Deruman enjin yang merentas padang pasir dengan kelajuan tinggi, pasir berterbangan selepas itu menghilang dibawa angin. Haiwan liar keluar mencari makanan demi kebutuhan Hidup.
Timmer memulas pedal motor berkuasa tinggi dan Ethan hanya berdiam kerana banyak persoalan yang berligar diotaknya.
"Timmer apa yang berlaku kat tempat nie"soal Ethan memecah kesunyian mereka berdua.
"Tempat ini dipanggil Aliran masa, penjaganya aku dan akulah yang mengawal masa disini," Kata Timmer dengan decitan kecil dihujung ayatnya.
"Aliran masa?" Ethan yang masih bingung mengaru kepalanya yang tidak gatal.
"Pengawal masa, aku boleh memutar dan menghentikan masa disini dan aku boleh menikmati masa yang lebih panjang dari sesiapa hihihi"kata Timmer berdecit lagi"sebab aku mampu mengawal masa aku terus kekal muda kerana aku menghentikan masa umur ku sendiri sepatutnya aku berusia lima ratus tahun hihihi"jawab Timmer berdecit dengan senyuman menyeringainya.
Ternganga Ethan mendengar perjelasan dari Timmer, tidak sangka orang dihadapannya sudah hidup lebih lama darinya, Timmer terus fokus memandu motornya dengan kelajuan tinggi sehingga ternampak puncak sebuah gunung yang mencuar menunjukkan bentuk burung phoenix.
"itulah tempat yang kita tuju, puncak keabadian"jelas Timmer kepada Ethan yang hanya mengangguk faham.
Allysa memerapkan dirinya didalam bilik, sudah lebih tiga hari dia tidak keluar dari bilik tersebut dan foto Ethan ditatapnya dengan perasaan rindu, airmata gadisnya berkaca jatuh membasah pipi putihnya.
"Cik! cik! cik ada didalam ke?" Soal Hadi yang merisaukan kesihatan Allysa.
Allysa bingkas bangun dan menuju kepintu, dia menguak sedikit dan menjenguk lalu berkata"Aku baik-baik jer Hadi, awak tidak perlu risau"ringkas dia menjawab dan menutup balik pintu kamarnya.
Buku tidak bertajuk tergeletak disatu sudut bilik Allysa walaupun bezanya adalah warna kulit buku itu biru manakala yang dipegang oleh Ethan merah.
KEABADIAN YANG SANGAT DIINGINKAN NAMUN TIADA ERTI TANPA DIRIMU HARUSKAH AKU MELAKUKANNYA
....please rate and comment......
Share this novel