chapter 12

Others Series 14209

Aryan terbangun apabila merasakan dirinya dipeluk dan dihimpit.Matanya yang masih mengantuk dicuba buka perlahan.Matanya membulat melihat gerangan yang memeluknya.

"WOIII KAU BUAT APA NI GILA" jerit aryan sebelum bingkas bangun.Dia pantas membuka selimut yang membalut tubuhnya untuk melihat badannya sama ada masih berpakaian atau tidak.Masih berpakaian.Aryan menghela nafas lega.

Eh kejap!

Aryan menggosok matanya.Matanta membulat melihat tiga beruk kesayangannya berada di atas katilnya.Oh my beruks!

"My little pony! Rindunya aku dekat kau!" Kyle memeluk aryan erat.Alex dan harraz mengambil tisu di atas meja di sisi katil aryan.Acah acah mengelap air mata palsunya.

"Kau dah elok demam?" Soal alex prihatin

"Mana korang tahu aku demam?" Soal aryan pelik.Keningnya bercantum dua.Pelik.

"Pagi tadi aku call kau yelah mana tahu kau bunuh bini kau ke apa ke tiba tiba bini kau yang jawab kata kau demam..aku apa lagi aku gegar dua orang beruk kau ni dengan tak mandinya terus datang sini" cerita alex.Kyle dan harraz hanya mengangguk mengiyakan.

"Korang tak mandi lagi?" Soal aryan terkejut.Dia memandang kyle dan harraz.Sah mereka tidak mandi lagi.Dengan seluar mickey mouse dan baju batman rasa rasa diorang dah mandi ke?

"Hehehe tak sempat" jawab kyle selamba

Harraz hanya senyum tak bersalah.Budak berdua tu je yang tak mandi lagi.Alex semestinya sudah mandi kerana sebelum ni ketika mereka tinggal bersama memang alex yang bangun dan mandi terlebih dahulu ketika mereka bertiga masih terbongkang.

"Aku musykil la ryan" ujar harraz tiba-tiba.Wajahnya jelas sedang berperang dengan minda sendiri.

"Apahal?" Soal aryan

"Yelah selama kami semua kenal kau tak pernah sekali pun kau demam tau" jawab harraz

"Haah kami tak pernah nampak kau demam atau sakit kecuali kena tembak" sambung kyle.

Alex hanya menanti jawapan aryan.Dia pun tertanya-tanya apa yang isteri aryan buat kepadanya sehingga aryan yang tidak pernah demam boleh demam.

Belum sempat aryan bersuara laura terlebih dulu bersuara.

"Aryan! Kyle! Harraz! Alex! Turun makan sekarang!" Laung laura daripada tingkat bawah.

"Hah bini kesayangan kau dah panggil jom makan aku pun lapar dah ni!" Kyle sudah terkinja teruja.Nak makan lah kata kan.

"Wait wait mana bini kau tahu nama kitorang?" Soal alex pelik.Rasanya ketika gadis itu menghubungi mereka tiada pula dia menyebut namanya.

Kaki mereka yang tadi berjalan terhenti tengah jalan.

Semua mata tertumpu ke arah alex.Ye tak ye juga.Macam mana laura boleh tahu?

Kini mata mereka bertukar arah.Mereka bertiga memandang aryan tanda meminta jawapan.

"Mana aku tahu gila dah dah jom makan dulu" ajak aryan.

Laura dibawah sudah menekup mulutnya.Habislah habislah macam mana kalau diorang syak apa apa? Bodo kau ni laura! Kepalanya diketuk.Mulut tak reti betul nak jaga aku hempuk kang!

Laura kembali beriak biasa.Lauk pauk sudah pun dihidang di atas meja.Ayam masak merah kegemaran aryan sayur campur kegemaran alex tom yam lebih limau kegemaran harraz dan sup ayam kegemaran kyle.Perfect!

Semua disitu ternganga.Makanan kegemaran masing masing terhidang di atas meja.Mana laura tahu semua makanan kegemaran mereka?

Mungkin kebetulan.Aryan cuba menyedapkan hatinya.Habistu macam mana laura boleh tahu nama rakan rakannya takkan itu juga sebuah kebetulan? Alex memandang aryan seolah olah tahu apa yang berada di fikiran aryan ketika itu.

"Yeyyy kita suka sup ayam! Mana awak tahu kita suka sup ayam?" Soal kyle teruja.Dia terlompat-lompat tepat di hadapan laura.Aryan dan alex menepuk dahi serentak.Parah parah.

"Haah lahhh mana kau tahu kitorang suka makan ni? Waaa!" Ujar harraz yang tak kurang teruja juga itu.Kyle dan harraz sama sahaja cuma harraz lebih matang sedikit berbanding kyle.Tapi diingatkan sekali lagi hanya sedikit.0.0005%

"Lahhh baguslah kalau macam tu! Aku masak je tak tahu pulak korang suka" ujar laura.Dia berlakon seperti itu hanya sebuah kebetulan.Walaupun kebenarannya dia tahu semua benda termasuklah hal sekecil hama sekalipun tentang mereka berempat.

Pagi itu mereka makan dengan penuh gembira.Ketawa sentiasa mengiringi suapan demi suapan.Kyle,harraz mahupun alex sudah dapat menerima laura dengan mudah.

Siapa sahaja yang tak dapat menerima gadis itu secepat itu dengan sikap peramah gadis itu? Walaupun rupa paras yang tidak begitu menarik namun sikapnya yang begitu membuat orang yang berada di sekelilingnya mudah tertarik bagai magnet!

Semua berseronok kecuali aryan yang hanya memerhati.Gadis itu terlalu misteri.Dia akan cari siapa gadis itu dengan cara apa sekalipun.

Gadis yang baru dinikahinya itu seakan akan mengenali dia lebih daripada dia mengenali dirinya sendiri.Entah dia tak tahu.Tapi berdasarkan pemerhatiannya gadis itu seperti menganali dia.Perlakuannya juga seperti deja vu!

----------------------------

Telefon milik laura berdering.Tangan itu pantas menggeser skrin itu ke kanan untu menjawab panggilan itu.

"Haii cik kak pengantin baru kita!" Suara gedik alexandria kedengaran di hujung talian.Laura pantas mematikan talian itu.Tiada mood untuk melayan kerenah gadis itu.

Deringan kali kedua daripada pemanggil yang sama tidak dihiraukan.Laura bukan sengaja tidak mahu mengangkat namun entah mengapa hatinya tidak sedap membuatkan dia tidak senang duduk.

Tiada lagi kedengaran deringan telefon daripada alexandria.Namun untuk hanya beberapa minit alexandria kembali dengan panggilan kali ketiga dengan harapan laura mengangkat panggilan itu.

Entah mengapa kali ini laura merasakan panggilan itu penting.Dia mengangkat jua panggilan itu walaupun panggilan itu diangkat setelah tiga kali dibuat.

"Laura! Rose dragon dalam bahaya! King cobra dah mengamuk!" Suara alexandria begitu cemas menandakan dia tidak main main.

"Dekat mana mereka sekarang?" Soal laura juga cemas.Dia sudah bangun menyarung tudung sarung berwarna hitam.Sling bag nya disambar laju.Tiada masa lagi untuk dia berlengah!

"Bangunan lama jalan 6175818" kemudian talian itu diputuskan oleh alexandria.Mereka tidak punya masa.Keselamatan aryan,kyle,harraz dan alex menjadi tanggungjawabnya tanpa dipinta sesiapa.

Sambil memandu fikiran laura sudah melayang.Bermacam macam bayangan yang berlegar dikepalanya.Jika aryan cedera? Jika aryan mati? Jika salah satu daripada mereka terkorban? Pasti dia tidak dapat memaafkan dirinya kerana itu semua puncanya.Kalau tidak kerana dia king cobra tentu tidak akan mengganggu rose dragon.

"Siap kau jantan memang aku cincang cincang kau argh!" Stereng kereta dihentak beberapa kali.Geram betul laura.

Baju laura sudahpun ditukar dengan pakaian yang biasa dipakainya ketika bertempur dengan pihak musuh.Baju dan tudung untuk bertempur dengan pihak musuh sentiasa ada dibawah seat keretanya.Senang jika dia berada dimana mana sahaja dan memerlukan baju itu dia tidak perlu bersusah payah ke markas black devil angel terlebih dahulu untuk mengambil baju itu.Itu sahaja sudah melengahkan masa.

hi dear readers! masih menunggu next chapter?❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience