaan Ethan tidak diketahui sebab telepon bimbitnya masih berada dikereta itu. Ethan pula merasa satu aliran aneh dibadannya sehingga buru romanya meremang selepas membaca halaman keempat. TIADA PERMISAH TIADA BATAS DIANTARA KITA KAU DAN AKU ADALAH SATU KITA DITAKDIRKAN BERSAMA >>>>>Please Rate And Comment
Share this novel