Bab 5

Romantic Comedy Series 2870

Sewaktu dia hendak keluar dari belakang pintu itu, dia disergah oleh seseorang.

Arghh!!!

"Arghh! Oh pocot oh mak kau gila!!," latah Misha.

Pelajar yang menyergah Misha telah ketawa mengalahkan pontianak dah. Dan tiba-tiba seorang guru menegur Misha. "Mak siapa yang gila tu... Boleh cikgu tahu?," tegur Cikgu Hafizul. "Mak manusia lah cikgu. Dah mak apa lagi.. Tak kan kambing, lembu ke kerbau," balas Misha walaupun mukanya dah merah padam menahan malu.

Ye lah dah dua kali dah dapat malu. First, bahagian tiang gol tu and secondly baru je tadi.. melatah kaw-kaw tadi ti siap kene tegur lagi. "Kamu ni memang bijak. Nanti cikgu cadang kan dekat mesyuarat nanti yang sekolah wajib mengadakan aktiviti Lawak Satu Malaysia Peringkat Sekolah Kebangsaan," usik Cikgu Hafizul.

"Wujud ke aktiviti macam tu cikgu. Setahu says tak pernah wujud program nama Lawak Satu Peringkat Sekolah Kebangsaan," Misha buat-buat tanya. "Memanglah tak wujud, tapi cikgu baru dapat ilham nak mengadakan program tu dari kamu. Nanti cikgu lantik kamu sebagai pengerusi kelab," balas Cikgu Hafizul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience