"Kau pagi pagi buta baru balik ni pergi mana? Menyundal?" Soal aryan sambil memeluk tubuh.Tubuh laura dipandang atas bawah sinis.
"Aku takde masa nak gaduh dengan kau..tepi" jawab laura seraya menolak tubuh aryan sedikit yang membuatkan aryan yang tadi menghalang laluan masuk ke rumah terdorong ke belakang.
"Ouh so betullah kau pergi menyundal?" Soal aryan sinis sambil menghalang laluan gadis itu semula.Tidak sangka perempuan yang berlagak suci itu berperangai seperti ini.
Mata aryan dipandang tajam.Dia masih dalam keadaan dimana tidak dapat mengawal emosi sendiri.
"Kau mulut jaga eh sebelum kaki aku sampai kat muka kau baik kau diam" jawab laura.Dia cuba untuk mengawal emosinya.Dalam hatinya tidak putus putus mengucapkan kalimah allah supaya kemarahannya reda.
"Aku tak sangka betul eh..pakai tudung, pakai stokin, tutup aurat tapi perangai macam sial!" Suara aryan yang tadinya agak tenang berubah.
"Tolong bagi aku laluan..aku taknak gaduh" jawab laura lemah.Sungguh tika ini dia perlukan sokongan bukannya jerkahan aryan.
Ikutkan hati laura, mahu sahaja dia melempang wajah lelaki itu.Namun akalnya masih waras.Lelaki yang hendak dilempangnya itu merupakan suaminya.Syurga terletak dibawah kaki suaminya.Dia tidak mahu jadi isteri derhaka.
Aryan terus mengatur langkah ke arah biliknya.Tidak mahu sesuatu yang tidak terjangka terjadi.
Ikutkan hati mahu sahaja dia menceraikan gadis itu.Namun sudah bapanya mengeluarkan arahan supaya tidak menceraikan gadis itu kecuali gadis itu yang minta diceraikan itupun jika gadis itu sendiri yang membuat pengakuan untuk bercerai dengannya.
______________________________
"Kau biar betul ryan?" Soal alex dan harraz serentak.Tidak sangka dengan kenyataan yang dinyatakan oleh aryan sebentar tadi.
"Nampak macam aku bergurau ke sekarang ni?" Soal aryan semula dingin.Sungguh dingin.
"Aku tak percaya" kyle yang sedang menonton televisyen sambil kakinya digoyangkan tiba tiba bersuara.Tangannya sibuk mengambil snek super ring yang berada ditangannya lalu dimasukkan dalam mulut.
Alex dan harraz membuntang mata.Berani betul budak ni.
"Apa kau kata?" Soal aryan agak berang.Berani betul kyle mempertahankan gadis murah itu.
"Aku tak percaya" ulang kyle sekali lagi.Kali ini suaranya dikuatkan sedikit.Kyle masih lagi dalam keadaan tenang.Tidak ada sedikit pun rasa gentar.Apa takut mati tanam.
"Bagi sebab apahal kau tak percaya aku?" Soal aryan.Suaranya cuba dikawal daripada menengking kyle tidak tentu pasal.
Kyle memusingkan badannya menghadap aryan,alex dan harraz.Snek yang berada di tangan diletakkan di atas meja.Mukanya yang tadi tenang berubah serius.
"Come on takkan kau nak tuduh dia tanpa bukti? Agak agak lah bro..kalau kau benci dia sekalipun takkan kau nak tuduh dia sampai macamtu sekali? Kau dah melibatkan maruah dia tahu tak??" Soal kyle bertalu-talu.
Alex dan harraz mahupun aryan terkedu.Terkejut mungkin dengan perubahan mendadak kyle.Ini buat pertama kali kyle serius.Ya! Selama mereka hidup ini pertama kali kyle mereka melihat kyle serius.
"Okey aku boleh terima sebab kau..tapi cuba kau bagitahu aku apa dia buat keluar malam dan balik pagi pagi buta entah pukul berapa?" Soal aryan sambil tersenyum sinis.
"Aku tak ada jawapan kukuh untuk soalan tu..tapi aku pasti dia tak buat benda terkutuk macam tu" jawab kyle kembali.Entah mengapa panas sahaja hatinya bila laura dituduh sebegitu.
"Erm tapi ryan aku pun setuju apa yang kyle kata..laura baik kot..lagipun dengan penampilan dia yang macamtu takkan dia buat benda terkutuk macamtu?" Alex mula bersuara.Dari awal memang dia sependapat dengan kyle.
"Aku pun setuju" harraz juga seperti alex.Awal awal lagi dia tidak mempercayai apa yang dikatakan aryan.
"Okey korang tak percaya sangat kan? Kita tunggu perempuan sundal tu balik"
"Okey" jawab kyle.Dia memusingkan badannya semula ke arah televisyen.Snek yang berada di atas meja diambilnya semula.Alex dan harraz berpandangan.
____________________________
Jam sudah menginjak pukul 12 malam.Kelibat laura masih tidak kelihatan.
Alex dan harraz sudah seram sejuk.Takut apa yang dikatakan aryan adalah kenyataan yang benar.Aryan sudah tersenyum sinis.Kyle pula masih tenang.Dia tahu dan dia yakin laura bukan seperti yang dikatakan aryan.
Tepat pada pukul 12.10 bunyi salam diberi.Panjang umur laura pendek akal aryan.Pintu dikuak dari luar.
Laura memandang pelik.Dah kenapa semua orang pandang dia pelik ni? Kenapa semua orang macam tunggu dia ni? Oh my god ada suprise untuk dia ke?
"Kenapa semua ada kat sini? Ada apa apa yang aku tak tahu ke?" Soal laura.Semua mata tertumpu ke arahnya.Aduh seram.Dia ada buat salah ke?
"Kau duduk sini" sebaris ayat yang merupakan arahan terbit dari mulut aryan.Penuh dengan aura yang dingin tanpa perasaan.Laura kenal.Ini bukan aryan tapi ini adalah mychell.Ya.Mychell adalah nama yang digunakan dalam dunia gelapnya.
"Ye kenapa?" Soal laura
"Kitorang semua nak tanya something dekat kau..baik kau bagitahu jujur atau mati" jawab aryan dingin.
Tiga ketul my little pony itu kecut perut.Diorang tahu yang didepan mereka ini mychell dan bukan aryan.Aryan akan berubah mengikut keadaan.Dia bukan lah seorang yang menghidapi penyakit split personaliti disoder tapi lelaki itu akan berubah mengikut keadaan.
Kalau tidak silap, aryan jadi begini tidak lama selepas dia dan rosenya terpisah.Kalau dulu hanya ada aryan dan ryan kini watak mychell wujud.Mr.Mark ada membawa dia ke hospital namun dia disahkan tidak menghidapi penyakit split personaliti disoder dan bebas dari sebarang penyakit.
"Tanya lah" laura berlagak tenang walhal dalam otaknya masih ligat memikirkan jawapan yang munasabah.
Sepanjang perjalanan dia memikirkan jawapan munasabah untuk diberikan kepada mereka.Bukan dia tak tahu apa yang mereka buat di rumah ini.Cctv di setiap penjuru rumah itu sangat membantu.
"Kau pergi mana tengah tengah malam balik pagi pagi buta?" Soal aryan serius.
"Lah sebab ni je? HAHAHA" jawab laura sambil berair mata mengetawakan mereka semua lebih tepat menggelakkan mereka yang sangat serius itu.
"Kau gelak apahal?" Soal aryan pelik.
"Itulah lain kali jangan tahu nak marah jee" ejek laura
"Kau jangan main main..baik kau bagitahu sekarang jujur apa kau buat?" Soal aryan bengang
"Yelah yelah..aku cover kerja member aku..dia mc sampai harini..so aku cover dia untuk shift malam..so start kerja pukul 10 malam balik pukul 6 pagi..tapi harini kerja habis awal so muncullah aku pukul 12 ni ha" panjang lebar penerangan laura.Setakat ni ini je alasan munasabah yang dapat difikirnya.
Muka aryan sudah berubah.Serkap jarangnya kali ini tidak mengena.Sila cuba semula.
Kyle senyum kemenangan manakala alex dan harraz menghela nafas lega.Lega kerana tidak berlaku sebarang pergaduhan.
Aryan bingkas bangun menuju ke bilik.Mungkin malu kerana serkap jarangnya tidak mengena kali ini.Laura hanya menghantar pemergiannya dengan ekoran mata.
hppy reading guys! nak next chpter lgi ke?❤️
Share this novel