" Hmm, boring lah nak gi mana eh? Aduh sia - sia je aku mogok, dah tak de geng nak borak.. " ujar Misha kepada diri sendiri. Dia pun terus berjalan tanpa hala tuju. " Misha!!!!!! " sergah seseorang "Opocot mak kau kepala terbalik jumpa hantu! " latah Misha. Yang menyergah Misha adalah Muhaimin. Kini, Muhaimin sudah selak ketawa macam setan terlepas ikatan.
" Hish! Kenapa lah malang sangat aku hari ni? Ada je bala datang! " desis Misha. " Panjang kau melatah. Kepala mak sapa yang terbalik tu " usik Muhaimin.
" Kepala mak kau! Kenapalah malang sangat nasib aku hari ni? Macam macam jenis bala aku jumpa hari ni. Mohon di jauhi segala jenis bala start sekarang dan untuk hari - hari seterusnya, Amin~. Dah kau nak ape? Datang jumpa aku main sergah - sergah. Kalau aku mati sebab heart attack tadi. Aku jadi hantu.. Then, kacau kau setiap malam biar kau kerana sebab buat aku tak aman tenteram. Baru puas hati aku" seloroh Misha.
" Jahatnya mulut kau.. Tak berinsurans langsung, harap je pandai tapi mulut nauzubillah lah jawabnya " balas Muhaimin. " Apa tak dengar. First : thanks sebab puji aku pandai, secondly : ikut suka hati aku lah and lastly : kau nak apa! " ujar Misha. " Cikgu Mazni cari kau. Dah la aku nak blah dulu.. Naik tanduk je aku tengok kau " seusai sahaja berkata Muhaimin terus bla dari situ
Share this novel