"Papa!" Jerit aryan sambil berlari memeluk kemas badan papanya yang sedang elok duduk di sofa sambil menonton televisyen di ruang tamu.
Mr. Mark memandang aryan terpinga-pinga.'Ini dah kenapa? Buang tebiat ke?' Mr. Mark bermonolog di dalam hati sendirian.
Kemudian mata Mr. Mark tertancap ke arah laura yang masih berada di muka hadapan pintu rumah Mr. Mark bersama sebuah bagasi besar.
Mr. Mark membuat isyarat mata menunjuk ke arah aryan yang sedang memeluknya erat.Laura membuat gaya jari telunjuknya dipusing-pusing beberapa kali di tepi kepalanya yang bermaksud 'gila' sebagai balasan dengan selamba.
Mr. Mark yang paham dengan isyarat laura hanya menganggukkan kepala tanda dia sependapat dengan laura.
"Terima kasih papa! Ryan sayang papa! Muahh" Ucap aryan tiba-tiba sebelum mengucup dahi Mr. Mark.
"Woii kau buang tebiat ke ryan? Kau dah nak mati ke?!" Ujar Mr. Mark sedikit terkejut dengan perlakuan aryan sambil menolak sedikit bahunya.
Mr. Mark mengelap kasar dahinya yang dicium aryan sebentar tadi.Geli pula rasanya.
"Apa papa ni..ada pula ryan dah nak mati dikatanya" balas aryan sambil menjeling papanya.Sakit hati kita wak!
Laura hanya membiarkan bagasi yang dibawanya sebentar tadi di tepi pintu sebelum berlalu ke arah Mr. Mark untuk menyalami bapa mertuanya.Sepatutnya aryan yang bawa ini tidak dia juga yang kena bawa.Tak gentle langsung!
"Kau bagi makan apa ke laki kamu ni laura? Makin lama makin teruk aku tengok" kutuk Mr. Mark.
"Bukan laura lah papa tapi rose!" Jawab aryan bangga.
"Huh patutlah cium dahi aku bagai..dah tahu rupanya..apa pasal tak cium kaki aku terus?" Soal Mr. Mark sinis.
"Eh ryan dah cium dahi papa untung eh" jawab ryan seraya menjeling wajah papanya.Amboi nak kena betul budak ni.
"Patut lah budak ni tiba-tiba cium aku bagai..aku ingat dah nak mati..tak pernah pernah hayat dia nak cium aku" sindir Mr. Mark selamba.
"Ish papa ni" wajah aryan sudah masam.Tangannya memeluk tubuh.Merajuk konon.
"Papa nak tahu tak? Ada orang tu kan hari hari menangis sebab rindu rose" cerita laura sambil tersenyum mengejek.Aryan sudah menggelabah tidak tentu pasal.
"Apa ni roseeee kata taknak bagitahu papaa mana boleh macamnii" mulut aryan sudah muncung sedepa.Itu kalau diikat dengan getah boleh buat ampaian baju.Tak perlu susah susah laura jemur kain panas terik di luar rumah.
"HAHAHAHA aku dah agak dah" jawab Mr. Mark sambil tergelak besar.Seronok mungkin melihat wajah aryan yang sudah masam mencuka.
"Eh takda apa apa drama ke jadi masa kamu bagitahu dia yang kamu tu rose? Ceritalah sikit" Mr. Mark tersenyum sinis.Bukan dia tak tahu anak tunggalnya yang seorang itu kuat berdrama.Itulah hasilnya jika waktu kecil kecil dihabiskan dengan menonton kartun my little pony.
"Mestilah ada papa..papa nak tahu takk" belum sempat laura bercerita pantas aryan menutup mulutnya.
"Kamu duduk diam diam aryan..aku nak dengar drama apa pula kau buat kalini" Mr. Mark tersenyum mengejek.
"Papa tahu tak dia punya benci kat rose fuhh dahsyat paa..macam drama tv3 da rose tengok..sekali tahu yang dia benci benci tu rose meleleh hingus dia paa menangis peluk peluk rose HAHAHAHA" laura menceritakan kembali peristiwa 3 hari lepas.Peristiwa di mana sangat bermakna untuk mereka berdua.
Tawa laura dan Mr. Mark bersatu.Mereka galak mentertawakan aryan yang sudah masam mencuka di tepi laura.
"Kalau aku tahu macamni baik takyah cium tadi baik aku bakar je kereta dia biar padan muka" omel aryan sendiri.
"Eh kau sedap je nak bakar kereta aku..aku ambik balik rose kau tahu lah kau..menangis tak berlagu kau nanti" ugut Mr. Mark sebelum ketawa kembali.Entah apa yang lawak aryan pun tidak tahu.
"Eh jangan macam ni papa kata member" aryan membuat mimik muka yang kononnya comel.
"Geli aku tengok..ni aku nak tanya dah kenapa rose yang angkat bagasi tu? Apa punya jantan lah kau ni" bebel Mr. Mark.Ada ke pula laura yang angkat bagasi aryan boleh jalan lenggang kangkung? Amboi kitab mana dia guna entah.
"Alah papa sekali sekala bukannya selalu..lagipun rose kan kuat macam laki" jawab aryan selamba.Dua saat kemudian dahi aryan terasa pedih.Dia memandang alat kawalan jauh yang berada di atasnya.
Kemudian barulah aryan tersedar yang dahinya sudah menjadi sasaran.Aryan memandang papanya dengan wajah tidak puas hati.
"Papa nak bunuh ryan ke papa?! Are you crazy papa? I think you should buat pemeriksaan kesihatan mental lah papa? Gila ke baling ryan dengan remote tv? Nak anak papa mandul ke macam mana?" Soal aryan bertubi-tubi.
"Aku rasa kau yang patut buat check up lah ryan..yang aku baling tadi dahi macam mana pulak kau boleh mandul?" Soal Mr. Mark pula.
"I dont care lah papa..kalau mati tadi macam mana" marah aryan lagi
"Baru aku tahu baling remote tv pun boleh mati" balas Mr. Mark.
"HAHAHHAHA" laura yang hanya jadi pemerhati sedari tadi sudah tidak mampu menahan ketawa.Akhirnya tawanya terletus jua melihat peperangan antara Mr. Mark dan aryan.Nampaknya keputusan perperangan kali ini dimenangi oleh Mr. Mark dengan mata 3-0.
"Ergh dah lah nak balik rumah balik lah macamni..kau rose sedap je gelak gelak aku yeee ha kau tidur sini aku nak cari janda kejap" balas aryan sebelum berlalu pergi seraya menjeling laura.
"Ha yelah elok elok cari janda tu..jangan sampai kantoi kau punya bilik yang serba serbi warna pink tu" laung laura daripada dalam rumah.
Aryan mendengus geram.Tunggu eh kau laura siap kau.Laura dan Mr. Mark saling berpandangan sebelum mengangkat bahu.
______________________________________
"Rose oh rose aku bawak hadiah untuk kau nii!" laung aryan dari bawah.Rose yang mendengar suara itu terbangun.Bala apa pula lah kalini.Tadi berejam dia tunggu aryan tidak pula muncul muncul.Baru je laura hendak melelapkan mata tiba-tiba muncul siap bawa hadiah pula tu.Sah ada bala menanti.
Laura bangun malas.Dia menarik tudung sarung yang disangkut di penyangkut baju sebelum disarung dikepala.Dia menguap.Dia memakai tudung dalam langkah berjaga-jaga.Bukan apa.Risau aryan bawa bala je.
Kaki laura diatur longlai menuju ke bawah yang menempatkan ruang tamu.Sampai sahaja di ruang tamu matanya yang tadi layu kerana mengantuk terus segar bugar.Kan aku dah kata sah ada bala!
Mata laura disajikan dengan pemandangan yang cukup indah.Seorang wanita yang berpakaian tidak cukup kain yang menyerlahkan betisnya yang putih melepak tetapi berbulu rimbun.
Badannya yang lentik dan bibir yang mungil serta wajahnya yang mulus.Perfect! Tetapi entah mengapa hati laura mengatakan yang perempuan yang dibawa aryan dihadapannya ini 'something wrong'.
"So how sayang cantik tak bakal madu you?" Soal aryan sinis.Dia tidak sabar menunggu reaksi laura.
Belum sempat laura bersuara Mr. Mark terlebih dahulu bersuara.
"Astagfirullahhalazim bala apa pulak kali ni aryan..patut lah hati aku tak sedap..rupanya kau buat masalah lagi aryan" Mr. Mark mengucap panjang melihat perempuan tidak cukup kain di hadapannya yang berdiri di sisi anaknya.
"Hai akakk hai uncle..saya fareeza bakal bini aryan" perempuan yang bernama fareeza tadi mula bersuara sambil
tersenyum.
Mr. Mark dan laura berpandangan sebelum ketawa besar.Aryan mengerutkan kening.Apa yang lawak ni?
"Kau betul ni ryan nak kawin dengan perempuan ni?" Soal laura dengan sisa tawanya.
"Aku ni belum habis gelak dengan kes tengah hari tadi dah kau buat lawak lagi malam malam buta ni" ujar Mr. Mark juga dengan sisa tawanya.
"Apa korang ni? Ryan serius lah nak kahwin dengan fareeza" jawab aryan sedikit berang.Lain yang disangkanya lain yang jadinya.
Dia sangkakan laura aku merayu untuk tidak kahwin dengannya begitu juga Mr. Mark namun lain yang jadinya.
"You kenapa diorang gelak je tengok i? You tengok tu" rengek fareeza sebelum memaut tangan aryan.
"Eh apani fareeza eh kita berlakon je kan? Jangan pegang pegang macamni" aryan sudah menggelabah apabila fareeza mula mencapai tangannya.Dis menepis tangan fareeza.
"Eh janganlah macamni you kata nak kahwin dengan i?" Rengek fareeza lagi.
Mr. Mark dan laura sudah mengekek ketawa melihat satu babak drama yang ditayangkan secara percuma.
"Rose tak sayang ryan ke? Kenapa rose gelak je?" Soal aryan
"Kalau ni pilihan ryan rose terima HAHAHAHA" balas laura sebelum menyambung ketawanya sambil menekan-nekan perutnya begitu juga Mr. Mark.
"Kalau begitu papa pun restu kamu berdua HAHAHAHA" Mr. Mark juga turut memberi restu.
"You tengok tu papa you dan isteri you a.k.a bakal madu i dah restu i" fareeza cuba untuk mencapai tangan aryan kembali.Namun cepat cepat di tepis aryan.
"Eh tak tak kita kan berlakon je jangan main pegang pegang macamni" sekali lagi aryan menggelabah apabila disentuh fareeza.
"Eh bukan ehemm maksud ryan yez ryan akan kahwin dengan dia sebulan daripada sekarang" aryan membetulkan reaksinya yang menggelabah tadi kepada normal.
"Okey" jawab laura ringkas.Ketawanya sudah berhenti namun bibirnya mengukir sebuah senyuman yang sukar ditafsirkan.
"Kamu betulni nak kahwin dengan apa nama dia ni..ha fareeza..betulni?" Soal Mr. Mark sekali lagi.
"Yez" jawab aryan sinis.Dia menjeling ke arah laura untuk melihat reaksi gadis itu.
"Thank you papa thank you akak sebab sudi terima fareeza..inshaallah fareeza aku cuba jadi isteri yang terbaik buat abang ryan" balas fareeza sambil tersenyum.Lega hatinya apabila dia diterima baik di dalam keluarga ini.
Mr. Mark dan laura ketawa kembali.
"Dah lah tu pa baik bagitahu dia kebenaran pa..risau papa takde cucu je nanti" ujar laura sambil ketawa.
"Kau serius ni ryan nak kahwin dengan sama bertelur dengan kau? HAHAHA" Mr. Mark sudah tergelak berguling-guling di lantai.
Aryan terkedu.Perlahan dia menoleh ke arah 'fareeza jadian'.Wajah faeeza yang tadinya tersenyum senang kini sudah tidak tentu arah.
"Papa biar betul pa" soal aryan cemas.Hah sudah.Apa dia buat ni.
"Kalau ye pun kau nak cari madu untuk aku jangan lah yang bertelur..macam manalah aku nak ada anak tiri kalau dua dua bertelur ye tak papa? HAHAHAHHA" jawab laura
Wajah aryan sudah merah padam manakala 'fareeza' sudah tidak tentu arah apabila tembelangnya sudah pecah.
Dia cuba meraih tangan aryan.Namun pantas aryan menepis.
"Hoi baik kau bagitahu nama kau! Berani kau tipu aku!" Tengking aryan geram.Geram ditipu hidup hidup.
"F-fareeza lah bang..m-mana ada far tipu abang" balas fareeza tergagap-gagap.
"Kau jangan tipu aku!!" Tengking aryan lagi.
"BETULL" terkeluar suara jantan 'fareeza'.Aryan mengundur.Terkejut mendengar suara 'fareeza' yang sebenar.Suara yang tadi gemah gemelai kini bertukar garau.
'Fareeza' menutup mulut.Habis tembelangnya.
"Kau keluar dari sini..kau keluar!" Tengking aryan menghalau 'fareeza'.Merah padam wajah aryan.Perasaan marah dan malu bercampur baur.
Mr. Mark dan laura tidak sudah sudah tergelak.Letih dengan anak dan suaminya.
"Bang..lima puluhh je bang lima puluhhh" rayu 'fareeza' atau nama sebenarnya fareez.
"Lima puluh otak kau blahh" marah aryan geram.Dia tolak badan fareez hingga jatuh tergolek sebelum pintu di hempas kuat.
"Itulah kau..macam mana aku boleh ada anak macam kau pun aku tak tahu" ujar Mr. Mark ketawa.
"Macam mana korang boleh tahu dia tu lelaki?" Soal aryan malu.
"Mana kitorang tak tahu kalau halkum dia sebesar alam..HAHAHAHHAA"
Ku sangka jamilah ternyata jamil.Ku sangka fareeza ternyata fareez.
haiii lme jgk author menyepi kann? so inshaallah novel ni dijangka melabuhkan tirai pada tahun ini..inshaallah tapi author tak janji..so how? nak lagi takk? enjoy reading love!❤️
Share this novel