"Cikgu memang dah tua dah pun.. Nak cakap apa pulak minah oi " balas Afif. Serta - merta telinga Afif dipulas oleh Cikgu Mazni. " Dah la tu. Cikgu nak panggil kamu ni sebab nak bagi tahu kamu yang akan majlis penutup untuk Minggu Sukan jadi.. Secara memgejut cikgu diberitahu nanti sebelum penyampaian hadiah ada satu lagi acara tambahan iaitu persembahan dari semua rumah sukan. Semua rumah sukan wajib menhantar peserta seramai 5 - 10 orang, darjah lima, lelaki perempuan. Lagu dia bertemakan bebas.. " terang Cikgu Mazni panjang lebar.
" Tak kesah lagu apa pun? Tema dia memang seratus peratus bebas ke cikgu? " laju sahaja Misha bertanya. " Seratus peratus bebas.. " jawab Cikgu Mazni pendek. " Cikgu saya nak mengetuai untuk persembahan tu boleh? " tanya Misha lagi.
" Sebab tu lah cikgu, cari kamu... Untuk persembahan ni cikgu serahkan semua dekat kamu " jawab Cikgu Mazni. Lalu Cikgu Mazni terus beredar.
" Ya Allah jauhi lah kami dari segala bala yang datang daripada Misha.. Ya Allah lindungilah hamba mu ini dari segala bala yang mendatang.. Lagi? Selamatkan lah kami... Kau lembut lah insan yang keras kepala itu, agar tidak menyusahkan kami... Lagi apa ye?? Hah tu jelah.. Kami. mohon pada Mu Ya Allah " doa Muhaimin di amin kan oleh Afif, Asyura, Fauzan dan Loqman serentak.
" It's so dramatic.. " perli Misha. " Ikut kitorang lah.. Tahu lah jealous.. " ujar Afif. "Hang gila ke hapa? Buang tabiat ke aku nak jealous?? Harap kau bius sikit otak kau tu, lama tak check sampai tak betul gitu sekali " balas Misha. " Dah membebel dah minah ni.. Cepatlah bincang tentang persembahan tu.. " Loqman bersuara. "Tahu lah aku nak buat kerja, membebel je kerja " ujar Misha sambil membelek handphone nya.
Maklum lah kalau minggu sukan memang padat dengan aktiviti. So, bila padat dengan aktiviti tak belajar lah. Maka bila tak belajar bebas lah dari peraturan ketat buat satu ke dua minggu.
Share this novel